Tuesday, January 11, 2011

Friendster dan Myspace.

Bila kecoh ura-ura pasal facebook,semua orang pergi activate balik myspace dengan friendster.Kelakar pun ada.Haish.Tapi sejujurnya,semua kategori social network tu bermakna untuk aku.Kalau ada kos social network engineering,dah lama aku apply.Malangnya,kerajaan belum cuba buat kos macam tu.Kalau buat pun,macam hampeh je,tak perlu kot.

Friendster dan Myspace.Dua-dua aku suka dulu,biasa lah,zaman budak-budak kami,hanya tu je yang ada.Seronok bukan kepalang bila dapat jumpa internet dengan alasan mau check new comment atau testimonial (friendster).Sekarang tidak lagi.Aku berkejar-kejar bukak Facebook untuk tengok status kawan-kawan sambil explore kamu dan kamu yang sedang upload gambar baru.Atau setidak-tidaknya membaca kritikan-kritikan hangus korang kat status dan share video-video popular semasa serta fakta-fakta yang kadang-kadang betul dan kadang-kadang entah ye ke tidak.


Jawapan pada ura-ura tu,Facebook takkan ditutup.Tapi kalau tutup sekali pun,bumi masih berputar pada paksinya.Jangan risau.Mesti ada aplikasi lain yang muncul secara tiba-tiba seperti wujunya Myspace,Tagged,Friendster,Hi-5,MillatFacebook dan apa-apa jua.Secara ringkasnya,aku mau berbangga seketika.Aplikasi yang glemer itu telah kuterjah masa umur-umur berikut;
  • Friendster (2004) - 16 tahun
  • Myspace ( 2006) - 18 tahun
  • Hi-5 (2004) - 16 tahun
  • Tagged (2007) - 19 tahun
  • Facebook (2008) - 20 tahun
Dan tak lupa juga.Sepanjang 7 tahun yang lalu,aku banyak habiskan masa untuk benda-benda di atas ni semata-mata untuk suka-suka.Dah tau takda faedah,tapi nak jugak bukak.Ohh,tangan ini gatal.24 jam sehari untuk update benda-benda ni bukan satu masalah untuk aku sebab aku rela.Gila internet kah aku?

8 comments:

Khai said... Reply To This Comment

blog paling best..xpernah bosan..hahaha

Cik Ila said... Reply To This Comment

Khai: tq atas sokongan.. ;)

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

lepas ni pakat main game online la plak...hehe

Cik Ila said... Reply To This Comment

azwan : tu la psl..hahaha

hanafi said... Reply To This Comment

Social network=mengendap cara moden. Macam wave,10 tahun nanti dtng wave lain plak.

CIK CIRA said... Reply To This Comment

facebook takkan sesekali tutup..
baru follow blog awk..mai la ke blog sy..

http://cikcira.blogspot.com

Zulfikar Hazri said... Reply To This Comment

kembalikan dunia tanpa FB....

(adakah komen aku begitu provokasi?)

Cik Ila said... Reply To This Comment

hanafi :btul2...mklomla,teknologi canggih manggih skrg..haha

Cik Cira : tq :)

Zulfikar : provakasi bagi mereka2 yang suka fb.tapi tidak provakasi bagi blog darling angel.ahaha