Sunday, March 13, 2011

Asal sebut asrama je,orang ingat hantu.

Semakin lama,aku rasa semakin banyak suasana asrama yang aku tiba-tiba rindu.Betul.Walaupun masa kat asrama,aku rasa teramat la bosan nya duduk sampaikan ada kawan cakap rasa macam duduk dalam penjara.Eh,pandai-pandai je dia cakap macam tu,entah-entah seronok duduk penjara,siapa tau?Haha.baru sekarang aku mengerti kebaikan duduk kat asrama.Bukan nak kata diri ni bagus,tapi kalau tengok pada keadaan tu,lebih terurus la jugak.



Style budak-budak zaman dulu kala.Kelakar pun ada


Tingkatan 1-5,sepenuh masa aku kat dalam asrama.Dan sepanjang 5 tahun jugak la,segala tok nenek cerita hantu aku dah hafal.Persoalan aku,kalau asrama je,mesti ada hantu kenapa? Mana-mana sekolah yang ada asrama,aku pasti sangat la 97% kata ada hantu.Tapi bila aku tanya..." Ohh,yeke,kau nampak 'dia' ke??"
.Di saat-saat macam ni, kawan aku kata, " Aku takde la nampak,tapi aku dengar jela!" ---> hampeh di situ.Tak boleh pakai sangat cerita-cerita ni.Aku pun boleh cakap kat sini ada hantu kat tangki,mesti orang percaya.Kan?



Kami 1 batch.All girl's school.Saya berbaju merah! haha


Cerita pasal  asrama,penuh dengan memori.Memori bersama kawan-kawan la senang cakap.Biasalah,bila duduk sekelompok satu tempat,semua orang buat aktiviti yang lebih kurang sama.Ohh,bangun pagi? Waktu sekolah memang la bangun pagi,pukul 5.30 dah bangun.Tapi tu bukan awal la,sebab ada lagi yang lebih awal,pukul 4 pagi ----> budak junior! .Bagus,nanti takda la senior dengki dengan korang sebab waktu-waktu kecederaan macam pukul 6.30 pagi tu biasanya senior je yang mandi.Kalau ada junior waktu tu,emmm...habis la korang..kena la nanti..(kena marah la..haha).Tidur pulak tak menentu.Tapi biasanya aku tidur awal macam junior,sebab aku nak bangun awal.Waktu aku tidur,kawan-kawan stay up buat homework kat study room.Aku tekad untuk tidur sebab aku tau,mesti aku berborak je sampai ke sudah nanti.


Budaya di asrama penuh dengan peraturan dan warden-warden yang jaga.Lumrah alam la,warden mesti dibenci oleh student.Tapi nak buat macam mana,nak tak nak kena buat jugak.Aku akui,bukan senang nak jaga budak-budak kat asrama.Sakit perut pun cari warden,duit hilang pun cari warden,homesick pun cari warden.Hmm,selain tu,aku suka dikelilingi kawan-kawan.Waktu susah senang,kawan-kawan semua ada kat tepi.Hari jadi? Jangan risau.Tak perlu susah-susah cari kek kat kedai.Kami buat sendiri kek menggunakan kek Apollo bersalutkan milo 3 in 1 dan bertaburkan gula-gula Smarties yang sedap! Lapar?? Jangan risau, dining hall sediakan 6 kali makan sehari.Kalau tak cukup,ada lagi jual makanan kat koop macam nasi bungkus malam-malam.Nak tengok TV? Ada,setiap blok ada TV.Nak tengok AF dan movie? Boleh datang ke dewan untuk tayangan setiap hujung minggu.Nak online? Mudah,Cyber Cafe ada (Facebook je belum ada masa tu).Homesick? Jangan segan-segan.Gunakan telefon bimbit yang disorok di merata-rata tempat untuk berhubung dengan ibubapa anda ye.Jaga baik-baik telefon,nanti kena rampas.Haha

Mempunyai ketahanan mental yang tinggi,boleh cuba yang ini! :)

Peraturan-peraturan asrama,memang dah masak sangat la bagi aku.Kesenambungan dari entri ni,sebenarnya aku nak cakap,budaya asrama yang aku buat selama 5 tahun tu berhasil waktu sekarang.Sebabnya,aku takda masalah untuk ikut apa-apa jenis peraturan melainkan kalau aku malas.Itu masalah sendiri la kan.Aku pun tak ada masalah dengan penggunaan masa.Small matter! Kalau waktu sekolah guna jam loceng yang bingit,jangan risau,sekarang ada hp boleh set alarm siap-siap dengan lagu SpongeBob dengan volume no.5,pasti akan bangun!!  ~ SpongeBob Squarepant...~SpongeBob Squarepant~ ( Ini alarm housemate aku dulu,selalu nya bila bunyi,aku yang terjaga tapi tuan nya tak jaga sampai sudah walaupun alarm dah no.5!!Langkah mudah,ambil dan stop alarm.Amik kau,pasni mesti kau tak bangun sampai sudah sebab tak "Snooze")



Budak-budak nakal ni.. ;p


Aku sangat rindu suasana asrama macam dulu.Bersyukur sangat-sangat terlatih dengan budaya-budaya positif kat sana.Semua tu pengalaman berharga yang aku pasti akan turunkan untuk anak-anak suatu hari nanti.InsyaAllah..Ok,rasanya dah sampai masa dah untuk aku berhenti kat sini.Lain kali aku sambung balik kisah kenangan-kenangan lama macam ni.Biasalah,aku seorang student,banyak lagi benda lain nak buat.Nak cover balik masa,sebab petang ni aku nak pergi kenduri.Masa terbuang di situ.So,baik aku bukak buku sekarang.Bye semua.

6 comments:

emarieys said... Reply To This Comment

biasalah..manusia mudah sangat percaya....lainlah betul2 terkenakan...akak pun pernah duduk kat asrama...

solomolo said... Reply To This Comment

best d0k kt asrama...
macam-macam belajar...
benda baek dan benda tak baek...
hahaha...

niesz said... Reply To This Comment

niesz dulu time duk ostel, xnk dgr o tgk lgsung cite yg ade kait ngn antu ni, nnti takut nk tido mlm2..hehe..

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

MamaEma : tu la..pdhal,dia tak nmpk pn,saje je ckp bukan2..

solo molo : benda jahat? nakal je tu sket.hahaha

niesz : oo..takot ye.standard la tu takot.kalau berani tu,brlagak je lbih.haha

oranglidi said... Reply To This Comment

hahehehe. teringat zaman asrama dulu ye.. tp memang best la terutama bila lompat pagar. hehehe.

StF ka ni?.. aku penah pegi mase hari bahse prancis 2005 dulu. hhehehe.

Unknown said... Reply To This Comment

amzar xpernah duduk asrama .. ngee

Lilypie Angel and Memorial tickers