Kadang-kadang pelik dengan mentaliti masyarakat..
Aku dah muak dengan pelbagai soalan tentang,
"Kenapa masuk Diploma,kenapa tak masuk matrikulasi??"
Ye.Secara jujurnya,aku adalah pemegang diploma dan sekarang aku sedang sambung degree dan InsyaAllah,tahun depan akan grad.
Segala soalan-soalan cepu emas sudah tak larat aku nak layan.Hanya kerana aku bekas pelajar sekolah berasrama,orang sekeliling pandang semacam je bila aku kata aku ambil diploma.
Di sini aku nak cakap,aku sangat berpuas hati sebab ambil Diploma dulu.Sekurang-kurangnya aku boleh terus menjurus pada kos yang aku ambil.Kalau aku ambil matrikulasi,belum tentu lagi hala tuju aku ke mana.
Memang matriks tu sekejap,dan diploma itu lama.Bagi aku,ilmu tetap ilmu dan aku lebih suka ambil pengalaman sebelum aku melangkah keluar untuk bekerja.
Apa yang pelik sangat kalau orang ambil diploma?? Low level? Low class? Tak pandai?Kurang cemerlang?
Macam tu jugak bagi bila ada orang yang ambil Sijil sebelum Diploma,adakah mereka tu bodoh? kurang bijak?Tahap pencapaian tak bagus? (Maaf kalau bahasa kurang sopan)
Mentaliti masyarakat ni semakin ke bawah aku rasa.Aku malas la nak bandingkan orang ni pandai,orang ni tak pandai sebab boleh nampak sendiri kot bila korang belajar kat Universiti.Cuba tengok dan buat analisis sendiri.
Kalau ada budak-budak lepasan SPM mintak pendapat aku,mesti aku akan cakap," Baik ambil diploma dulu dik..sebab.................!" (banyak kelebihannya walaupun orang tak pandang pun diploma tu)
Aku dah hampir 5 tahun dalam bidang engineering dan tahun depan genap 6 tahun keseluruhan tempoh belajar ( Diploma+Degree) dan sepanjang tu,aku dah pernah menjalani latihan industri sebanyak 2 kali di mana kat situ lah aku belajar susah-senangnya nak kerja.Selama tu jugak aku dah jumpa banyak subjek dan topik-topik baru memandangkan aku mengambil bidang engineering yang berbeza untuk diploma dan degree.Kat situ jugaklah aku dapat kenal bermacam-macam lecturer dan gelagat-gelagat orang (sebab lama sangat belajar) dan seribu satu kenangan bila belajar dalam kuliah,pergi test,kuiz,assignment,projek,presentation,team work,pergi lab dan bermacam-macam equipment yang aku belajar masa lab.
Kalau la diberi pilihan,aku lebih suka belajar dalam tempoh yang lama berbanding memikirkan soal kerja pada waktu yang muda.Kata orang,enjoy pun belum habis lagi.Sekurang-kurangnya,dalam umur 24 atau 25,aku sudah cukup bersedia untuk bekerja berbanding grad pada umur 23 dan masih tak percaya sudah habis belajar dan mahu bekerja seawal itu.
Bagi aku,bukan tempat yang menjadi persoalan,tapi ilmu yang kita nak cari.Kat mana-mana pun kita belajar,sebesar zarah sekali pun,ilmu tetap ilmu dan bezanya hanyalah pengalaman setiap orang.Itu pendapat aku secara jujurnya..Cepat atau lambat belajar,itu juga bukan persoalan,yang penting pengalaman. ;)