Monday, January 23, 2012

Apa khabar agaknya Perlis?

Ada jugak yang mintak idea nak menulis sebab tengok semalam aku beberapa kali update blog.Tak,sebenarnya idea tu datang secara kebetulan,bukan dipaksa.Jadi bila idea datang,sila cepat-cepat update ye kawan-kawan (terutama kakakku yang sekarang sudah jadi blogger tegar).Hehe

Hari ni tak ramai yang update blog.Aku anggapkan aje diorang ni bercuti.Sedangkan aku bertungkus-lumus mendapatkan signal broadband yang hampir pupus line nya..Selalunya dapat signal 3G tiga bar.Tapi hampeh,dapat GPRS setakat dua,tiga bar.Jawapnya aku buka Internet,lagi satu jam la dapat browse.Yummeh! Tq Internet,kerana banyak buang masa aku.

Apa khabar agaknya kucing aku di Perlis.Sudah makan ke diorang? Ke,tersepit dan terkurung rumah siapa-siapa? Mintak-mintak jangan la.Sebab sekarang cuti semester.Harap-harap diorang pandai cari makan sendiri waktu-waktu cuti ni.Aku harap sangat banyak cicak yang munculkan diri depan diorang secara tiba-tiba,kalau tak mesti kucing aku jadi vegetarian,makan rumput waktu cuti-cuti macam ni.Survival..Kesian!

Waktu-waktu petang di Perlis,adalah waktu orang menangkap ikan di tepi sawah.Ala-ala zaman dulu gitu! Aku suka tengok suasana macam tu.Ikan pun boleh tahan,dapat ikan keli,ikan haruan,ikan puyu..Tu belum kira yang tangkap udang kat muara lagi.Aduhhh,dapat kat aku,pegi jual dapat gak pendapatan buat beli nasi tapau hari-hari.

Macam ni la suasana kat Perlis,tenang je dengan sawah padi

Aman dan damai walaupun aku dah tak tahu nak jelajah ke mana lagi dalam Perlis,tapi seronok duk sana.Paling best,bab makan.Ikan Bakar? Bihun Sup Simpang 4? Laksa Kuala Perlis? Nyum-nyum!

Ok.Kalau ada masa bulan depan,aku akan update pasal makanan di sana pulak.Berehat jap.Tata! ;)

2 comments:

EllyZahari said... Reply To This Comment

rasa nk gi perlis la pulak bc entri ni..huhu

Cik Ila said... Reply To This Comment

@EllyZahari

Jom2..meh dtg Perlis..bwk danish!