Hakikat,aku tak suka orang menyekolahkan aku.
Tau la aku sekolah sampai tingkatan lima je.Dia sekolah sampai tingkatan enam.Tinggi dia setingkat.
Cikgu pernah kata, kalau kita tak boleh ditegur,kita ni besar kepala,cepat melenting,ego dan degil. Tapi tak pernah ada cikgu yang tuju ayat macam tu untuk aku.Jaga hati mungkin.Yang cikgu pernah cakap,aku 'tebulah's'(versi Red Warrior),atau dalam bahasa standardnya cuai/careless and what so ever..haa,amek kau! haha ;p
Cikgu kata kalau aku mengira memang tebulah's..Benda senang pun boleh salah.Nak je aku cakap,cikgu,saya memang tebulah's.Tu baru kira-kira,belum tengok lagi saya bawak cawan yang ada air dalam tu,berciciran tumpah sana sini..cikgu nak tolong lap? Kurang ajar statement tu kalau aku cakap betul-betul.
Baiklah.sekolah pun tamat.Masuk universiti pun sama.Tak ada yang berani cakap aku degil dan ego.Masuk 4th year,jumpa dengan seorang lecturer ni.Cakap dengan dia memang sentiasa rasa nak berapi.Tapi aku respect dia sebab berani cakap benda betul dan dia tak akan puji kalau benda dia rasa tak sepatutnya dipuji.
Katanya,
Awak ni ego dan degil awak tau tak.Kalau boleh,kurangkan ego tu,saya malas nak gaduh dengan awak.
Betapa berapi nya mula-mula aku dengar.Tapi lama-lama,rasa macam terharu pulak.Antara ramai-ramai orang,dia yang berani tegur.Harap-harap lepas ni akan jumpa lagi orang yang berani tegur secara terbuka.Sakitnya kejap je,tapi bila fikir balik,lebih baik macam tu daripada tiap-tiap hari dengar pujian yang kita sendiri tak tau orang tu ikhlas ke tidak. ;)
p/s : Sedang berkata dalam hati, orang tegur sebab orang sayang kita. Heee! ;p
11 comments:
tebulah rupanya dia :)
@Azwan Aziz
Mmg dr kecik mcm tu.hahahaa
@diana
Huhu.Tu la kan..manusia..
kadang2 kita perlukan teguran2 orang lain untuk menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelum2 kan?? :)
Respect kat orang yang berani menegur :0)
@boni kacak
Ye..btul tu,pendapat org kene kira jugak! :)
@azey
btul2..sbb dia berani.. ;)
thanx ila sudi kunjung blog akak..
aneway bg akak, sometimes kite kena terima juga pendapat dan teguran orang.. kalau rase ok, ikutla.. kalau x, lupekan aje..:)
@Farah Shamsudin
Hehe.Thanks akak,sudi membalas kunjungan ila.Sy setuju dgn akak. ;)
degil, degil, n degil..hahaha..penat ajar maths, bleh dia bt x tau..tu zmn kecik2 la, skang dh bijak pandai xyah ajar dh..;P
@EllyZahari
Shhhhh...diam2..haha
Post a Comment