Wednesday, January 25, 2012

Tolong jadi lelaki yang bertanggungjawap!

Lelaki..lelaki dan lelaki.Entri ini tidak bertujuan untuk menyinggung mana-mana lelaki.

Tetapi entri ni sekadar luahan tentang perasaan seorang wanita tentang insan bernama lelaki.Jujur aku kata,aku cukup suka kalau lelaki yang pandai menghormati wanita.Hormat di sini merangkumi semua aspek daripada percakapan,cara bergaul,cara bertoleransi dan lain-lain.

Ada lelaki yang langsung tak ambil kisah bila bercakap dengan perempuan.Bagi diorang,alah..perempuan tak boleh diberi muka,nanti pijak kepala.Bercakap dengan perempuan ikut sedap mulut aje,macam cakap dengan kawan lelaki.Sedangkan wanita sudah tentu mahu dilayan seperti seorang wanita.Kalau nak orang hormat awak,tolong la hormat pada orang jugak,ok? Ni tak,cakap bukan main kasar.Apa salahnya berbudi bahasa sikit..

Menolong wanita? Memang aku respek habis lelaki bersifat baik macam ni.Pernah 2-3 kali aku lihat situasi di mana seorang lelaki menolong seorang wanita.Aku sudah bertahun-tahun berulang-alik dari pantai timur ke arah utara tanah air menaiki bas dan apa yang aku lihat semasa perjalanan ke sana,sangat membuatkan aku terharu.Ada lelaki yang tolong angkatkan beg masa turun,ada yang tolong tutup langsir bila silau (ni kes duduk sebelah-sebelah),rasa macam 'kenapa bukan aku yang alami semua tu?' -Ok.mimpi jelah!- haha

Tak hormat wanita? Tak hormat merangkumi banyak aspek.Tapi yang aku nak cakap di sini adalah cara bergaul.Aku sangat menyampah lelaki buat-buat caring depan public,cuit-cuit sana,peluk-peluk depan orang ramai.Bagi aku,itu bukan caring dan penyayang,tapi tak hormat perempuan!!

Sekarang zaman teknologi,setakat chatting kat internet tu dah biasa sangat,betul tak semua orang? Tapi aku cukup tak suka bila berchatting,aspek perbualan tu mengada-ngada macam apa jek! Siap masuk area 18sx bagai.Tau la dah lebih umur,tak perlu la nak try test ayat-ayat power kat laman chatting pulak. Juga dilabel tak hormat perempuan!!

Wanita dipersalahkan bila frust bercinta? Yang ni bergantung pada sejauh mana hubungan korang.Tapi yang pasti,wanita ada hak untuk pilih siapa bakal ketua keluarga dalam hidup dia seperti mana lelaki mahukan seorang wanita solehah untuk dijadikan isteri.Toleransi tu penting.Yang ni aku tak berani nak komen lebih-lebih,nanti PANAS pulak isu ni.

Sekadar renungan.Harap-harap ada yang mengerti.Tolong hormat pasangan anda kalau anda seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawap!

8 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

lelaki dan wanita saling melengkapi kekurangan masing-masing... :)

msredcheesecake said... Reply To This Comment

Tak boleh nak respect Lelaki yang suka cakap 18 sx....

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Azwan Aziz

Oo..mesti tak setuju dgn entri sy kn?haha

Cik Ila said... Reply To This Comment

@msredcheesecake

Btul tu k.msred..sgt tak boleh respect!

EllyZahari said... Reply To This Comment

x sume lelaki mcm tuh..trust me! hehee

Amy Syaquena said... Reply To This Comment

betul x semua lelaki macam tue...mungkin 30% saja yang bersikap gitu

Cik Ila said... Reply To This Comment

@EllyZahari

Tk semua,tp ramai jgk prangai gtu.haha

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Amy Syaquena

btul,masih ada yg ok..tp tak kurang..