Sinopsis mimpi kelmarin....
Di sebuah rumah,ada seorang makcik yang baru meninggal dunia.Makcik ni jugak adalah tok guru mengaji saya.Semua urusan dilakukan sementara menunggu upacara pengkebumian.Saya dan keluarga turut sama datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah kerana arwah merupakan tok guru saya sewaktu mengaji Al-Quran.
Sebelum pulang,ayah saya bagi dua keping surat yang bernama ******* dan *******.Saya tak pasti dan tak ingat pun siapa penama bagi surat tu.Tapi yang pasti,dalam salah satu surat,ada nama saya dan ayah memberi surat itu kepada saya untuk dibuka.Surat tu seperti slip gaji,sebab ada lubang-lubang kat tepi!!!!!
Saya bukak dan tengok,ada tertulis nilai RM 10 080.90......
Persoalan saya;
- Kenapa tiba-tiba saya bermimpi tentang tok guru mengaji yang dah lama saya tak dengar khabar berita
- Apa motif ayah saya bagi surat tu yang bernilai RM 10 080.90
- Nilai RM 10 080.90 tu nilai duit untuk apa dan kenapa saya berkongsi nama dengan nilai sebanyak tu?
Andaian;
- Mungkin tok guru teringat kat saya dan mengharap doa dari saya.Tapi saya tak tahu khabar berita tok guru sama ada dia masih ada atau tidak sebab dia dah pindah.
- Mungkin ayah saya akan bagi sesuatu untuk saya suatu hari nanti.
- RM 10 080.90??? Tak pasti sampai sekarang,kenapa nilai ni?? huhu
*** Takut bila mimpi yang boleh ingat dalam masa yang lama.Memang orang cakap mimpi tu mainan tidur semata-mata,tapi kadang-kadang mimpi tu membuatkan kita terfikir kenapa kita termimpi macam tu sedangkan sebelum tidur,aktiviti atau fikiran saya tak terlintas langsung pasal benda-benda kat atas.Sebelum saya lupa tentang mimpi tu,saya cepat-cepat tulis kat sini dengan harapan kalau ditakdirkan mimpi saya ada kaitan dengan apa yang akan jadi selepas ini,saya la orang bertuah sebab dapat kaitkan semua ni.Wallahualam.
4 comments:
yg RM 10K tu duit hantaran kot...hehe :)
10K dan ke atas utk mereka2 berkerjaya melepasti Master dan PHD shj...
kalau dgree,tak perlu kot byk tu..huhuhu
nak tido jangan lupa cuci kaki ya dik...
animarz : hehe..baik.. :)
Post a Comment