Sunday, January 22, 2012

Tak ada ke undang-undang jenayah makhluk halus?

Teringat waktu kecik,teringin nak jadi doktor.Tapi takut pulak bila nampak van jenazah dan bunyi Ambulans.Ne-Noo..Ne-Noo...Masa tu terbayang gunting dan jarum yang doktor guna untuk operate orang sakit.Nampak van jenazah pulak,sebab takut hantu.Tak masuk akal,boleh pulak ingat mayat tu hidup balik untuk menjadi hantu lalu membalas dendam kepada mereka yang berbuat jahat.Minta-minta la anak aku suatu hari nanti tak akan kenal apa itu hantu.Sebab hantu dalam cerita memang membuatkan orang terpengaruh.

Aku belum pernah pulak jumpa hantu.Tapi aku pernah papah seorang budak junior yang kena sampuk dek syaitoon.Memang susah nak percaya dari segi saintifik bila dagu seseorang manusia boleh berdarah tanpa ada  orang pukul atau terlanggar apa-apa objek.Tapi itulah yang terjadi masa aku cuba papah budak tu.Sakit katanya.

Aku pernah tanya budak tu,macam mana syaitoonnn tu boleh kacau? Dia pun tak tahu.Tiba-tiba je benda tu muncul sekeliling dia sampai dia tak boleh nak belajar.Kata ustaz,mungkin buatan orang..Hmm,pelik...

Kes-kes macam ni kalau dibawa ke hospital,memang sah takkan ada apa-apa penyakit pun.Pakar perubatan tak boleh nak cakap tu masalah apa.Memang tak adil...

Aku pun terbayang sekarang..

Negara kita ada undang-undang jenayah,tapi undang-undang jenayah makhluk halus tetap tak akan wujud sampai bila-bila.Kesian.

Kesian pada orang-orang teraniaya terkena buatan orang.Ada yang sakit sampai meninggal,ada yang sakit dan terus sakit sampai ke tua dan ada jugak yang kembali sihat seperti biasa.Kadang-kadang geram pun ada kat orang yang taksub dengan ilmu-ilmu syaitoonn macam tu sampai nak kenakan orang.Tak ada kerja eh?

0 comments: