Aku sekarang berada di bangunan KWSP.Chup,bukan urusan KWSP tapi urusan ber'online'.Kenapa aku di bangunan ini?Sebab library aku 1 bangunan dengan KWSP,itulah jawapan aku yang sebenar-benarnya.Gara-gara internet yang cukup semput,aku lari datang ke sini --> Sebenarnya aku ke Kangar untuk membeli barang-barang sebelum pergi kursus esok.Singgah di library untuk online sat..Jap lagi aku balik la!
Ye.Esok aku pergi kursus.Untuk maklumat lanjut,tunggu aku pulang hari Isnin nanti.Sampai-sampai je kat Kangar,aku jumpa bermacam-macam manusia berduyun-duyun balik kampung.Dan aku tengok,majoriti yang balik kampung tu,orang Melayu! haha.
Warga-warga Cina tak ramai sangat.Aku pun tak pasti,adakah kaum Cina masih lagi sedang belajar di library/jumpa lecturer atau sedang mengagihkan limau-limau kepada rakan-rakan yang lain di kolej kediaman sebelum balik?
Yang aku pasti,kawan-kawan sebangsa dengan aku dah ramai yang pulang.Oh,mungkin jiran mereka masyarakat Cina,nak tengok preparation Chinese New Year agaknya.Tapi kalau tengok balik,musim-musim cuti sebelum Hari Raya Aidifitri,yang balik awalnya masyarakat Cina.Mengikut teori aku,agaknya sebab orang Melayu berpuasa,kedai banyak tutup,lapar punya pasal,balik rumah awal la..---> Ini teori aku.
Orang Melayu pulak,rilek je.3 hari sebelum raya buat macam takda perasaan.Bazar Ramadhan pulak makin ramai orang.Teori aku kali ni --> Balik lambat-lambat aaa sket,baru rasa suasana balik kampung! Mm...pastu balik-balik kampung,jalan sesak..pandai-pandai la hangpa bajet masa yek! Haha
Ohh aku lupa,kaum India jugak yang sempoi.Raya dia ke,raya Cina ke,rilek je balik ngam-ngam dengan cuti.Teori aku lagi --->Diorang ni tak cerewet mana,kalau korang senyum kat diorang,confirm diorang senyum balik kat kita.
**Apa yang aku cuba sampaikan ni,kita hidup berbilang kaum,bangsa dan budaya.Setiap kali cuti perayaan,setiap kaum boleh merasa cuti yang sama walaupun berlainan agama.Ohhh,kita kan 1 Malaysia! ;)
Friday, January 28, 2011
Thursday, January 27, 2011
Kenapa facebook jadi macam ni???
Facebook? Dah seminggu aku rasa pelik dengan facebook.Tak tau la anda-anda semua macammana.Ke,aku n kawan-kawan je jadi macam ni.Ke,internet aku problem?Atau tanda-tanda facebook dah menyampah sebab ramai sangat user?hahaha
1. Bila komen sekali,dia masuk 2 kali.Tak pun sampai 4 komen yang sama masuk.---> ape kes?aku nak komen sekali je,bukan 4 kali!!
2.Aku memang ingat,aku dah komen page tu.Tapi bila aku bukak next time,aku tengok page tu takde yang aku komen.--> aku bajet orang tu delete komen,rupanya memang salah fb,dia hide kan komen aku!
3. Komen masuk cepat sangat.sekali enter teruk naik.Pastu,belum masuk notifications pun lagi,komen yang orang lain tulis dah penuh.---> aku asek terlepas pandang!
4.Hari tu aku geram betul.Aku tak tukar pun layout profile tu.Tiba-tiba dia tukar sendiri..Ahh..tak suka..tak suka
***Okeh,dah habis aku membebel.Lain kali sambung lagi ye.babai! haha
Wednesday, January 26, 2011
Blog bersawang?
Dah nak dekat 1 week tak tulis blog.Saya busy! Blog dah bersawang.Tapi takpe,blog tak lari cuma yang larinya pembaca blog.Tapi takpe la,takkan nak pegi sound ,"Oi,bace la blog aku!"
Ohh ye,Ahad lepas pergi Gua Kelam.Tapi kali ni tak masuk gua sebab nak buat BBQ.Barang-barang banyak.Nak bawak masuk dalam gua,mustahil dengan tulang tak berapa nak kuat aku ni.Orang pemalas,biasa la banyak alasan! Haha.
Okeh,ada gambar! Tu yang penting.
Sangat-sangat hepi,sebab dah lama tak main air.Kesian kan?huhu.At least,dapat jugak enjoy setelah kepenatan seminggu pulun untuk test dan sebagainya.I'm tired! huhu
Ohh ye,Ahad lepas pergi Gua Kelam.Tapi kali ni tak masuk gua sebab nak buat BBQ.Barang-barang banyak.Nak bawak masuk dalam gua,mustahil dengan tulang tak berapa nak kuat aku ni.Orang pemalas,biasa la banyak alasan! Haha.
Okeh,ada gambar! Tu yang penting.
Ayam ada 1 besen untuk dipanggang! hmm |
Kalau bukan sebab dia,ayam tu takkan masak! haha |
Kami.. Ahli Khidmat Masyarakat! hehe |
main air sungai! :) |
Sunday, January 23, 2011
Aku nak fokus itik tu..
Bila aku bukak facebook,aku tengok banyak orang upload gambar baru.Bila aku bukak blog,pun banyak orang upload gambar baru.Aku? Gambar baru banyak,tapi kenapa laa malas nak upload.Tiba-tiba buat ayat kesian,"Hmm..gambar aku tak menarik macam diorang kot!"
Tak pasti,agaknya dah jadi fanomena sekarang.Buat apa-apa mesti ada kamera.Tambah-tambah pulak sekarang berlumba-lumba orang beli DSLR. <---Nasib baik mahal,kalau tak aku pun beli!.Bak kata seorang kawan aku;
"Kalau semua orang jadi photographer,silap-silap haribulan,pengantin baru pun ambik gambar sendiri!!!" ----> Ini kata-kata dia.Ada betulnya jugak.Takde modal nak tulis.Tapi nak tunjuk satu gambar ni.Aku tak tau kenapa aku suka gambar ni.Gambar kat Tasik Darulaman Jitra.Itik pujaan.Selama aku pergi tasik tu beberapa kali,ni la 1st time aku tengok orang naik itik tu.Comel! hahaha

Itik yang menarik.Pernah tengok orang naik itik?Haa..ni la dia.. |
Friday, January 21, 2011
Kajian aku yang seterusnya.
Baru perasan,rupanya dah lama tak update fakta-fakta yang aku dapat dari e-mail.Dah kurang la pulak si pengirim tu anta kat aku.Busy kot.Bila takda fakta,aku cuba reka fakta sendiri.Kali ni aku nak reka fakta lagi satu.Jom baca
*
*
*
- Aku melihat orang cantik/kacak memiliki tulisan yang agak kurang menarik.Tapi bagi yang tak cantik/tak kacak,tulisan jauh lebih baik.Orang berbadan besar mempunyai pattern tulisan yang kecik manakala orang kurus mempunyai pattern tulisan yang besar.Dan tak lupa,yang tulisan tak berapa menarik tu la jugak yang pandai berbanding tulisan cantik yang kebanyakkan kurang pandai.Ni cuma pemerhatian aku je,kalau korang rasa sebaliknya,itu pendapat korang.Dari sekolah sampai sekarang,aku suka tengok orang menulis.Sejak sekolah lagi aku dah buat perbandingan tulisan.So,aku buat kesimpulan; Setiap manusia tak perfect,ada kelemahan dan kelebihan.
- Aku tengok situasi,orang kurus lebih banyak makan daripada orang gemuk.Bila aku tanya orang kurus bila nk gemuk? orang kurus kata, "Aku dah makan banyak,tapi tak gemuk jugak nak buat macammana lagi?"Orang gemuk pulak kata,"Aku dah kurangkan makan,tapi badan aku makin naik pulak!" Aku melihat orang yang skema adalah kurang cemerlang.Tapi orang yang otak gila-gila style otak suke merepek pulak sangat cemerlang.Kadang-kadang yang skema bertungkus lumus belajar,orang yang otak gila-gila tu tido je,tapi cemerlang.Anugerah Tuhan lagi.Mungkin jugak masing-masing ada usaha yang kita tak nampak.Hasilnya rezeki yang terbaik buat mereka.
- Aku melihat perempuan yang suka pink suka mandi lama-lama dalam toilet.Kajian niaku buat bersama sorang lagi kawan pada tahun 2008.Sebab masa tu dalam rumah,ade 2,3 orang housemate aku yang suka kaler pink.Dan aku,salah sorang yang selalu tunggu turn nak mandi.Orang suka pink ni memang ciri-ciri ke'perempuan'an la aku rasa.haha.Tapi tak semua jugak.Sebab sekarang aku tengok cepat atau lama dalam toilet tu bergantung pada keadaan.Kalau time tu dia ada kelas lagi 15 minit nak mula dan dia baru bangun,kompem dia boleh mandi 5 minit je.
Thursday, January 20, 2011
Saya tak cuti hari ni.. :(
Al-kisah untuk hari ini.
Hari ini cuti Thaipusam.Tapi Perlis tak cuti..huarghh.. Bukan takat tu,lepas ni ade presentation la pulak untuk assignment.Adehh..Kepada u'olls2,selamat berbahagia untuk hari cuti yang penuh bermakna ni.Kepada yang sambut Thaipusam,Happy Thaipusam Day ok! :)
Walaupun aku tak berapa tahu sangat pasal Thaipusam,tapi aku tau setiap kali Thaipusam mesti ada gambar ni kat paper.Campur sekali gambar yang dia cucuk-cucuk badan merata-rata tempat.Adehh.Takpe la,itu tradisi dia.u'olls2 duduk diam-diam cuba hormat agama diorang,ok? Selamat Bercuti! :)
Hari ini cuti Thaipusam.Tapi Perlis tak cuti..huarghh.. Bukan takat tu,lepas ni ade presentation la pulak untuk assignment.Adehh..Kepada u'olls2,selamat berbahagia untuk hari cuti yang penuh bermakna ni.Kepada yang sambut Thaipusam,Happy Thaipusam Day ok! :)
Seumur hidup aku belum pernah panjat lagi Batu Caves ni. |
wahai encik nuffnang
Hmm,encik nuffnang ni kenapa?
Apsal jadi macam ni.
Mengamuk agaknye |
Encik Nuffnang,saya tau setiap hari saya bukak page awak,
jangan la mengamuk sampai keluar macam tu.
Saya cuma nak check earning je,tu je!
Sob..sob..sob.. :(
Wednesday, January 19, 2011
Kamu jangan nakal.
Hish,sory..aku tak mampu nak menghayati lagu ni.Aku dah cuba,tapi tak boleh.Emm,semalam aku ade menyakat sorang kawan.Lepas aku menyakat, dia kata aku ni nakal.Ohh..ye eh??hahahaPlz..plz..plz...kamu jangan nakal...~
Celah mana aku nakal,habaq mai sat..Nampak tak gambar ni???
Shin Chan pun tak nakal,apa pulak aku yang nakal?Tapi sejujurnya,masa sekolah dulu tak la nakal mana.Aku cuma usik budak lelaki yang takut belalang.Aku sanggup cari belalang dalam rumput semata-mata nak takutkan dia.Bagi aku,dia tak patut takut belalang sebab dia lelaki.Aku rilek je pegang belalang,apsal ko takut sampai menangis?
Aku letak belalang tu merata-rata tempat,atas kerusi dia,dalam beg dia mesti dia nangis.Adoii...!!! Cuba la takot benda lain selain dari belalang.
Kat sekolah rendah jugak,aku suka tarik kerusi kawan bila tau kawan nak duduk.Mangsa aku budak lelaki lagi.haha.Lepas tu aku gelak tengok dia jatuh.-----> Buruk perangai aku ni.hish!
Masa tadika pulak,ada jugak kisahnya.Ada sekali,tadika aku buat jamuan raya.Cikgu suruh bawak kuih muih dari rumah.Aku pun bawak 1 tupperware.Mummy aku pesan,"Habiskan makanan ye.!" ---> baik mummy!
Dalam tupperware tu,ada macam-macam benda,yang bukan kuih pun ada.Gula-gula sekali mak aku letak.Aku ingat pesan mummy aku suruh habiskan.Apa aku buat???Aku makan yang aku punya bekas je,orang lain punya kuih aku tak makan pun.---->apa kes macam ni?
Masa tu dalam hati,mana larat aku nak telan semua.Mai tang gula-gula tu,perut aku dah full.Tapi demi taknak hampakan mummy aku,aku nak jugak habiskan 1 bekas tu.Apa aku buat?Aku makan gula-gula tu kemudian agak-agak rasa tak leh telan lagi,aku buang semua yang aku dah telan dari mulut tu ke belakang rak buku.
Hati aku pun tenang gila.Yey,mummy aku mesti bangga tengok bekas aku kosong.Tapi kegembiraan aku tak sampai ke mana.Last-last,kantoi sebab cikgu nak sapu sampah,dia sapu belakang rak tu sekali.adoii....sekali dia jerit."Ni siapa punya kerja ni,buang kat sini..?"
Aku dengan selamber,buat muka tak bersalah dengan harapan takda siapa yang nampak apa yang aku buat tadi.
***Nakal ke aku ni?Hahahaha
Tuesday, January 18, 2011
Aku suka tengok orang cakap telefon!
Hai,nama saya Timah,awak siapa? |
Tiap-tiap hari aku tengok gaya orang bercakap telefon tak kira tempat.Dalam rumah,kedai makan,dalam kuliah,belakang rumah,tepi dinding,atas katil dan lain-lain.Setiap kali tu jugak aku cuba tahan gelak.Macam-macam gaya aku tengok;
- Cuba buat mimik muka yang entah apa-apa-->mencebik,muncung,mulut senget
- Suka pintal-pintal rambut--->perempuan la.Kalau laki,itu sudah 'lembut' namanya
- Cakap sambil tutup mulut dengan tangan---> Alasan,takut suara tak jelas
- Mata pandang atas --> Tak tau la tengok apa,mungkin melihat sawang kat siling
- Cakap sambil jalan-jalan sampai hujung kemudian patah balik
- Kalau yang guna gagang tu,habis gagang tu dia pintal-pintal sampai bergulung
- Kalau laki,cakap sambil tangan kat pinggang,tak pun masuk poket seluar
- Suka buat "haaaa??ape dia?" --->Bila tak dengar
- Gelak macam ape je bila topik best,dan sedih melampau sampai teresak-esak dan tersedu-sedu bila topik tak best/sedih
Sunday, January 16, 2011
Kucing bergaduh sebab ape?
"Aku gaduh dengan kucing kat kotak ni,kenapa dia yang terpilih??? |
- Ohh,kucing tu jeles sebab kucing lagi satu tu lagi comel dari dia
- Kucing tu marah,sebab potong line dia
- Kucing tu nak jaga rumah kita
- Kucing tu nak protect diri dan anak dia
- Kucing tu lapar nak makan,tapi taknak makanan dia dikebas kucing lain
- Kucing tu terkejut
- Kucing tu bajet kucing lain nak kacau dia
**Konklusinya,aku sendiri pun tak tau kenapa kucing gaduh.hahaa
Saturday, January 15, 2011
MATANGkah anda?
Ohho,selamat pagi semua.Minggu lepas banyak sangat benda-benda yang mencetuskan kontroversi seperti AJL.Apa aku nak cakap hari ni,aku tak amek kisah siapa pemenang sekalipun lagipun aku tak tengok pun AJL.Haha.Hari ni dan esok cuti.Tapi hampeh,aku tak bikin plan apa-apa pun.Semua gara-gara jadual yang terlalu free,sampai aku dah tak tau nak buat apa,tapi penat.Musykil aku.
Ohh,seronok jadi student memandangkan aku pernah merasa kerja tu macammana hebatnya penangan penat yang terlampau.Mati la aku,bila habis study ni,nak masuk kerja balik..adehh..
Percaya atau tak,aku lihat kiri dan kanan dan aku buat kesimpulan.Kakak-kakak/abang-abang/kawan-kawan yang pernah kerja atau sedang bekerja mempunyai mentaliti yang sangat matang.Adakah aku cuba meng'up'kan diri aku sendiri??Jika ya,anggap saja aku tak sengaja.
Itu memang.Buktinya bila aku duduk semeja dengan pelbagai golongan,aku mula berfikir cara diorang bercakap dan apa tindakan diorang bila aku sedang berkata-kata.Ada yang cuba dengar dan pandang aku macam nak tembus kepala walaupun hakikatnya aku tau dia taknak dengar pun.Dan ada jugak yang cuba nak tukar topik atau sekurang-kurangnya dia cuba mengalih pandangan aku dengan buat aksi-aksi atau mimik-mimik muka yang ooo...tidak menggambarkan kematangan langsung.Dalam hati aku berdoa,"Biarlah si polan ni cepat matang sket.....amin!"
Aku suka menilai dalam diam.Bahaya kan aku?haha.Cara aku menilai kematangan;
1.Cuba tengok bila si polan ada problem,apa dia buat?Adakah dia cool,atau dia meronta-ronta marah-marah serta menjerit-jerit entah apa-apa sambil membuang segala jenis barang?
2.Reaksi si polan bila dapat tau sesuatu benda yang mengejutkan.Dia cool atau dia terkejut bangat sampai terlolong-lolong seperti jumpa hantu?
3.Letak si polan di tempat orang yang dia tak kenal,macammana dia nak mula bercakap.Jeng-jeng-jeng.(Err...grhh..hai..emm..saya..eh..awak..er..)
4.Bila dia bercakap,tengok sama ada dia habiskan apa yang dia cakap atau dia meleret-leret tak tentu pasal dengan gaya ala-ala manja yang konon merajuk.
5.Bila bersembang bagai nak rak,dengan suara yang kuat dan gelak yang amat dasyat di kawasan ramai orang (public) plus siap bertempuk-tampar di depan orang ramai dengan tidak ada rasa malu.(Kalau tegur,mesti dia kata..hekeleh..tak sporting la ko ni..)
6.Pandai keluarkan pendapat sendiri dan logik dengan nada berhemah serta menerima pendapat orang lain tapi bukan membantah secara terang
7.Si polan bila bergaduh,apa tindakan dia?Dia cuba buat macam takda apa-apa atau dia bermasam muka sambil sumpah seranah bila berjumpa lawannya.Atau dia cuba hasut orang lain untuk sama-sama benci?
8.Tinggalkan si polan berjalan seorang diri.Tengok dia merungut atau tidak.
9.Si polan tak dapat apa yang dia mau.Apa tindakan dia,merajuk segala bagai sebab nak jugak..nak jugak..atau dia cuba cool.Dalam erti kata lain..redha.haha
10.Paling penting,cara dia bergaul dan berkomunikasi serta cara pemikiran dalam segala aspek.Cuba letak si polan dalam kalangan semua peringkat umur,agak-agak dia nak tak bercakap dengan orang yang berumur,atau dia hanya bercakap dengan yang sebaya dengan dia?
**Diulangi,ini hanya pendapat dan kajian aku.Kalau ada pendapat lain,boleh kongsi kat sini.

Thursday, January 13, 2011
BLOGGER GEGARKAN 'U'
Segmen Abg Ben Ashaari kembali lagi.
Wah,macam buat promosi pulak kan abg ben ni.
Segmen kali ni,Blogger Gegarkan U.
Apa perlu buat,kena jawap soalan ni;
- Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ?
- Universiti Malaysia Perlis
- Bachelor of Engineering (Photonics Engineering)
- Tahun 3,semester 6
2.Asal mana ? Umur ?
- Kelantan,umur 22+
- Sebenarnya mintak kos Microelectronic Engineering sebab tu adalah 1st choice dalam UPU,tapi dapat 2nd choice pulak,Photonics Engineering.Tapi seronok sebab U lain takde major kos ni,kalau ada pun,minor kos.Dan aku pasti,ramai yang tak tahu kos ni belajar pasal apa sebab bidang ni masih baru.hahahaa
- Tak pasti.Kecik-kecik dulu nak jadi doktor,tapi terbengkalai macam tu je nampaknya.Pernah terlintas nak sambung master,dan pernah terlintas nak jadi lecturer tapi pernah terlintas jugak untuk jadi engineer yang berjaya.Semoga,apa-apa sahaja rezeki yang diberi,itulah cita-cita aku.hahaha
Entri Nasi Bujang
Ohh,korang mesti pernah makan nasi bujang.Secara jujurnya aku mula kenal nasi bujang baru je beberapa bulan.Orang lain dah berpuluh-puluh kali order agaknya tapi aku baru kenal nasi bujang masa tahun 2010.Kenapa aku kenal lambat sangat nasi bujang,kalau tak mesti aku order tiap-tiap hari.Biasa lah,nak jimat punya pasal.RM2 je pun.Kat Perlis ni,makan nasi bujang rasanya takde hal,tapi kawan aku kata kalau order kat kL,nasi bujang ni standard macam makan megi.Hampeh.Nasib baik tak duk kL.haha
Kat sini ada banyak kedai dan aku ada banyak pilihan nasi bujang.Bukan pilihan apa sangat pun,1 set nasi bujang = Nasi putih,telur dadar.Tapi kat sini yang bezanya ada kedai letak sup,tapi ada kedai yang letak tomyam.Sambal dan timun tu bonus.Ada aku ngap,takda aku nganga suap nasi dengan telur je.Semalam al kisahnya,aku order lagi nasi bujang tapi kat kedai lain.Orang lain order yang mahal-mahal,nasi goreng dan segala bagai.Mai tang aku,"Kak,nasi bujang 1...!"Kakak tu gelak kat aku.Kecik hati aku.Ish dia ni.Kang aku tukar kedai kang cancel order baru tau.hahaha.
Yang selalu order nasi bujang biasanya lelaki kalau kat sini.Bila perempuan order tu,kira 1 dalam 100 la kot gamaknya.Hmm,takpe la kak,hari ni hari akak.Esok lusa hari saya pulak.hahahaha.
Hasil curian gambar di google |
Yang selalu order nasi bujang biasanya lelaki kalau kat sini.Bila perempuan order tu,kira 1 dalam 100 la kot gamaknya.Hmm,takpe la kak,hari ni hari akak.Esok lusa hari saya pulak.hahahaha.
Tuesday, January 11, 2011
Friendster dan Myspace.
Bila kecoh ura-ura pasal facebook,semua orang pergi activate balik myspace dengan friendster.Kelakar pun ada.Haish.Tapi sejujurnya,semua kategori social network tu bermakna untuk aku.Kalau ada kos social network engineering,dah lama aku apply.Malangnya,kerajaan belum cuba buat kos macam tu.Kalau buat pun,macam hampeh je,tak perlu kot.
Friendster dan Myspace.Dua-dua aku suka dulu,biasa lah,zaman budak-budak kami,hanya tu je yang ada.Seronok bukan kepalang bila dapat jumpa internet dengan alasan mau check new comment atau testimonial (friendster).Sekarang tidak lagi.Aku berkejar-kejar bukak Facebook untuk tengok status kawan-kawan sambil explore kamu dan kamu yang sedang upload gambar baru.Atau setidak-tidaknya membaca kritikan-kritikan hangus korang kat status dan share video-video popular semasa serta fakta-fakta yang kadang-kadang betul dan kadang-kadang entah ye ke tidak.
Jawapan pada ura-ura tu,Facebook takkan ditutup.Tapi kalau tutup sekali pun,bumi masih berputar pada paksinya.Jangan risau.Mesti ada aplikasi lain yang muncul secara tiba-tiba seperti wujunya Myspace,Tagged,Friendster,Hi-5,MillatFacebook dan apa-apa jua.Secara ringkasnya,aku mau berbangga seketika.Aplikasi yang glemer itu telah kuterjah masa umur-umur berikut;

- Friendster (2004) - 16 tahun
- Myspace ( 2006) - 18 tahun
- Hi-5 (2004) - 16 tahun
- Tagged (2007) - 19 tahun
- Facebook (2008) - 20 tahun
Adik-adik yang lahir zaman 90-an tu,boleh hayati entri ni
Busy aku busy! Arghh.Tension.Tak sempat nak bukak blog,apatah lagi nak update.Dah rasa macam orang kerja pulak.Grrrr!! Okeh takpe.Entri baru ni cerita pasal isu-isu basi.Maaf ye,kasi muak korang tengok.
Itu fakta basi.Diakui 100% dicuri dari halaman Facebook seorang rakan merangkap housemateku tersayang.---> Kepada housemate ku,curi yang ni takpe kan?hehe
Okeh.Dulu kita selalu dengar pasal ni tapi hari tu aku jumpa gambar fakta benda ni,senang sket aku nak jadikan entri berbanding aku copy paste yang panjang tu.
Khas untuk adik-adik blogger,kebanyakkan dlm blog aku adalah adik-adik yang lahir zaman 90-an,korang boleh tengok zaman aku membesar macammana.Malas nak banding-banding dengan zaman korang yang canggih manggih berteknologi siap.Zaman kami hanya jaguh-jaguh kampung dan otai di sekolah.
*Kenangan itu satu memori indah yang pernah tercipta satu masa dahulu.cewahh! haah
klik utk tumbesaran |

Sunday, January 9, 2011
Comel vs lawa
Setiap orang ada pendapat berbeza.Kali ni kajian tentang comel dan lawa.Ada orang kata,comel dan lawa adalah benda yang sama.Tapi pendapat aku tetap bercanggah.Aku cakap ada beza!!!!
Ni pendapat aku je,kalau korang ada pendapat sendiri apa salahnya kongsi kat sini,ok?Terutama bagi anda yang lelaki.Korang ni tengok perempuan macammana entah.hahaha
Bagi aku,comel adalah seperti ini;
dan lawa pula adalah seperti ini;
Diulangi,ini pendapat aku je.Lagi satu kajian aku macam kat bawah ni;
Ni pendapat aku je,kalau korang ada pendapat sendiri apa salahnya kongsi kat sini,ok?Terutama bagi anda yang lelaki.Korang ni tengok perempuan macammana entah.hahaha
Bagi aku,comel adalah seperti ini;
nora danish |
Maya Karin |
- Comel - putih,gebu,muka bulat
- Lawa - putih/sawo matang,muka si bujur sireh/style hidung macam mat saleh
Friday, January 7, 2011
Tabiat aneh ini......
Mereka kata aku ada tabiat pelik.Tapi aku cakap normal,tak pelik.Kumpul resit-resit beli barang pun aneh ke?hahaha.Ye,saya suka kumpul resit-resit beli barang termasuklah resit-resit bank dan tiket-tiket bas dan jugak tiket-tiket yang ditebuk dalam bas (ala-ala bas rapid tu).
Tak pasti ada berapa ramai yang ada tabiat macam ni,tapi seronok kot kumpul barang yang tak sepatutnya.Ok.sebenarnya ada sebab kumpul,bukan saja-saja nak semakkan kawasan.
serabut tak?haha |
- Boleh buat rujukan (tarikh,harga,cek baki)
- Boleh kenal cashier tu sebab ada nama kat resit. (mana tau,boleh jumpa kat Facebook)
Thursday, January 6, 2011
Shopping complex terawal yang aku singgah
Zaman dulu tak macam sekarang.Kalau sekarang shopping complex tu tiap-tiap hari boleh pergi,dulu-dulu siapa yang pergi shopping complex tu kira wow,superduper kaya kot! Haha.
Entri hari ni nak cerita pasal shopping complex terawal aku pergi masa zaman kecik-kecik dan sekolah dulu.
Mula-mula sekali darjah 3,first time masuk shopping complex dalam hidup(sebelum tu setakat pergi pasaraya kecik je tarafnya!).Singgah-singgah di Sogo,KL..cewah!
Masa tu darjah 3,takde perasaan nak beli apa tapi excited dapat naik escalator.Takut segala bagai nak pijak atas tu.Jumpa benda berkenan! Cuba teka beli apa?Memang salah semua tekaan.Nak cerita pun segan.Tapi cerita jugak.Beli cermin muka cartoon yang boleh bukak tutup.Haha.Tak pasal-pasal kan?Kenapalah aku pergi benda-benda tak patut macam tu?Cuba la beli kasut ke,baju ke.Kenapa la dulu takde perasaan nak bergaya-gaya??haha.Dan cermin itu,kakak aku buat lari dia bawak pergi asrama dia buat pakai bedak.Sedar-sedar je dah lesap.Hilang cermin pusaka aku.
Selepas Sogo..(agak lama tak jejak shopping complex lagi),masa 13 tahun pulak.Alah tu pun sebab duk asrama kalau tak jangan harap nak pergi melepak-lepak.Disebabkan outing pelajar adalah ke pusat bandar,maka aku diperkenalkan dengan Plaza Angsana,Johor Bahru.
Kat sini boleh tahan happening jugak masa tu.Artis tak payah cakap.Tiap-tiap minggu boleh jumpa artis.hahaha.Jakun kan saya??Outing ada 2 sesi,9-11 pagi dan 2-4 petang.Ikut suka la nak pergi bila-bila pun setiap Sabtu dan Ahad.Yehaa.boleh cuci-cuci mata! Masa ni dah start beli macam-macam.Biasalah,umur macam ni suke explore! Barang-barang yang dibeli sangat banyak iaitu stok makanan tambahan budak asrama seperti biskut,air kotak dan meggi.
Itu yang ke-2..sekarang yang ke-3 punya shopping complex,masa sekolah jugak.Tiap-tiap kali nak mula cuti mesti akan singgah sini.,City Square sebab bersebelahan dengan stesen kereta api yang aku nak balik kampung selalu tu..Kat sini suasana dah tak sama dengan Plaza Angsana.Kalau Plaza Angsana adalah majoriti orang melayu,tapi kat City Plaza tak sebanyak itu.City Angsana memang betul-betul dekat dengan Singapore dan pengunjungnya adalah majoriti masyarakat Cina dan warga Singapore yang suka singgah shopping.(Duit Malaysia lagi murah lagi Singapore!).Tak heran la ramai yang suka shopping kat Malaysia sebab murah.
Tu je pun kisahnya.Bermula dari situ la aku kenalnya dunia melepak seperti nasihat cikgu-cikgu dulu,"Buang budaya lepak!"Haha.Lepas habis sekolah dan masuk universiti,makin bertambah-tambah tempat yang nak pergi.
So,kesimpulan.Mungkin anda-anda semua lebih beruntung dari saya sebab dah banyak berjalan-jalan ke shopping complex sejak kecik lagi,kan?Bila besar,barulah saya explore banyak sangat shopping complex sampai naik muak nak pergi sebab ramai sangat orang..

Monday, January 3, 2011
Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak
Tadi ade sorang blogger suruh join.
Nama dia budakbotak
ohh,ni bukan giveaway ye kawan-kawan!
Budak botak nak buat bloglist.
Syarat-syarat
1) Buat 1 entry dan letak tajuk "Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak"
DONE
2) Letak gambar atas tu kat awal2 entry korang.
DONE
3) Nyatakan korang lelaki @ perempuan (senang nk kelaskan)
DONE.PEREMPUAN.
1) Buat 1 entry dan letak tajuk "Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak"
DONE
2) Letak gambar atas tu kat awal2 entry korang.
DONE
3) Nyatakan korang lelaki @ perempuan (senang nk kelaskan)
DONE.PEREMPUAN.
4) Tag 3 orang kawan2 korang yg berminat
- yaya
Perempuan bersama rokok dan shisha?Buang tabiat kah anda?
shisha dan perempuan |
Okeh,tak payah nasihat dah lain kali.Tapi yang agak tak puas hati,perempuan pulak yang ikut jejak langkah lelaki.Lelaki boleh jawap, "Suka hati aku la,lelaki!!!".Tapi kalau perempuan,korang nak bagi alasan apa?Takkan nak kata,"I perempuan,I pun teringin nak macho macam lelaki!" errkkk -----> Tak sesuai!
Walaupun kat kotak rokok dah ada amaran,tapi takde fungsi.Aku pernah menegur,"Tak takut ke jadi macam kat kotak rokok tu (Gambar paru-paru rosak,janin cacat)?,tapi feedback yang aku dapat adalah.."Ala,gambar tu tipu je,gambar apa-apa pun boleh letak situ".Tak pun dia jawap,"Ala,kalau dah ajal tu,bila-bila masa boleh mati ,bukan sebab rokok je!"Kalau korang kat tempat aku,korang rasa apa?Kita cuma tegur,tapi macam tu pulak jawapan dia..ish3.Macam korang nasihat kawan,tapi dia taknak dengar,bengang tak rasa?haha
Berbalik pada topik asal,perempuan bersama rokok dan shisha,memang melampau! Sedangkan kesan buruknya lebih banyak kepada perempuan.Berisiko untuk sukar mendapatkan anak, mengalami kemandulan dan bayi yang dikandung itu berisiko cacat mental atau fizikal.Bahaya rokok semua orang tau.Tapi bahaya shisha?400 kali ganda lebih teruk dari rokok.Boleh baca sini ----> BAHAYA SHISHA
Kepada kaum wanita kat luar,kalau la ada kawan-kawan yang suka rokok dan shisha tu,tolong la nasihat kalau anda adalah kawan yang prihatin dan kawan yang baik.
p/s : Nak nasihat lelaki,depa ego,takmo dengaq,ketegaq! So,terpaksa nasihat kaum wanita dulu.Paper hari ni ada kisah pasal ni,boleh baca sini----> Harian Metro 3 Jan 2011
Sunday, January 2, 2011
Pengalaman balik semula ke sekolah selepas cuti
Esok sekolah.kahkahkah.Yang duduk asrama tu,abis la..mesti tak puas cuti kan?Teringat zaman dulu.Dekat-dekat cuti nak habis,mesti duk termenung kat kat rumah.Sebenarnya fikir macammana la bila dah sampai sana,selamat ke tidak aku ni.Haha.Selalu terbayang kenapa la cuti ni kejap sangat berlalu,tak puas lagi makan,tido,makan,tido kat rumah.
Kalau Isnin sekolah,maknanya Sabtu malam dah balik JB.Dengan apa?Dengan kenderaaan ni;
Sepanjang 5 tahun di sana,ni la kenderaan untuk balik kampung.Kenapa bukan bas? Sebab bas berhenti jauh,train ni berhenti dekat-dekat dengan rumah je.Gerabak kereta api pun dah selalu sangat kira.Kalau bukan 18,mesti 17 dan kadang-kadang 20 kalau banyak barang.Pengalaman dalam train? Macam-macam ada.
p/s : Blogger-blogger pun mesti banyak pengalaman jugak kan?Jom kongsi
Kalau Isnin sekolah,maknanya Sabtu malam dah balik JB.Dengan apa?Dengan kenderaaan ni;
Ekspress Timuran (Tumpat-Singapore) |
- Budak kecik menangis tak henti-henti
- Train delay lama sangat (mungkin jam!haha)
- Blackout dalam train termasuk aircond rosak
- Banyak kutu-kutu train (Penyibuk yang suka berkeliaran dalam gerabak orang lain)
- Penjaja/penjual dalam train yang banyak kali lalu (jual air,kacang,nasi lemak)
- Tempat duduk tertukar,kadang-kadang nombor seat sama (kesilapan teknikal tiket)
- Toilet yang kurang enak (lelaki masuk toilet perempuan,perempuan masuk toilet lelaki)
- Terkunci dalam toilet,tak boleh bukak pintu. Selak pintu tu bermasalah kot.
- Ramai yang suka berjalan-jalan.Ada yang jatuh banyak kali sebab tak seimbang
- Bising kalau ramai sangat budak-budak dan keluarga yang angkut satu lori naik train.
- Beg-beg kat atas jatuh ke bawah menghempap kepala.Nice-nice.haha
p/s : Blogger-blogger pun mesti banyak pengalaman jugak kan?Jom kongsi
Teknik mengetahui kek yang ada campuran arak
*Sumber e-mail
Gambar hiasan |
**Chef Farid**
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.
Ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.
Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.
Sekian**Chef Farid**
p/s : Peminat kek,harap-harap jangan la ada yang tertipu.Kalau boleh,cari kedai yang pembuat kek tu Islam,supaya terjamin sikit halal tu.Kita sebagai pengguna ada hak untuk memilih.Makan semua sedap,tapi kandungannya kita tak tau.Hati-hati!! :)
Saturday, January 1, 2011
Buang bayi
Betul ke kes pembuangan bayi akan meningkat menjelangnya 2011?Dari apa yang didengar,ramai jugak golongan yang prihatin sebenarnya.Kira ok la kan kalau prihatin,maknanya dalam hati tu ada la jugak sifat bertanggungjawap dan perikemanusiaan sebab prihatin.Semalam macam biasa,Facebook penuh dengan ucapan-ucapan tahun baru,tapi ada jugak terselit status ni;
Sekurang-kurangnya,ada jugak yang prihatin.Korang macammana,duk diam je ke?Kalau boleh,tak nak la macam 2010,banyak sangat kes buang bayi.Memang sepatutnya si pembuang bayi tu kena hukum,sebab mereka adalah PEMBUNUH.Semoga pada tahun baru ni,kurang la jumlah buang bayi.Nak lagi bagus,biarlah takda langsung.
p/s : Pembunuh-pembunuh bayi sekalian,tak rasa bersalah ke?
anak haram bertambah? |
pembunuhan bayi beramai-ramai? |
p/s : Pembunuh-pembunuh bayi sekalian,tak rasa bersalah ke?
Entri tahun baru
Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua!
Semoga tahun baru ni lebih bermakna dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Azam-azam yang tak tertunai tu,sambung la balik.Orang kata jangan tinggalkan 2010,bawak sekali 2010 sebagai pedoman untuk tahun-tahun akan datang.
p/s : Bakal berganjak ke usia 23..Itu angka semata-mata.Hakikatnya,masih lagi muda. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)