Tuesday, January 24, 2012

"Eh,mana ada comel..U lagi comel..!"

Bila gadis comel add aku Facebook,aku rasa bangga semacam.Rasa macam diri dihargai.Ewah.

Baru tadi,ada seorang gadis comel add aku dalam Facebook.Muka cun,comel je ibarat 'mix-parenting'.Aku bukan main terharu.Selama ni cukup susah nak dapat gadis comel add aku dalam Facebook.Aku fikir,alah..diorang ni mana ada masa nak add orang,nak approve request lagi ada la..

Bercakap mengenai gadis comel...

Kat Facebook ada banyak gadis comel.Tapi yang betul-betul comel sebenarnya sikit je.Yang banyak tu perasan comel.Boleh bezakan tak yang betul-betul comel dan perasan comel?
Yang perasan comel adalah apabila album gambar FB mereka penuh dengan koleksi ambil-gambar-syok-sendiri. Kelakar pun ada.Terutama budak-budak sekolah.Apa kejadahnya upload gambar syok sendiri tu banyak-banyak dik oi?Kalau orang yang tolong tak apa jugak.Ni snap sendiri.Adoi.Part komen lebih-lebih kelakar.

"Comel la awak ni...!"


"Eh mana ada,tak comel pun..U lagi comel...!"

Lepas tu perasan sorang-sorang.Senyum sampai ke telinga.Bangga la tu ye? Haha.Cis.Cis.Cis.Orang dah puji kau cakap jela terima kasih.Hargai la sikit orang yang puji tu.Entah-entah orang tu bukan puji ikhlas pun.Saja nak test perasan ke tidak.Tak ke malu?

Serius.Terdesak sangatkah sampai begitu sekali?Hidup untuk makan pujian kah?

Tapi yang betul-betul comel aku tak marah.Memang mereka layak untuk jadi comel dengan sentiasa bersederhana,berterima kasih dan menyimpan kecomelan itu untuk muhasabah diri dan mensyukuri nikmat kurniaan Yang Esa.Syabas!

2 comments:

EllyZahari said... Reply To This Comment

kalo kelate, bukan org je comel..segala benda pon comel..cth: "comelnyo kain neh.."..erkk, tuan pakai kain tuh yg kesian xdpt pujian..kehkeh

Cik Ila said... Reply To This Comment

@EllyZahari

Org yg komen ni pn comel.. (tgn di bahu,mata ke atas) hahaha