Wednesday, May 18, 2011

Tidur yang berkualiti atau mahu mata seperti panda?

Kenapa aku tengok orang berlumba-lumba update blog? Apsal aku tak berlumba pun? Aku tulis sebab aku rasa nak menulis.Kalau tak rasa nak menulis,tahun depan la aku update.eheh ;p


Kadang-kadang aku pelik,banyak nya masa diorang update blog.Eh,tak pening ke kepala mengadap laptop?Bila masa korang buat kerja?? Bila masa korang belajar?? Aku tau la ramai yang auto-publish,tapi kalau buat macam tu pun,still banyak masa jugak untuk simpan entri sebelum publish.Aku pulak,daripada tulis banyak-banyak entri sehari,baik aku tidur!! Tak pun,pergi jalan-jalan dan makan!...hahaha ;)


Okeh,merujuk kepada entri kali ni.Aku sebenarnya keliru,berapa jam masa paling ideal untuk tidur?Doktor cakap 6-7 jam.Tapi bila aku belek (rajinnya aku) kisah-kisah zaman nabi,tidur 4 jam pun dah cukup malah digalakkan bangun lagi untuk solat Tahajjud.Alhamdulillah. ---> Semoga sentiasa diamalkan!


Bila tak cukup tidur,mata jadi lebam.Lebih-lebih lagi kalau mata yang memang dah jenis sentiasa lebam walaupun dah terlebih tidur.Istilahnya dipanggil "Mata Panda"... !!


Ye,panda itu comel.Lagi comel bila lidah dia terjelir.


Kalau tension dan malas berfikir,aku tidur dengan selesanya sampai anak saudara aku tanya, " Kenapa Cik Sue selalu tidur?? " ---> Ohh,statement agak kejam sebenarnya,nasib baik ko budak lagi,nasib,nasib!


Tu adalah cara aku lepaskan rasa serabut dalam kepala.Lagi satu cara,makan sepuas-puasnya dan tension pun hilang.Tapi kalau LEBIH-LEBIH tension dan serabut,makan dan terus tidur! --> Jangan ikut cara ni sebab korang akan gemuk dengan serta merta.Harap maklum.


Berbalik kepada topik asal mengenai tidur,aku rasa sebaik-baik tidur memang la 6-7 jam,tapi kualiti tidur yang betul-betul hanyalah 4 jam.Sebab jam-jam yang selebihnya adalah jam di mana korang akan mimpi dikejar hantu yang mengarut,mimpi jatuh dari tempat tinggi,mimpi ular dan esoknya tulis status kat Facebook supaya nak suruh orang baca dan kata "Ada orang nak pinang ko sebab mimpi ular!" dan segala macam mimpi lagi.


Tidur tu amat seronok sebenarnya.Selain merehatkan minda dan badan yang penat,tidur dapat mengurangkan tekanan.Tapi jangan terlebih tidur,nanti otak tak berkembang,ingat tu!!! ;)

7 comments:

HAZWAN17 said... Reply To This Comment

sekarang masa untuk tidur..
esok kene pergi kerja...
tak tau lah berapa jam yang ideal...
tapi time pukul 12-1 konfirm automatik ngantuk..satu lagi bila dengar kuliah....time main bola ke tak ngantuk pulak

Cik Ila said... Reply To This Comment

Betul.Seseorang yang normal akan mengantuk waktu sekarang ni.Waktu kuliah bagaikan terkena ubat pelali,wajib rasa mengantuk,hebatnya penangan mengantuk.haha

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

Tido boleh lupakan masalah, tp bila bangun, masalah tu dtg lg... hee

Cik Ila said... Reply To This Comment

Azwan : Kesiannya..semoga masalah tu cpt2 setel. ;)

EllyZahari said... Reply To This Comment

haha, "nape ciksue suka tido?" sampai skang soklan tu x terjawab..:P

Cik Ila said... Reply To This Comment

elly : sedih ciksue die kena soal gtu..huhu

Hans said... Reply To This Comment

yups betul
bagi aku kalau boleh tidur cukup jam baik manfaatkan
banyak faedahnya
dan tidurlah pada waktu malam berbanding tidur waktu siang
sebab suasana malam lebih sesuai untuk badan berehat berbanding siang

Sepetang Menonton Nur Kasih The Movie Bersama Rakan