Saya sebagai warganegara Malaysia yang berumur lebih dari 21 tahun sudah pun mendaftarkan nama untuk mengundi pilihanraya.Anda bagaimana??
Entri hari ni berkenaan dengan mengundi serta parti-parti politik semasa.Saya pasti ramai yang beranggapan bahawa politik itu barang mainan terutama golongan muda.Saya juga tak menafikan dengan teknologi sekarang,dunia semakin diputar belit dengan permainan politik dan fahaman-fahaman tertentu menerusi media.
Disebabkan politik sekarang bercelaru dan diperkotak-katikkan,berlakunya ketidakpastian golongan-golongan tertentu untuk tidak memandang soal politik negara sama ada dengan alasan kurang berminat,atau situasi politik yang tidak tenteram.Apa itu Parti Perikatan,apa itu PAS,bila wujudnya Semangat 46 suatu ketika dahulu?Apa itu UMNO?Tak tahu??? Mesti kebanyakkan golongan muda tak tahu dan bila ditanya,akan menjawap;
A : Eh,kau dah daftar mengundi???
B : Wajib ke? Kalau aku daftar sekali pun,aku nak undi apa???Mak ayah aku pun undi yang aku tak setuju.
A : Kau setuju yang mana satu?
B : Entah la aku.Aku pun tak tahu yang mana satu parti yang betul Mesti korang ada jumpa kawan macam ni kan??Cuba tanya kawan-kawan,agak-agaknya dalam mengundi (tak kira pilihanraya atau undi untuk penyertaan apa-apa peraduan atau penyertaan) bila keputusan undi tu keluar,beza 1 undi tu mempengaruhi ke tak.Jawapan mesti lah "YA".Cuba yakinkan kawan-kawan pasal tanggungjawap.Undi tu,walaupun bezanya satu,tapi dengan beza satu ni lah yang akan ubah segala benda.Sebagai contoh;
Abu : Kalau menang besar,tol semua free!!!!
Orang ramai : Yeyy,tak payah bayar tol.. ;)
Tiba-tiba kalah tipis dengan beza1 undi........
Abu : Nampaknya tol kene bayar la
Orang ramai : Ni siapa yang tak undi ni???Diorang ni tak fikir ke pasal orang lain?
Nampak tak apa yang berlaku,dengan beza satu undi,orang-orang yang mengharap tu sangat-sangat kecewa dengan keputusan macam tu.Macam-macam orang akan persoal.Satu undi tu mungkin kita,mungkin abang,kakak kita yang tak turun mengundi.Mungkin Mak Ngah,Mak Teh semua sedang goreng ikan kat dapur tak boleh keluar mengundi.Adil ke macam tu? Tak kisah la siapa menang,tapi apa kata tunaikan tanggungjawap tu demi kepentingan sendiri jugak?
Nasihat saya di sini,jangan la kita kata tak berminat atau tak nak ambil tau.Kalau ada berpuluh ribu orang yang fikir macam tu,apa akan jadi kat negara kita?Silap-silap boleh jadi medan perang.Jom la kita kaji sejarah politik negara,paling-paling malas pun,sekurang-kurangnya,ambil tahu sikit perkembangan semasa,jangan mudah tuding jari atau dengar cakap-cakap orang atau terpedaya dengan pengaruh media.Cuba ambil inisiatif sendiri untuk tahu perkembangan semasa,kumpul maklumat dan kaji,itu lebih baik! :)
0 comments:
Post a Comment