Tuesday, May 10, 2011

Kerja melayan %^&&#(*)(_)#_)&(@ !!!

Latihan Industri kali ni sangat berbeza dengan latihan industri sebelum ni.Kalau dulu aku ke hulu,ke hilir masuk dalam cleanroom tengok robot pick up wafer,sekarang kerja aku pulak yang nak kena pick up.Pick up ape? Pick up TELEFON dan pick up ADUAN RAKYAT!!  hahahaha ~(gelak nakal)


Setiap hari,aku memang sibuk dengan kerja-kerja ibusawat yang mana aku kena jumper wayar untuk order pemasangan telefon,streamix,setting CDMA,troubleshoot,terminate order dan lain-lain.Tapi ada satu kerja sampingan yang aku buat sambil-sambil buat kerja yang disebutkan.


Kerja melayan customer!!
Sekarang baru lah aku tau,nak complain telefon rosak,tak ada line cukup senang,tapi bila nak check satu-satu tu,sangatlah lecehnye!!


Tapi pada suatu hari,ada seorang customer datang.
Mahu tukar telefon baru katanya.Customer ni umurnya merangkap nenek aku dah kalau tengok gaya;



Customer : Assalamualaikum (sambil bersalam dengan aku)

Aku : Wasalam.Ye makcik,boleh saya bantu ( Ceh,ayat macam dalam TV!)

Customer : Ni haa,telefon makcik ni rosak ni,nak tukar yang baru.

Aku : Ohh,yeke? Tak apa,nanti saya check dulu telefon ni ye.

Customer : Memang telefon ni rosak,tak dengar apa-apa!!!! (Muka garang habis)

Aku : Oklah,saya pergi ambil telefon baru ye makcik. (ohh,rosak betul.Aku pun cari yang baru)

Customer : MAKCIK NAK TELEFON WARNA MERAH,ADA??

Aku : Kalau warna lain tak boleh?

Customer : TAKNAK WARNA LAIN.JIRAN MAKCIK SEMUA GUNA WARNA MERAH,TAK ROSAK PUN.NI TELEFON BIRU MUDAH ROSAK

Aku : Err,oo,macam tu eh? Ok la makcik,saya cari warna merah ye.(Dalam hati,warna jugak yang dia tengok.Bukan nak tengok isi dalam)                    


Aku kurang pasti,adakah dengan menukar telefon dengan warna yang berbeza,meninggalkan kesan sebegitu rupa,iaitu mudah rosak??? Hahahahahha.Oleh itu,tamat di sini kisah aku.Kalau ada kisah best,aku cerita lagi.babai! ;)

9 comments:

sYafIk-wAy said... Reply To This Comment

woaahh , makin bes lak . dlu penat sekrang , skrg sme penat . haha

Iza said... Reply To This Comment

Assalam..
Salam perkenalan..
jgn marah ye..
kebetulan cakap bab telefon, nk tanya jgk la..
Masa daftar streamyx, TM bagi telefon warna oren yg biasa2 tu. napa dlm tv dan pamplet tunjuk telefon yg boleh dibawa ke mana2 tanpa wayar tu tp tak diberi pada pelanggan seperti yg ditunjukkan?
Kompius2x...

saya_arief said... Reply To This Comment

pickup aduan ea?
kami buat system aduan.
hahaha.
:D

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Syafik : Dulu penat lain,skrg penat lain.hehe

Iza : Nak telefon wireless tu ke? G mtk kat TM..heheh.Emm,CIk Ila pun kurang pasti la sbb ape.huhu.Tp boleh cuba tanya kt TM Point / TM ofis..Cik Ila nk jwp pn,takot salah pulak.huhu

arief : wah2,sistem aduan? mcm best je,rajen2 la update,mane tau,boleh pakai utk semua.haha

Syafiq Rosli said... Reply To This Comment

wah agak extrem latihan cik ila ye..:)

Fall Nish said... Reply To This Comment

iza:CDMA phone tu kene beli sendiri rasanya..

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Syafik : emm,extrem la sgt.hehehe

Indah : huhu.tkasih sbb tlg menjawap soalan,Cik Ila ni kurang kepastian.hehe

hans said... Reply To This Comment

hahahahha
ketawa je aku baca

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

hans : haha..ketawa je eh? ;)

Lilypie Angel and Memorial tickers