Wednesday, January 19, 2011

Kamu jangan nakal.

Plz..plz..plz...kamu jangan nakal...~
Hish,sory..aku tak mampu nak menghayati lagu ni.Aku dah cuba,tapi tak boleh.Emm,semalam aku ade menyakat sorang kawan.Lepas aku menyakat, dia kata aku ni nakal.Ohh..ye eh??hahaha
Celah mana aku nakal,habaq mai sat..Nampak tak gambar ni???


Shin Chan pun tak nakal,apa pulak aku yang nakal?Tapi sejujurnya,masa sekolah dulu tak la nakal mana.Aku cuma usik budak lelaki yang takut belalang.Aku sanggup cari belalang dalam rumput semata-mata nak takutkan dia.Bagi aku,dia tak patut takut belalang sebab dia lelaki.Aku rilek je pegang belalang,apsal ko takut sampai menangis?

Aku letak belalang tu merata-rata tempat,atas kerusi dia,dalam beg dia mesti dia nangis.Adoii...!!!  Cuba la takot benda lain selain dari belalang.

Kat sekolah rendah jugak,aku suka tarik kerusi kawan bila tau kawan nak duduk.Mangsa aku budak lelaki lagi.haha.Lepas tu aku gelak tengok dia jatuh.-----> Buruk perangai aku ni.hish!

Masa tadika pulak,ada jugak kisahnya.Ada sekali,tadika aku buat jamuan raya.Cikgu suruh bawak kuih muih dari rumah.Aku pun bawak 1 tupperware.Mummy aku pesan,"Habiskan makanan ye.!" ---> baik mummy!

Dalam tupperware tu,ada macam-macam benda,yang bukan kuih pun ada.Gula-gula sekali mak aku letak.Aku ingat pesan mummy aku suruh habiskan.Apa aku buat???Aku makan yang aku punya bekas je,orang lain punya kuih aku tak makan pun.---->apa kes macam ni?
Masa tu dalam hati,mana larat aku nak telan semua.Mai tang gula-gula tu,perut aku dah full.Tapi demi taknak hampakan mummy aku,aku nak jugak habiskan 1 bekas tu.Apa aku buat?Aku makan gula-gula tu kemudian agak-agak rasa tak leh telan lagi,aku buang semua yang aku dah telan dari mulut tu ke belakang rak buku.

Hati aku pun tenang gila.Yey,mummy aku mesti bangga tengok bekas aku kosong.Tapi kegembiraan aku tak sampai ke mana.Last-last,kantoi sebab cikgu nak sapu sampah,dia sapu belakang rak tu sekali.adoii....sekali dia jerit."Ni siapa punya kerja ni,buang kat sini..?"
Aku dengan selamber,buat muka tak bersalah dengan harapan takda siapa yang nampak apa yang  aku buat tadi.

***Nakal ke aku ni?Hahahaha

3 comments:

Khairul Amry Mohamad Puad said... Reply To This Comment

hahahaha...ni bukan nakal dah...tapi memang nakal ...huhuhuhu...selalu budak nakal ni comel...auuu...wakaka...

Cik Ila said... Reply To This Comment

Khairul : Nakal budak2..hehe

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

laki menangis dgn blalang? adeh manjanya... nakal jgk cik ila ye.. sy baik je..hahaha