Saturday, May 14, 2011

Apa yang menarik bila tiba Hari Guru?

Hari Guru dah dekat.Esok dan lusa je.Sebut pasal Hari Guru,tak ada benda lain yang aku ingat melainkan
LAGU HARI GURU.Siapa yang tak ingat lirik,boleh nyanyi kat sini sebab aku dah search lirik kat google tadi.


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Eheh,tiba-tiba kaler pink pulak.Ok la tu kan? Aku masih ingat,tiap-tiap tahun bila tiba hari guru,mesti cikgu-cikgu akan nyanyi lagu tu.Tapi satu je yang aku pelik sampai sekarang.Aku tengok cikgu yang dah tua-tua dan dah lama mengajar pun masih nyanyi sambil pegang kertas lirik kat tangan.Aku tertanya-tanya jugak;


"Haih....dah berkurun lama jadi cikgu,lagu tu pun tak hafal-hafal jugak ke??"



Statement tu agak jahat jugak lah sebenarnya.Tapi dah itu yang aku fikir,aku pun tulis la kat sini,mana tahu ada yang fikir sama macam aku.Hikhikhik


Tak apa la.Kalau diorang tak nak hafal,aku boleh tolong hafal sebab aku cukup suka lagu tu.Rasa macam terharu semacam je bila dengar lagu tu.(Padahal bukan cikgu pun,terharu mengada-ngada pulak) ;)


Pada cikgu-cikgu dan bakal cikgu,Selamat Menyambut Hari Guru!!! ;)

5 comments:

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said... Reply To This Comment

Apekah nie yang TERABEKKK untuk cintabungablogspot?? Tolong bg pendapat & kate² semangat pleaseeeee :(

Ah Wen said... Reply To This Comment

http://youtu.be/gAwuHjhFDoc

klik link di atas untuk menyenangkan hati kita sebagai warga pendidik....

syashafie said... Reply To This Comment

dulu slaloo nyanyi lagu nih HAHA

Cik Ila said... Reply To This Comment

cinta bunga : fuyoo.pjg nye! haha

Ah Wen : ok2 ;)

Mr. J said... Reply To This Comment

Hai cik ila,

lama tak singah2.. apa khabar sekarang?

Mr J