Sunday, January 8, 2012

Kaut untung hasil dari kisah aib orang lain?

Minggu lepas,kecoh cerita pasal ^&*())__@^# ..Tak boleh sebut,nanti hukumnya sama macam apa yang nak diceritakan dalam entri ni.

Semua dah sedia maklum tentang isu 'culture shock' oleh seorang student kita.Aku malas sebut siapa sebab satu Malaysia tahu.Maklum lah,1 Malaysia! Haha
Lagi pun,kalau aku sebut,berdosa tau tangan yang menaip ni.

Tapi persoalannya,apa fungsi dihebahkan benda tu untuk tujuan meraih trafik yang tinggi kat blog? Pendapatan tinggi hasil dari mempamirkan kisah-kisah negatif seseorang.Adakah itu jalan terbaik dan strategi untuk korek pendapatan lebih untuk cari makan? Jika begitu,berbaloikah duit itu untuk sesuap nasi kita dan anak-anak kita suatu hari nanti?

Ye.Memang untuk tujuan kebaikan jugak.Tapi soalnya,kalau esok dan lusa ada ahli keluarga atau kawan yang senasib dengan kisah-kisah negatif tu,agak-agak seronok tak baca cerita tu dalam blog-blog.Apa lagi bila dapat tau,hasil dari kisah negatif tu,orang lain yang dapat untung,kita dapat apa? Malu tak?

Sudah-sudahlah.Kita pun belum tentu masa depan macam mana.Kot esok lusa,anak cucu kita orang duk mengata sana sini,tak ke malu muka tu? Sedar-sedar la diri tu..

Mood : Geram ni.Tak aci pun ada.Apsal aku emo sangat nih? haha ;p

5 comments:

agak masalah said... Reply To This Comment

memang hal2 macam tu yang pembaca malaysia suka.aib orang seberang laut nampak, aib sendiri buat2 xnampak hehe

Cik Ila said... Reply To This Comment

@agak masalah

Agknya laa...hal org lain no.1...hal diri sendiri..no.2..hehe ;p

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

dh jd budaya org malaysia camni... suka sibuk hal org lain...hehe

Cik Syue said... Reply To This Comment

maybe blogger tu fikir hal ni perlu dikongsi n dibuat pengajaran oleh org lain kot, ehhehe

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Cik Syue

Biasalah,masyarakat kita mmg suka ambil port benda2 mcm tu.haha