Thursday, May 12, 2011

Apa yang peliknya kalau ambil diploma???

Kadang-kadang pelik dengan mentaliti masyarakat..
Aku dah muak dengan pelbagai soalan tentang,


"Kenapa masuk Diploma,kenapa tak masuk matrikulasi??"


Ye.Secara jujurnya,aku adalah pemegang diploma dan sekarang aku sedang sambung degree dan InsyaAllah,tahun depan akan grad.
Segala soalan-soalan cepu emas sudah tak larat aku nak layan.Hanya kerana aku bekas pelajar sekolah berasrama,orang sekeliling pandang semacam je bila aku kata aku ambil diploma.


Di sini aku nak cakap,aku sangat berpuas hati sebab ambil Diploma dulu.Sekurang-kurangnya aku boleh terus menjurus pada kos yang aku ambil.Kalau aku ambil matrikulasi,belum tentu lagi hala tuju aku ke mana.
Memang matriks tu sekejap,dan diploma itu lama.Bagi aku,ilmu tetap ilmu dan aku lebih suka ambil pengalaman sebelum aku melangkah keluar untuk bekerja.


Apa yang pelik sangat kalau orang ambil diploma?? Low level? Low class? Tak pandai?Kurang cemerlang?
Macam tu jugak bagi bila ada orang yang ambil Sijil sebelum Diploma,adakah mereka tu bodoh? kurang bijak?Tahap pencapaian tak bagus? (Maaf kalau bahasa kurang sopan)


Mentaliti masyarakat ni semakin ke bawah aku rasa.Aku malas la nak bandingkan orang ni pandai,orang ni tak pandai sebab boleh nampak sendiri kot bila korang belajar kat Universiti.Cuba tengok dan buat analisis sendiri.


Kalau ada budak-budak lepasan SPM mintak pendapat aku,mesti aku akan cakap," Baik ambil diploma dulu dik..sebab.................!" (banyak kelebihannya walaupun orang tak pandang pun diploma tu)


Aku dah hampir 5 tahun dalam bidang engineering dan tahun depan genap 6 tahun keseluruhan tempoh belajar ( Diploma+Degree) dan sepanjang tu,aku dah pernah menjalani latihan industri sebanyak 2 kali di mana kat situ lah aku belajar susah-senangnya nak kerja.Selama tu jugak aku dah jumpa banyak subjek dan topik-topik baru memandangkan aku mengambil bidang engineering yang berbeza untuk diploma dan degree.Kat situ jugaklah aku dapat kenal bermacam-macam lecturer dan gelagat-gelagat orang (sebab lama sangat belajar) dan seribu satu kenangan bila belajar dalam kuliah,pergi test,kuiz,assignment,projek,presentation,team work,pergi lab dan bermacam-macam equipment yang aku belajar masa lab.


Kalau la diberi pilihan,aku lebih suka belajar dalam tempoh yang lama berbanding memikirkan soal kerja pada waktu yang muda.Kata orang,enjoy pun belum habis lagi.Sekurang-kurangnya,dalam umur 24 atau 25,aku sudah cukup bersedia untuk bekerja berbanding grad pada umur 23 dan masih tak percaya sudah habis belajar dan mahu bekerja seawal itu.


Bagi aku,bukan tempat yang menjadi persoalan,tapi ilmu yang kita nak cari.Kat mana-mana pun kita belajar,sebesar zarah sekali pun,ilmu tetap ilmu dan bezanya hanyalah pengalaman setiap orang.Itu pendapat aku secara jujurnya..Cepat atau lambat belajar,itu juga bukan persoalan,yang penting pengalaman. ;)

8 comments:

hans said... Reply To This Comment

saya pemegang diploma
dan skrg sedang menghabiskan degree
alhamdulillah lepas praktikal nanti berjaya la dapat degree
seronok dapat habiskan diploma
bila masuk degree kita kelihatan lebih matang dan sangat berpengalaman berbanding budak2 bukan diploma

Review Filem Kongsi

Green Apel said... Reply To This Comment

betul tu, tak kisahla belajar tahap mana, kat mana, semua tak penting yang penting kita terus mencari ilmu..mentaliti certain people payah nak diubah...hehe=)

Khai said... Reply To This Comment

setuju 100%. gmme five !! :)

Syafiq Rosli said... Reply To This Comment

jangan sesekali orang kutuk diploma..sy jugak ade diploma..hehe

Cik Ila said... Reply To This Comment

Syafik : Saya juga! haha

nadia ar-rumaisha said... Reply To This Comment

saya cuma pemegang diploma.... pd pendapat saya, tak kira tggi mane kita belajar tp last keje ntah apa2, mcm tak guna juga...and jgn pandang org yg belajar cume takat spm tu rendah...kdg2 depa punye pengalaman kerja lagi mantopsss tau... Apapn all the best utk illa... jgn peduli kata2 org selagi kita percaya dengan apa yg kita nak....

Farahanis Waheda said... Reply To This Comment

im taking diploma tu

berapi je bila org buat perbezaan antara matrik dgn diploma

we have our own reason right?
hee nice entry.
jom lah singgah2 blog :)

Cik Ila said... Reply To This Comment

nadia : tq2...nice comment.hehe ;)

Farahanis : Biar je.nnti die keja,dia tau la bezanya.haha