Saturday, August 27, 2011

Salah pembaris atau salah aku?

Baru aku sedar.aku sebenarnya tak pandai buat garisan.Tak kisah apa-apa garisan sama ada melintang atau menegak,dua-dua aku tak pandai.Masa sekolah,dalam buku latihan kena buat garisan sebagai tempat untuk highlight jawapan.Malangnya,garisan aku tak pernah betul.Salah pembaris atau salah aku?

Adat la,zaman sekolah dulu..kena buat garisan tepi untuk mula menulis,walaupun garis dah ada,tapi bila aku garis balik,berapa banyak je garisan yang jadi..yang lain-lain,Subhanallah! 


Ya Allah,tunjukkan aku jalan yang lurus dan diredhai oleh-Mu.. ;(

Aku mengerti kepentingan garisan bila aku sekolah menengah.Masuk pancaragam yang memerlukan aku untuk cekap berdiri mengikut garisan.Tu pun setelah diserang bertubi-tubi oleh senior sebab tak pandai jaga line,jadi bengkok dan tak lurus.Mereka kata aku "Mata k-row" ---> Sila abaikan ejaan,sebab aku juga tak pandai mengeja!

"Mata k-row" di atas merujuk kepada spesies mata yang tak reti-reti nak tengok sesuatu benda supaya jadi bentuk yang sempurna.Itu masalah aku.Cukup benci dengan garisan!

Tapi yang peliknya bila masuk Universiti,aku cukup suka subjek Lukisan Kejuruteraan walaupun terpaksa berdiri 4 jam untuk siapkan apa-apa yang perlu dilukis.Boleh pulak lukis betul-betul.Tapi kalau bukan subjek tu,aku mula balik buat garisan tak betul.Teringat subjek Circuit,punya la aku kononnya nak improve garisan,lukis circuit pun aku guna pembaris.Ish...lemah garisan punya orang! Aku rasa dah straight dah aku garis,tapi tak betul jugak.

Ada ke orang macam aku,lemah dalam garisan??Kalau ada,habaq mai..aku nak add jadi friend kat Facebook,boleh kita bincang strategi untuk membuat garisan dengan cemerlang! haha ;)

Friday, August 26, 2011

Silent reader,Anonynous dan kawan

Nampaknya aku tak perlu rajin sangat tulis blog sekarang.Sebab aku tengok statistik,trafik blog aku maintain je walaupun tak update.Itu menunjukkan,boleh tahan ramai silent reader.Itu belum bukak quota untuk Anonymous komen lagi.Kalau aku bukak,mesti ramai cik Anonymous.


Cik Anonymous memang penyumbang trafik yang tinggi jugak,tapi aku tak suka cik Anonymous,pengecut dan penakut tahap gaban.Ohh ye,sebut pasal silent reader tadi..pada mulanya aku tak tahu blog ni ramai silent reader..tapi bila jumlah reader tu byk tanpa promote blog kat mana-mana, so aku buat kesimpulan,mesti kerja silent reader.Thanks korang,penyumbang duit poket nuffnang untuk aku cash out nanti..wehha,aku kaya!!


Lepas sahur tadi,dapat berita gembira.Seorang kawan yang sangat aku rindu,mahu menjejak kaki ke alam rumahtangga.Walaupun baru nak mula langkah pertama,tapi aku cukup suka.Seorang kawan yang cukup tabah hadapi pelbagai situasi dan keadaan.Seorang kawan yang tak mudah putus asa,dan seorang kawan yang cukup memahami dan menghargai aku seadanya.Syukur ya Tuhan,doa ku termakbul jua.


p/s :  Kawan..doakan aku sama untuk ikut jejak langkahmu....:)
Kepada..Silent reader..saya tahu siapa anda...heheeheheh.Terima Kasih atas kunjungan anda semua. ;)

Wednesday, August 24, 2011

| Egois |

Back to basic...

Rasa dah malas pulak ping blog kat mana-mana.Asyik kantoi je blog dekat orang lain.Kalau tak kantoi pun,ada jugak yang style copy link,bagi kat orang lain link blog aku ni.Deng! Apa kau ingat blog aku ni kerepek pisang nak pass-pass kat orang lain?

Agak kasar di situ.

Hari ni topik pasal ego.Sepanjang 23 tahun usia aku..ada la 3-4 orang kata aku ni ego.Benarkah?Entah,aku pun tak sedar..standard la tu,kalau orang kata kita macam-macam,kadang-kadang kita tak sedar pun apa yang orang kata tu betul ke tidak.Kan?

Terima kasih kepada yang sudi menegur,apa lagi berjaya bikin hati aku panas sekejap.--> Biasa lah ego,sama macam keras kepala,tak nak dengar orang cakap dan tak boleh terima kenyataan.Cukup mencabar emosi! Haha.Dan seperti biasa,lumrah bagi orang ego adalah pantang bila ada yang menegur,cepat angin satu badan.Apa-apa yang orang cakap,semua kita tak nak dengar.Biasa lah,nama pun ego..nak layan buat apa orang cakap kan?Tapi kadang-kadang,ego tu bagus..sebab kita cuba percaya pada diri sendiri,tanpa perlu terlalu dengar cakap orang sampai hidup punah-ranah.Ego jugak mempertahankan diri dan kawal perasaan supaya tak mudah percaya pada orang.

Tapi banyak keburukan ego termasuk,orang akan lari dari kita dan orang yang ego takkan risau pun orang lari dari dia.Berani hadapi risiko-->Biasa la.nama pun ego,last-last dia cakap,"Ada aku kisah?"

Kajian aku menunjukkan sebenarnya orang yang berani tegur kita ego tu,dia pun boleh tahan ego jugak.Sebab tercabar dek keegoan orang lain sampai dia geram kenapa orang taknak dengar/percaya apa yang dia cakap,sampai dia berani tegur orang tu ego,berani hadapi risiko untuk cuba bagitau pada orang ego tersebut.Sanggup hadapi kemungkinan dan situasi yang berlaku bila dah tegur orang ego tu.

Kenapa aku kata macam tu

Sebab aku pun selalu cakap orang lain ego.--> Memeyyy aa..nama pun ego,mesti rasa diri sendiri betul,kan?hahaha

Tuesday, August 23, 2011

| Aku jumpa dia...|

Baru aku sedar..yang aku dah 3 hari tak update blog. Rasa malas menulis dan kering idea.Tapi banyak benda baru aku jumpa dalam 2-3 hari ni.Salah satunya...

Aku jumpa Octove!!!

Aku baru kenal dia.Dia best tapi slow sikit.



Konsep yang hampir sama dengan Facebook tapi ada la tambahan sikit-sikit application dia macam earning point.Siapa yang aktif guna,point dia makin banyak dan ranking dia pun kat atas jela selalu.

Ahh.tak susah mana pun.Sama macam korang mula-mula ada Friendster dan Facebook.Awal-awal guna,blur kejap..tapi lama-lama..emmm..boleh laaaa tahan.

Yang belum sign up boleh sign up.Yang malas,duk diam-diam.Ohh ye..Octove ni komuniti yang kebanyakkan ada blog sendiri.Tapi yang tak ada blog pun boleh je nak register! ;)


REGISTER HERE!

Friday, August 19, 2011

Pelik dengan Tahajjud Cinta

Setiap minggu mesti tak lepaskan peluang untuk tengok Tahajjud Cinta ni.Tapi makin lama,makin pelik pulak cerita ni.Daripada episod pertama,aku dah fikir bukan-bukan pasal cerita ni.Bukan nak kutuk ke ape,cuma cerita ni meninggalkan tanda tanya yang cukup hebat.."Apa motif sebenar cerita ni???"



Bagi penonton setia cerita ni,korang mesti tertanya-tanya jugak..err..ke aku je yang tengok cerita ni?Hahaha.
Dari episod pertama,cerita ni ibarat aku baling dadu,lepas babak ni...teka..babak mana pulak lepas ni....Tambah kusut bila ade babak;

  • Masa Seri belajar kat Tanah Arab,boyfriend Seri cakap," Dah 3 tahun kita kenal,saya nak tengok wajah awak.."Tak sesuai!!
  • Dating di sebalik pintu rumah.Pelik! Tambah pulak,setiap masa ada babak tengah dating.. Pekejadahnya?
  • Seri bila balik Malaysia,tiba-tiba jumpa Ustaz Sauki dan bersalam tanpa berlapik.Aihh! Apa pertalian Seri dengan Ustaz tu?
  • Ustaz Sauki dah ada 4 isteri,diceraikan seorang atas sebab menfitnah dan kemudian nak memperisterikan Seri pulak! Laaa,kenapa perlu tambah lagi seorang?

Ahh,kalau nak ikutkan,banyak lagi yang aku nak tulis..tapi pendam jela dalam hati,tengok kesudahan cerita ni macam mana.

Tapi,aku sangat tertarik dengan blog ni ----> Blog Papanda.Korang boleh baca pendapat dia pulak! ;)


Sebenarnya,aku suka cerita ni sebab.........


Comelkan Fazura bertudung!

p/s : Kalau anda rasa pelik dengan cerita Tahajjud Cinta ni,korang tunggu la sampai habis episod,baru korang faham...bagi aku..yang penting..Fazura sangat comel.hehehe

|Kena Spam gara-gara Ping Blog pada Group/Fan Page??|

Sedih dan kecewa,nak jugak buat ayat kesian!

Seperti semua orang tahu,Facebook sekarang akan tunjuk semua yang kita post terutamanya post untuk "Ping Blog" kat mana-mana Facebook Group atau pun Facebook Fan Page melainkan kalau setting untuk kedua-duanya adalah "closed group" di mana hanya mereka yang menjadi ahli sahaja boleh lihat ahli yang lain post pada wall tersebut.


Apa yang menyedihkan di sini,terdapat segelintir masyarakat Facebook yang tidak berpuas hati dengan setiap wall post "Ping Blog" yang akan keluar pada Home masing-masing setiap masa walaupun mereka tidak join/like pun laman tersebut.Aku salah seorang yang terkena tempias tu (Blogger lain dah ramai yang kena sound!).Dan akibat daripada tu,amaran telah dikeluarkan untuk aku;


Nampaknye kene friend dengan Mark Zuckerberg,nak mengadu masalah!


Amaran ni akan keluar apabila aku cuba-cuba untuk Ping Blog pada mana-mana fan page.Amaran pertama dikeluarkan lebih pedih bila Facebook bagi tahu,kalau aku masih lagi post apa-apa pada ruangan tu,aku akan di'ban' terus dari Facebook.Dan untuk kembali ke keadaan asal,aku terpaksa tunggu proses pembersihan selama 15 hari.Sedih kan?;(


Sekarang,boleh duduk diam je.Nak ping blog tak boleh.Takut pun satu hal.Karang ada yang Report FB kata SPAM pulak.Adehh.Lebih sedih lagi,trafik pun merudum.ohh..kecewa! ;(


p/s : Ada tak kawan-kawan yang tahu setting untuk tak bagi benda tu keluar kat Home orang lain???Tolong!!

Thursday, August 18, 2011

Kad Raya 'cyber' dari Abg Eq

Kurang 2 minggu lagi nak raya.Perkataan pertama aku..'Yeyeyy!!".Sah! Budak-budak lagu rupanya aku ni kan.
Ni dah berapa kali Hari Raya, tak dapat sekeping pun kad raya.Kecewa tu tak la,sebab dah tau..tak ada siapa pun nak kasi.huhu.

Tapi,walaupun posmen tak hantar Kad Raya,blogger kirim Kad Raya kat blog pun jadi la..Orang kata Kad Raya 'Cyber'..Jimat kos sikit daripada nak beli kad raya dan setem sekarang ni.Ohh,setem mahal woo sekarang..Kalau bukan 60sen,tak sampai la jawapnya surat menyurat korang tu.


Kad Raya Abg Eq   




Salam Ila,
Terima kasih singgah blog abg eq dan komen. Kad raya 'cyber' kat blog abg eq tu abg eq alu2kan untuk letak kat blog Ila k...ikhlas dari abg eq...
Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba...

Terima kasih kepada Abg Eq..Kad Raya 'cyber' pun jadi la...daripada tak ada langsung kan! hahahah

Ohh ye,jemput ke blog Abg Eq ni ya.. http://www.eqbalzack.com. Jom kita serbu,tengok gambar-gambar dan entri menarik Abg Eq.Adik-adik yang nak kata-kata semangat dari Abg Eq pun,dijemput singgah ke blog Abg Eq ye... ;)

Wednesday, August 17, 2011

| Perodua Viva generasi kedua..mengalahkan MyVi? |

Tengahari tadi dapat info menarik dari sebuah blog ni,agak terkejut tapi terkejut bercampur excited.Info ni dapat dari GARANG.COM dan PANDU.MY.

Perodua Viva akan memperkenalkan generasi keduanya dengan menggunakan Daihatsu A-Konsep yang telah pun dipersembahkan pada showcase di Indonesia pada awal tahun lalu.




A-Konsep dibangunkan bersama pakar dari Indonesia dengan sokongan teknikal daripada Daihatsu Jepun. A-Konsep yang dibawa adalah berbeza iaitu sedikit besar berbanding A-Konsep yang biasa dilihat.Cantik kan?Macam rupa Honda Jazz pun ada! ;)





Bawak-bawak la bersabar.Belum pun keluar lagi.Tapi harap-harap akan keluar la Perodua Viva generasi ke-2 ni,mesti mendapat permintaan tinggi,lagi-lagi kaum wanita yang suka sangat kereta pattern macam ni.Bagi kawan-kawan yang masih belum ada transport,bersabar la ye..Lagi lama korang bersabar,lagi banyak pattern baru yang keluar.Contoh macam MyVi 2011-Lagi best- tu.haha


p/s : Yang baru beli kereta,jangan la menyesal dengan setiap pattern yang baru keluar.Jaga kereta anda tu baik-baik,tu je! ;)

Tuesday, August 16, 2011

Ada 3 juta orang kenal dia..wow,famous tu..!!!

Hari ini,dah masuk hari ke-16 umat Islam berpuasa..

Segala pahala-pahala puasa dan amalan berkaitan,hanya Yang Esa sahaja tau.


Tapi kesian,di sebalik Ramadan yang disambut..ada yang diberi percubaan dan dugaan saat-saat berpuasa.Itulah jugak yang terjadi pada adik Mohd. Asyraf Haziq Rossli,seorang pelajar Malaysia yang disamun di Barking, East London.Berita tentang adik ni dapat liputan meluas dari pihak media.Satu dunia boleh tengok! Dianggarkan hampir 3 juta orang yang tengok video adik ni diserang dalam rusuhan tu menerusi Youtube.

3 juta...bukan sikit! Kalau adik Asyraf ni ada blog,mesti femes meletup!


"Cakap-cakap mengenai serangan kejam terhadap pelajar Malaysia itu telah tersebar luas yang hampir semua yang saya tahu, mahu melihat klip itu di YouTube. Orang ramai bersimpati dengan nasib pelajar itu dan ketabahannya," kata Percy Higgins, ahli kimia di London -Kosmo-


 Itu kata Ahli Kimia.Tapi pelik,kenapa Ahli Kimia yang komen pasal ni eh?hahaha


Apa kata adik Asyraf??


Asyraf, 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, yang telah keluar dari Royal London Hospital selepas pembedahan berkata,dia tidak ada perasaan dendam atau sakit hati dengan rakyat Britain.
Dia akan meneruskan pengajiannya di London kerana itulah tujuannya datang ke Britain, walaupun ibu bapa Asyraf menggesa anaknya itu untuk pulang ke Malaysia dan meneruskan pelajarannya di sana.


p/s : Kesian adik ni..nasib baik dia kuat semangat.Nasib baik jugak dia tak cedera teruk,hanya patah gigi dan sakit pada rahang,tapi sakit woo!

Sumber : KOSMO 16 Ogos 2011
 

Sunday, August 14, 2011

Kenali Cikgu Zakiah dalam Juvana TV3

Kalau pernah tengok cerita Juvana kat TV3,mestilah kenal watak Cikgu Zakiah,seorang guru yang sangat berdedikasi kat sekolah juvana tu.Terbaru,cerita Stanza Cinta..dia pegang watak Umairah,kawan kepada Amni Sofina (Nur Fathia yang cun tu).

Izreen Azminda

Bila baca blog ni, baru la tahu yang Izreen ni sebenarnya pernah masuk Dewi Remaja 2005/06,tempat ketiga dan seangkatan dengan Scha Al-Yahya dan Rebecca Nur Islam,cuma sekarang baru nama Izreen melonjak naik.

Biodata Izreen;

NAMA: Izreen Azminda Aznam
TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1985
ASAL: Kangar, Perlis
KERJAYA: Pelakon
AKADEMIK: Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
FILEM: Nana Tanjung 2 dan Otai
DRAMA: CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling dan Juvana.
PENCAPAIAN: Tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja 2005/2006


Selama bergelar pelakon,dah 20 drama dan 2 Filem sebenarnya dia dah berlakon! Wow,ingatkan Izreen ni pelakon baru,rupanya selama ni ramai orang tak sedar kehadiran Izreen dalam mana-mana drama.Contoh,Izreen pernah memegang watak seorang yang antagonis dalam Filem Isabella,lakonan Nasha Aziz dan Rosyam Nor suatu ketika dahulu.Selain itu, Izreen juga pernah mengacara program seram Seekers dan program remaja In-trend.



Pelakon boleh,pengacara pun boleh..memang berbakat jugak Izreen ni,sebab lakonan dia pun boleh tahan bagus.Semenjak dua menjak ni,Izreen asyik dapat watak baik-baik je,sejuk pulak mata memandang.hehe ;)


Sumber : Izreen Azminda

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?




BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

Haa,sudah,nak jawap apa ni?haha

Nak tau best ke tak,boleh skodeng blog ni dari awal sampai akhir..

Saturday, August 13, 2011

Kacak dan handsome di mata wanita...



Bercakap tentang kacak dan handsome di mata wanita,terlalu subjektif untuk dibincangkan.Apatah lagi,setiap manusia mempunyai taste tersendiri tentang kacak dan handsome.


Lelaki di luar sana patut berbangga bila jawapan yang diberi sang wanita,"Handsome la awak ni!"
Sebaliknya bila jawapan,"Eleh..ingat handsome sangat ke kau tu..!",si lelaki dalam hati yang pasrah berkata,"Yela..siapalah kita ni,dah la tak handsome..tak seberapa pulak tu..!" --> Ayat merajuk si pria terhebat.


Kacak dan handsome tu berbeza sebenarnya.Sama jugak dengan cantik dan comel,juga berbeza! Terpulang lah pada setiap individu macam mana nak kategorikan handsome dan kacak.Ohh,ramai jugak sang wanita yang memuja artis-artis dan celebriti tanahair mahupun Barat.Ohh..mengancam!


Ciri kacak di mata aku sangat pelik...


Si Lelaki dikatakan kacak bila mempunyai GIGI YANG TIDAK SEMPURNA, iaitu gigi yang berlapis di bahagian tepi dan jugak yang memakai besi pada gigi..BRACESS (betul ke eja macam ni?) Alasan utama,nampak sweet je bila diorang senyum,nampak gigi yang berlapis tu...hihihihi ;)


Pelik kan?Korang pulak macam mana?

p/s : Jangan malu,jangan segan..kongsi di sini.. ;)


Friday, August 12, 2011

Shawl masa depan,mungkinkah ada teddy bear terselit di sebalik lilitan?

Betul kata Abg Otai,Shawl sekarang seperti kelopak Bunga Matahari...


Dia kata lagi,shawl masa depan,mungkin ada letak teddy bear Mr.Bean....


Aku reply pada Abg Otai,aku rasa shawl masa depan ada macam-macam lagi..patung barbie doll menari...anak patung Garfield dan ohhh..so sweet gula-gula!

Tak,bukan perli apatah lagi nak mengata,bukan! Kenapa bukan,sebab aku sendiri pun buat,tapi belum cuba kelopak bunga punya style.Nak cuba..tapi terbayang-bayang "Ada ke orang pakai macam aku pakai ni??"Tambah-tambah pulak,aku bukan ambil jurusan Human Resources&Development atau Business Administration untuk bersolek dan berhias sakan ke pejabat untuk jumpa client.Ohh no!

Fesyen sekarang menjadi-jadi.Daripada berbaju kebaya ketat di zaman 60-an,sampai la gaya sekarang,bertudung fesyen putar alam.Orang tua bising kata, "Budak-budak sekarang pakai entah apa-apa,sendat..ketat..terkepit-kepit!" -Itu kata orang tua-tua-

Orang muda balas dengan nada tak puas hati, "Habis,orang zaman dulu,pakai seksi kebaya ketat dengan kain belah sampai ke peha,jalan melenggang tunjuk body,pun sama!" - Itu jawapan orang muda-

Gaduhlah korang sampai bila-bila,aku nak minum ayaq....Bye.

Thursday, August 11, 2011

Simbolik kuih-muih

Assalamualaikum

Apa juadah kuih-muih hari ni???
Di sebalik kuih-muih tersedia,ada jugak yang bagi simbolik pada kuih-muih...


Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
 
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih yg suka api = Kuih Bakar
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tentera = Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput

Kuih suka kacang = Kuih doNUT


Ada lagi tambahan????Simbolik kuih-muih ni aku jumpa kat Facebook..Haih,macam-macam gelagat orang berpuasa..sempat pulak fikir simbolik kuih-muih.hahahaha
Apa-apa pun,Selamat Berbuka kepada yang berpuasa! ;)

Tuesday, August 9, 2011

| Berhenti sebarkan Vote Google untuk memilih Palestin atau Israel |

Assalamualaikum semua.

Baru-baru ni,agak ramai jugak yang post kat FB tentang
Isu Berkenaan Vote Yang Dikatakan Dianjurkan Oleh GOOGLE Untuk Memilih Sama Ada Mengembalikan Nama Palestin Ke Peta Di Dalam GOOGLE MAPS...

Secara jujurnya,aku pun terlibat sama tertipu dengan benda ni,siap undi 2-3 kali lagi.
MasyaAllah..
Rupanya,semua tu atas kepentingan Israel semata-mata..Cuba baca kat bawah ni;

Berhenti sebarkan mesej "Google sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului......"
Ia adalah mesej berantai.

Undi anda walaupun sebanyak mana disana tak akan membantu sedikit pun rakyat Palestine dalam kesengsaraan malah menambahkan beban bagi mereka. Untuk pengetahuan anda, setiap page view laman web tersebut, sebanyak RM0.01 akan dibayar kepada Israel untuk iklan Google Ads mereka. Bayangkan kalau ada berjuta-juta pageview dan mungkin lebih dari itu. MasyAllah. Berapa banyak dah wang yang mereka perolehi. Dan tahukah anda wang itu digunakan untuk membeli senjata dan peluru2 yang membunuh saudara2 kita di Palestine? Kalau difikirkan logik, tak kan Google yang besar itu buat poll gunakan website free seperti ini kan? Dan saya ada buat sedikit Whois Lookup keatas laman web tersebut (cara untuk mendapatkan maklumat pemilik laman web tersebut). Ini hasil carian saya: http://www.whois.net/whois/isr​ael-vs-palestine.com. Tengok sahaja pada maklumat yang disertakan. Ada tertulis pemiliknya Google? Malah maklumat yang disertakan bukan maklumat yang betul. Fikir-fikirkan lah.

http://www.whois.net/whois/isr
www.whois.net

Dunia akhir zaman yang penuh dengan fitnah. Antara haq dan yang batil. Masih boleh dibezakan?

WaaAllahu a'lam.......

 
Credit to : http://miszsheyla.blogspot.com/2011/08/drama-sinentron-zionist.html

p/s : Aku siap tekan 2-3 kali kot pilih Palestine....MasyaAllah..!! ;(

| Nuffnang merajuk,tukar status keahlian aku kepada biasa |

Agak pelik dan hairan
2,3 hari lepas,surat cinta kepada Nuffnang dihantar melalui tiket,pertanyaan untuk membership status.
Tak tahu kat mana silapnya,tiba-tiba status aku berubah sedangkan aku tak buat benda yang menimbulkan kebencian Nuffnang pada aku.
Jawapan yang Nuffnang bagi kat aku;

Your membership status was affected because our crawlers detected ad script from our competitor, innity.com on your blog zarryn.blogspot.com. If you wish for Glitterati status to be reinstated, kindly ensure that all script from innity.com  has been removed.

Eh,sejak bila pulak aku ade innity dalam blog aku ni.Tak pernah-pernah pulak aku klik ke,jauh sekali nak copy script apa-apa masuk dalam blog.Pelik betul.Kalau la ada aku ubah apa-apa,kenapa sebelum ni status keahlian tak berubah,kenapa sekarang baru nak ubah status aku?Pening!


p/s : Ada siapa-siapa pernah senasib dengan aku?Wahai Nuffnang,jangan la merajuk! huhu ;(

Monday, August 8, 2011

|Baca komik Doraemon bertajuk "Kamera Kecek"|


Jom semua! 
Kita baca komik Doraemon sekarang..

 
Dah habis baca? Kalau la ada versi Kelantan untuk komik Doraemon ni,mesti jadi komik paling lawak,mengalahkan Majalah Ujang dan Majalah Gila-Gila

Sunday, August 7, 2011

|7 makanan yang membakar lemak|

Lemak dalam badan,kalau terlebih sangat,boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kegemukan.Ramai orang nak kurangkan lemak,tapi tak ramai yang ambil berat makanan-makanan yang mengurangkan lemak sebab mereka berpendapat,diet adalah cara terbaik.Antara makanan yang boleh membakar lemak adalah;

  1. Bawang putih/merah - Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang. 
  2. Tomato - Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet
  3. Putih telur - Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi. 
  4. Lada- Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
  5. Anggur - Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.
  6. Lobak merah - Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak. 
  7. Timun - Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.

Sumber : Makanan yang membakar lemak


p/s : Kalau tahu,tapi tak amalkan,sama jugak!Sebenarnya bergantung jugak pada kadar metabolisme seseorang.. ;(

Thursday, August 4, 2011

Jenis-jenis tidur yang melemahkan akal

Anda suka tidur?Boleh tidur,tapi elakkan tidur seperti kat bawah ni;


1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi.
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
4) Tidur yang terlalu banyak.


Pakar Perubatan Islam tidak menyukai tidur terutamanya selepas Subuh dan Asar kerana dipercayai boleh melemahkan akal dan pengamalnya akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf. Anda mungkin pernah mengalami, selepas terbangun dari tidur pada waktu senja, otak anda menjadi bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.


Sumber : ensaiklopedia-petua-melayu-lama

Wednesday, August 3, 2011

"Nak bagi bunga kat dia,sebab die puasa penuh..!"

Assalamualaikum


Cerita pasal puasa lagi.Kalau kira dengan jari,dah 15 tahun aku berpuasa dengan jayanya.Mula puasa umur 8 tahun.Err,lewat ke cepat ek?Mesti ada yang puasa lagi awal dari aku kan?Darjah 1 aku puasa separuh hari je.Masuk je tengahari..aku dah lembik tak boleh nak gerak lagi.Mak aku kata;


"Dah tengahari ni,sikit je lagi nak berbuka!" .Itu kata mak.


Tapi aku lapar.Biasanya kalau lapar,aku cuma duduk diam menandakan aku tak larat nak cakap banyak.Sampai sekarang pun macam tu.Hadiah pertama selepas aku berjaya puasa sebulan penuh masa umur 8 tahun tu adalah BUNGA dari abah tercinta.Biasalah,abah guna 'reverse psychology' masa kecik-kecik dulu.


Abah kasi Bunga?Ni kakak aku punya pasal.Dekat rak barang-barang kakak,aku nampak bunga dalam kotak plastik.Masa tu femes jugak bunga macam tu,sesuai untuk buat gift.Aku pun,tanpa berfikir panjang,aku cakap nak jugak bunga tu..nak kasi hadiah kat cikgu..


Abah pun setuju dan bawak aku ke kedai.Abah cakap dia tak tahu bunga yang macamana aku nak.Last-last,kakak aku pulak terpaksa teman pergi kedai..Keh3..
Lepas aku pilih,aku pun setuju nak ambil bunga dalam kotak tu.Penjual kat kedai tu Cina,kawan abah.

Abah cakap kat dia;

"Nak bagi bunga kat dia,sebab dia puasa penuh!"
Cina tu cakap;

"Oo..baguh2..kecik2 poso penuh doh!"
(Ni ayat orang Cina Kelantan,loghat Cina diketepikan,loghat Kelate diutamakan!)


Terawih?Dulu selalu ikut je abah buat terawih,biasa terawih kat rumah je.Awal-awal puasa,penuh la saf (Ayah,mak,aku,kakak)..Agak-agak masuk hari ke seterusnya sampai ke hujung puasa,semua dah mengaku kalah,tinggal abah seorang je terawih.Aku mengaku kalah jugak,pergi tengok TV..--> Kecik-kecik lagi dah malas aku ni kan?huhu


p/s : Suatu saat dan ketika,kita sangat merindui zaman kecik-kecik dulu......hmmmm! ;p

Tuesday, August 2, 2011

14 Khasiat Teh




Hari ni nak kongsi fakta tentang khasiat Teh.Rugi kalau tak tahu sebab khasiatnya banyak. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna.

Khasiat Teh;

  1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.
  2. Berupaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.
  3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%
  4. Minum teh dapat melambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E
  5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.
  6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh
  7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan
  8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.
  9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.
  10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.
  11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.
  12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
  13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.
  14. Daun teh berupaya menyekat pertumbuhan sel kanser


Sumber : 14 Kuasa Teh


p/s : Teh yang kita minum tu rasanya dah campur banyak benda,sebab tu rasa Teh asli dah kurang.14 khasiat kat atas tu rasanya sesuai untuk jenis teh herba dan teh minuman untuk kesihatan.

Monday, August 1, 2011

Mereka cedok lauk ke pinggan sambil pejam mata..

Aku masih lagi seperti budak-budak.Bangun sahur pun orang yang kejutkan lagi.Nak harapkan aku, 

"Ahh...tak nak sahur la,takpa..tak lapar...!"

Itu ayat aku yang ego lagi berlagak kenyang.Lepas tu pukul 10 pagi,pergi mengadu cakap tak larat nk buat apa-apa sebab tak ada tenaga! Bagus!!Nak tak nak,terpaksa jugak sahur.Sebenarnya aku kurang gemar bersahur,mesti bakal sakit perut secara automatiknya.Tambah-tambah pulak,masa bersahur tu adalah masa-masa tidurku yang enak.Kes sayang nak tinggal katil yang utamanya.

Sahur kat sekolah,universiti dan rumah sangat berbeza.

Sekolah - Aku jarang sahur.Memang liat nak bangun,sejuk kot terpaksa turun bawah dan jalan jauh.(Padahal blok hostel sebelah je dewan makan).Tapi entah,perasaan malas lebih hebat.Seingat aku,berapa kali je sahur kat sekolah.Warden pun satu hal,masa tu jugak la dia pasang kisah-kisah SAKARATUL MAUT dan bayangan-bayangan kematian dekat PA System.Tutup la selimut segala bagai pun,bila terbayang saat-saat nak hadapi kematian,terus bangun! Kat dewan makan lain pulak kisahnya.Aku tengok makcik dan kakak yang cedok lauk kat budak-budak,cedok lauk sambil pejam mata.Kesian!


Universiti - Sahur di kampus memang rilek.Nak bangun ke,tak bangun ke...takde hal.Awal-awal masuk kampus dulu,malas jugak sahur.Tapi bila ingat pasal kelas dan makmal siang-siang nanti tak larat,aku terpaksa sahur jugak.Selalunya,aku beli makanan sahur sekali dengan makanan waktu berbuka.Dah besar pandai jaga kecantikan.Kalau bangun tidur,muka mesti sememeh! Nak keluar pergi cafe,malu sebab ramai pulak jejaka kutu rayap yang masih tak tidur-tidur tapi terus bersahur. Kesimpulan,beli siap-siap la lauk masa waktu berbuka tu.


Rumah - Rumah adalah tempat bersahur paling awal dalam hidup aku.Paling awal di sini bermaksud,pukul 4 pagi lagi dah suap nasi ke mulut.Kalau tak pukul 4,mesti pukul 4.15pagi.Kat kampus dan sekolah..pukul 5.15 tu baru bangun..Kat rumah,lauk sangat banyak tapi aku letak 1 jenis je..Semua gara-gara takut sakit perut sampai tak boleh tidur nanti.Lepas makan,lepak-lepak kejap tunggu Subuh dan tidur.Dulu kecik-kecik,aku suka baca majalah Mangga sebelum waktu Subuh sambil minum air Nescafe panas.Bila fikir-fikir balik,ape kejadah baca majalah Mangga..!! Hurmm...


p/s : Kisah sahur aku tak menarik pun sebenarnya.Tapi aku saja nak ingat balik pengalaman bersahur.Orang lain best la dapat merasa sahur di kedai,mesti meriah!