Thursday, January 19, 2012

Mampu beli choki-choki je..


Tentang simbol ini dan blog..

Ni simbol duit kan secara logiknya? Kalau ada yang kata ni simbol lain tak tahu la kan.Kaitan dengan blog? Ada la kot..sikitttt..sikittttt...
Lain macam je 'sikit' aku tu kan.Kadang-kadang seronok dengar orang dapat income hasil dari blog.Maksudnya,hanya duduk depan komputer,dapat duit. Ada ke orang yang tak suka duit? Tipu kalau ada!

Ada orang menulis hanya kerana hati dan perasaan,ada yang menulis,memang dia terget nak dapat duit.Tapi aku menulis bukan kerna nama.  cuba gabung dua-dua sekali.Boleh? Dulu memang,aku menulis setakat nak luah perasaan.Tapi rasa rugi kalau tak cuba dapatkan hasil. Cuba bayangkan kalau bil elektrik,streamyx,atau broadband dibayar sendiri. Tak rasa untung ke kalau guna internet,guna semua perkakas tu untuk dapat hasil sikit-sikit, sekurang-kurangnya dapat tampung belanja nasi lemak sebungkus pun jadi la!

Aku tau,masih ramai yang belum cukup untung dengan blog.Tapi ramai jugak yang dah untung besar.Contohnya aku, duit iklan kat blog hanya mampu beli coklat 'choki-choki' je kot..Hmm..

Entri yang sewaktu dengannya.. Simbol Ini dan Kaitan dengan blog anda

4 comments:

EZAD AMIR said... Reply To This Comment

nk buat duit dgn blog,trafik kena la mantap..
^_^
follow u

Cik Ila said... Reply To This Comment

@EZAD AMIR

Ye.Btul2..trafik kene mantap.Blogger baru kene belajar byk dr blogger lama.. ;)

Afiq Bukhari said... Reply To This Comment

choki2 sgt sedap! feveret junk food time stdy haha

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Afiq Bukhari

Haha..Cik Ila pn same..choki2 mkn time skolah dlu..