Thursday, January 12, 2012

Bunga kuku

Masa kecik-kecik dulu,aku selalu tengok kuku.Apa benda yang macam bukit kat kuku tu.Macam matahari separuh pun ada.Pernah jugak conteng buat 'sinar' cahaya matahari kat kuku.Budak-budak,biasalah! Haha

Bila besar,benda tu makin berkurang.Sebenarnya,sampai sekarang pun aku tak tahu benda tu panggil apa.Tak apa lah,kita panggil bunga kuku ye! Bunga kuku sekarang hanya ada pada ibu jari,kedua-dua belah tangan.Punya la nak sangat tahu kan,aku pun cari kat google,taip bunga kuku.Ohh,sebelum tu,ni bunga kuku pada jari aku ;

Sila abaikan buku di belakang
Kurang jelas,tapi nampak kan?
Lepas aku godek-godek google,jumpa la satu forum pasal bunga kuku ni.Walaupun banyak mitos-mitos dan fatwa baru daripada pengirim,aku suka baca sebab aku tengok ramai juga yang prihatin tentang benda macam tu.Ni adalah pendapat yang aku print screen daripada  forum tu;

Untuk semua komen tu,semua aku suka.haha
Komen no.11 tu logik jugak.haha
Komen yang last tu fakta yang betul daripada fakta mitos lain. ;p

Kesimpulannya,aku kurang kalsium (barangkali!) Haha.Sebut pasal kalsium,teringat susu iaitu sejenis kalsium.Untuk pengetahuan,aku ni kurang gemar minum susu.Kalau orang kasi secawan susu dengan secawan air masak,aku rembat air masak dulu rasanya.Bila minum susu,rasa macam aku bakal sakit perut lagi setengah jam dan sesi masuk ke tandas pun bermula.

Bila aku tengok orang tua kat kedai minum susu,aku rasa menyampah sangat.Lagi-lagi pakcik yang order air susu.Lepas minum,sangkut-sangkut pulak kat misai dan kumis.Aku pun macam, "Euww,mengadanya pakcik ni,dah tua-tua order la air kopi ke,air nescafe ke..ni tak,dah la siap sangkut-sangkut kat misai pulak tu!". (Siapa rasa dia tua pangkat pakcik kat sini,minta maaf ye! )

Kalsium oh Kalsium,sila la cukup dalam badan ni supaya kuku tak berbunga lagi.Hati berbunga tak apa! Wink..wink! ;)

8 comments:

EllyZahari said... Reply To This Comment

bila kamu dh kawen n preggy, susu kene masuk dlm list meals tiap ari tau x..keke

Cik Ila said... Reply To This Comment

@EllyZahari

Yekk..Tak mau..Tak sedap.. ;(

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

hati dah berbunga ke?haha

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Azwan Aziz

Ish..Ingatkan nak komen pasal bunga kuku..komen pasal hati pulak..ish3..

eiyzniey said... Reply To This Comment

Nini ske susu..
Heeee
:)))

blogtilldrop said... Reply To This Comment

oohh tu ka bunga kuku... salam kenal visit u back and follow..nice blog..thnk Cik Ila ..do visit again Jom makan-makan: Kafe Ipoh Station

Cik Ila said... Reply To This Comment

@eiyzniey

Untung la suka..cik ila nak telan pn fikir 2-3 kali..huhu

Cik Ila said... Reply To This Comment

@blogtilldrop

Ye..tu dia bunga kuku