Tuesday, January 24, 2012

Kenapa tak rosak 2-2 terus?

Kawan pernah mengadu tahun lepas..katanya;

"Selipar kalau rosak,mesti rosak sebelah.Tak boleh ke rosak dua-dua terus?"

Aku senyum je.Dalam hati aku terfikir kenapa la selama ni aku tak pernah fikir benda macam tu?Aku cuma fikir benda yang susah berbanding fikir benda yang berlaku di sekeliling.

Selipar kalau bukan putus,mesti hilang.Last-last sebelah tu tetap tak berguna jugak.Menarik pemikiran kawan aku tu.Aku pun rasa rugi jugak selipar buat hal sebelah.Cuba buat hal dua-dua belah,senang sikit aku nak humban ke tong sampah.

Selipar yang femes kita dengar adalah selipar Jepun.Kenapa dia tak panggil selipar Korea?Ada satu masa dulu,kawan aku sign in e-mail baru dengan menggunakan selipar_jepun. Sudahnya, bila nak buat CV untuk kerja,mula la kalut nak buat e-mail baru.Segan katanya guna e-mail selipar_jepun.

Betapa besarnya pengaruh selipar dalam kehidupan kita.Walaupun kasut berlambak-lambak,selipar tetap tak dilupakan.Tapi jangan lupa,orang Kedah tetap setia memanggil selipar sebagai 'kasut' walaupun realitinya itu adalah selipar.

5 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

ayat last tu memang tepat sekali...

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Azwan Aziz

Ayat last je?? ayat lain tak tepat la eh?haha

eyqa amin said... Reply To This Comment

yg penting bila dah rosak kena juga guna duit...

Cik Ila said... Reply To This Comment

@eyqa amin

Btul tu..zmn sekarang mmg semua pakai duit.. ;)

FasiHaH SupiaN said... Reply To This Comment

haha itu baru kisah selipar dan jepun.hehe