Thursday, March 10, 2011

Dulu pakai buku rujukan apa? Sasbadi? Fajar Bakti?

Guys...cewah,cakap orang phuteh!
Saya dengan ini mengishtiharkan,stress dan sebagainya akan berlaku sedikit masa lagi.Hal ini berikutan saat menjelangnya test pada minggu depan.Justeru,saya dengan kuasa yang ada,sedang cuba untuk mengembirakan diri dan cuba mengawal emosi sepanjang minggu ini dan minggu depan!!!!

 Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.Tapi saya,kemahuan ada,jalan tak jugak muncul.Teringat zaman sekolah,penuh dengan Program Pecut sempena PMR dan SPM.Pernah terlintas dalam hati masa tu,
"Aku rasa aku pandai masa sekolah rendah,tapi kenapa bila sampai sini,aku lambat nak tangkap?"
Tangkap apa dik non?Tangkap pelajaran la kak ngah.(nak sebut Nyah sebenarnya)


Saya sejujurnya (I personally org putih kata) sangat dengki melihat kepada prestasi budak-budak sekarang. Budak yang pandai atau soklan exam yang terlalu mudah.Jawapan saya senang je,
"Mana aci,soalan tu,duk pusing-pusing soalan sama je,cuba tukar silibus lama kepada silibus baru!"
Adik-adik jangan marah kakak ye,memang kakak tengah dengki ni.


Zaman saya sangat glemer bila kami berlumba-lumba memilih jenama buku rujukan ikut penerbit.Biasalah,nak harap buku teks?Ohh tidak.Buku teks pun,pakai borang SPBT,sampai turn kami,dah tercabut koyak rabak.Kat kulit buku tu,ada cop nama peminjam dan tahun.Pernah sekali tu kena tulis nama sampai kat luar petak,menunjukkan buku tu punya la zaman berzaman orang pinjam.

Ohh,buku sekarang fully English okeh! :)
Oh,jenama buku? Sasbadi,Pelangi,Fajar Bakti????Siap boleh compare dengan kawan-kawan;
"Kau pakai buku apa? aku guna Sasbadi,kau punya buku tak lengkap tu Fajar Bakti.!"
Suka-suka hati pulak tu nak jatuhkan kawan.Mentang-mentanglah ada buku.Lepas tu kedekut pulak nak bagi pinjam takut kawan ronyokkan buku sebenarnya;
"Eh,aku nak guna sekejap lagi!"


Agaknya sebab ni la sekarang payah nak paham bila belajar.Ampun.ampun.huhhu.Hmm,nasihat kepada adik-adik,gunakan segala peluang yang ada.Zaman kami memang selamat sebab teknologi masih kurang,zaman sekarang,teknologi macam-macam.Berpada-pada lah ye.


3 comments:

Faiz said... Reply To This Comment

zaman sekolah mmg suka lawan2 buku rujukan..tapi guna pn kdg2 sekali skala je..haha..

thanks cik ila sbb share group tu..=)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Faiz : sama2..hehe.kalu ade kwn2 same U dgn kita,share la sekali ye...kita ramaikan grup tu.. :)

SITI NOARIZAH ARIS said... Reply To This Comment

Betul tu zman kita dulu harapkan buku rujukan yg di jual x de sumber2 inet ni.

Igt lagi dulu kumpul duit belanja nk bl buku rujukan SPM x nk susah kan abah yg bergaji kecik adik beradik lak ramai... inilah nasib si anak sulung..huhu!!

Lilypie Angel and Memorial tickers