Saturday, March 19, 2011

Selalu berangan pasal ni...

Teruja!


Dulu masa kecik-kecik,selalu berangan nak pergi belajar kat luar negara.Tapi sampai sekarang,asyik belajar kat Malaysia je.Tu la,orang suruh belajar rajin-rajin,ketagaq! Kan dah tak dapat nak pergi "Over The Sea".Hahaha.Tak apa la,mungkin rezeki bukan di sana.Atau pun sebenarnya ada hikmah yang tersimpan.Ayat haruslah menyedapkan hati ye kawan-kawan.



Belajar kat mana-mana pun sama saja.Cuma pengalaman yang membezakan kita.Diakui,perasaan kecewa tu memang la ada sebab tak dapat nak kejar cita-cita asal untuk jadi doktor.Cemburu tu memang la ada tengok kawan-kawan yang belajar kat sana.Dah tu,nak buat macam mana,takdir dah tentukan belajar kat Malaysia je.Harus diingat,takdir boleh burubah dengan doa.Siapa tau,esok-esok dapat outstation ke luar negara.Tett..(berangan lagi..) ^- -^ 



Apa yang selalu ada dalam fikiran waktu kecik tentang luar negara???


Macammana nak makan,minum,tinggal kat sana.Rumah macammana nak sewa,nak bayar dan segala macam bil nak bayar.Nak cari bahan-bahan mentah kat mana,restoren mana yang selamat nak makan,nak travel naik flight dan segala macam kemudahan macammana?Kalau pergi kelas,faham ke nak belajar,assignment macammana nak buat,bila nak buat discussion,nak kawan dengan mat salleh macammana nak mula.Nak shopping dan beli barang bila nak pergi,duit cukup ke nak survive.Pendaftaran masa mula-mula masuk tu macammana.Kalau cuti,agak-agak boleh balik Malaysia ke tak.Suasana study kat sana macammana.Suhu dan cuaca macammana.Kalau sakit,nak buat macammana?Tahan ke duk kat sana?



Aku pasti 98% kawan-kawan yang belajar kat luar negara mesti gelak baca entri ni.Ok,itu persoalan aku sejak kecik.Tapi sekarang,persoalan tu dah terjawap sedikit demi sedikit sejajar dengan kemantangan aku sekarang.Apa susah,bukan nya tak ada orang Malaysia kat sana.Susah-susah sangat cari la kawan-kawan Malaysia.Melambak-lambak kat sana.Lagipun,dah besar kan,cuba berdikari sikit.Anggap semua tu cabaran dan lepas belajar,boleh cerita kat anak cucu pengalaman di sana.



** Kawan-kawan yang duk luar negara yang baca entri ni,sila la komen pasal pengalaman anda semua kat sana.Teringin jugak nak dengar cerita dari sana.-----> Sangat mengharap! ;(

2 comments:

SembilanPuluh said... Reply To This Comment

Pengalaman lama, tetap lebih baik hujan batu di negeri sendiri.

Naza LAB said... Reply To This Comment

hehe....bagus entri ni. salam perkenalan. juga dari kami. da follow.... makaseh sebab lawati kami. teruskan bersama kami.....

Lilypie Angel and Memorial tickers