Wednesday, March 16, 2011

Tahu tapi tak ambil kisah...

Agungnya Kuasa Tuhan



Bukak dashboard,penuh cerita Tsunami Jepun.Bagus blogger-blogger ni,prihatin kepada keadaan semasa.Bukak facebook,ramai orang kongsi video,berita-berita dari CNN serta risalah berkenaan radiasi nuklear hasil daripada tsunami yang melanda,bagus pengguna-pengguna facebook ni.Bila jadi malapetaka,semua orang sibuk kaji Al-Quran kononnya dah tertulis akan jadi benda tu.Tapi sebelum kejadian,ada orang kaji tak? Mungkin ada,cuma saya saja yang tak tahu.Tapi tu la,rasa nya semenjak dulu lagi mesti tersebar info kajian dari Al-Quran selepas bencana menimpa.Semua orang sangat prihatin pasal bencana...

Tapi??


Kita sedar tak,apa kesan nya pada kita?Pernah tak kita fikir kenapa bumi jadi macam ni?Semua orang boleh cakap simpati pada mangsa tapi kita?? Masih tetap dengan dunia kita sendiri,bab-bab agama semua kita pandang remeh.Tujuan entri ni bukan nak tunjuk alim,tapi rasanya semua orang boleh fikir secara logik jugakkan?Ke,tak boleh fikir?Lebih malang lagi,ramai antara kita tahu bencana tu datang dari Tuhan atas sebab-sebab dan kesalahan manusia jugak,tapi langsung tak ambil kisah seolah-seolah yakin yang bencana tu takkan dapat kat kita.




Contoh lagi,seseorang yang cemerlang akademiknya,tapi malangnya dari segi agama seolah-olah macam tak ada langsung pegangan.Yang peliknya,boleh lagi rasa senang hati dengan kecemerlangan yang dia ada.Kenapa agaknya eh? Memang tak pelik kalau kita tengok sekeliling kita,orang yang taat atau setidak-tidaknya dia berpegang pada syariat yang ditetapkan,banyak dugaan pada mereka.Tapi pada golongan sebaliknya,kalau kita tengok mereka ni lebih banyak kesenangan dan kejayaan yang mereka dapat.Lebih takut untuk berdepan dengan situasi seperti peperiksaan,dan sebagainya.Alangkah bagusnya kalau perasaan takut itu untuk akhirat,kan lebih baik?




Jangan risau,golongan-golongan "Kufur Nikmat" tu  hanya dapat kesenangan sementara je tu.Suatu hari,mereka pasti akan rasa menyesal kerana tak ambil berat soal syariat.Lebih malang kalau ajal menjemput saat-saat mereka masih lalai dan leka.Nauzubillah.Minta-minta dijauhkan.




**Heran jugak bila golongan-golongan Kufur Nikmat sangat ambil berat soal malapetaka,tapi kurang pulak ambil berat tentang agama. Entah la, kesian pun ada,tapi apa boleh buat bila ego dan keras kepala tu dah sebati dalam diri.Semoga kita semua dibukakan pintu hati untuk taat pada syariatnya.Penulis bukannya sempurna mana sangat,ada jugak buat salah,tapi sekurangnya-kurangnya kita tahu apa yang kita buat dan apa tanggungjawap yang perlu kita buat.Minta-minta Tuhan ampunkan dosa kita sebelum terlambat.


Sedikit info berbentuk pengajaran boleh baca di sini...  

6 comments:

Firdaus Kasim said... Reply To This Comment

awk, inilah dikatakan penting diri sendiri.. bila bencana itu tak terlibat dengan kepentingannya, maka dia tak nak ambil tahu.. btul x?

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Firdaus : Setakat simpati,tapi tak ada kesan pada diri,tak guna jugak kan.huhu

Anonymous said... Reply To This Comment

segala bencana yang melanda membuat kita sedar denagn keagungan nye

eelobor said... Reply To This Comment

yer....amat bersetuju dengan penulis

KizZ said... Reply To This Comment

Simpati kat mangsa-mangsa tsunami..But dalam masa yang sama , simpati dengan diri sendiri jugak..banyak betul lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

eyqa, eelobor & kizZ : semoga kita dapat jadikan iktibar

Lilypie Angel and Memorial tickers