Tuesday, January 24, 2012

Jiwa kacau,terkacau dan dikacau.

Hari ni Internet laju sakan.Anggap saja mereka-mereka sudah pulang ke kota untuk bekerja esok lusa.

Rupanya seronok jugak online tepi tingkap sambil tengok kereta lalu-lalang pergi majlis kenduri.Tambah-tambah pulak bila tempat kenduri tu siap pasang lagu pengantin.Tangan yang menaip ni dengan serta-merta rasa nak stop sekejap,melayan perasaan.Taip separuh,lepas tu berangan.Kalau la majlis aku begitu dan begini...... bla.bla.bla.

Tiba-tiba tergendala.Suara mami panggil suruh buat kerja.Halamakk! Time ni jugak dia nak panggil.Ok.Postpone la mengalamun,nanti sambung balik.Kesimpulan,setiap kali aku mengelamun,mesti ada je benda yang menghalang.Macam semalam,elok je mengelamun tiba-tiba dengar suara kucing jantan.Ya Rabbi,kenapa bunyi kucing tu sedemikian? (Suara dia tak sedap langsung!)

Sama kaedahnya bila kita tidur,orang telefon kat HP.Dalam hati..Haih,time-time orang tidur la dia nak telefon.Time tak tidur,tak ada la pulak call nya! Geram sampai dah tak boleh nak tidur balik.

Sama jugak bila kita nak tunjuk sesuatu pada orang dan benda tu lenyap seketika sama ada kita lupa kat mana atau benda tu betul-betul dah tak ada.Lepas tu tension sorang-sorang.

Benda-benda kat atas ni cenderung membuatkan kita berjiwa kacau.Dikacau dan terkacau secara tidak disengajakan membuatkan kita rasa sangat serabut.

Jiwa kacau!

0 comments: