Monday, January 16, 2012

Hilangkan jerawat

Jerawat? Ohh,tu masalah biasa.Orang yang tulis entri ni pun tak terkecuali.Siapa yang tak ada jerawat,tak la risau sangat dengan muka.Tapi bagi yang banyak jerawat,mesti dengki tengok orang yang kulit licin.Betul tak? Sila mengaku cepat! ;)

Petua nak hilangkan jerawat..?

Senang saja.Jangan la yakin sangat dengan pencuci muka.Lagi-lagi promoter kat kedai tu,bukan betul pun. Astaghfirulahazim..

Petua aku senang je;

  • Jaga pemakanan (Kurangkan makanan berminyak,makan buah dan sayur banyak-banyak)
  • Jangan tidur lewat malam ( Masa-masa macam ni la jerawat nak naik,pagi esok ada sebijik!)
  • Kerap cuci muka (Cuci betul-betul,jangan nak cepat bilas je!)
  • Jauhkan make-up (Kalau nak make-up pun,pastikan cuci semula muka banyak kali)
  • Petua dari kawan,basuh muka dengan air beras,basuhan ke-3 air beras. (Ni khas untuk buang sel kulit mati,kesannya kulit jadi menggelupas,dan jadi putih sikit)
  • Letak ubat gigi kat tempat yang naik jerawat tu.
  • Bangun pagi,basuh muka dengan air suam,supaya liang roma tu terbuka, senang sikit kotoran nak keluar bila cuci dengan pencuci muka.

Kalau ikut petua tu,rasanya muka tak ada banyak sangat masalah.Cuma masalah sekarang ni,setiap orang,kulit muka tak sama.Ada kulit yang sensitif,ada kulit muka yang memang tak ada masalah,ada kulit muka yang kering dan lain-lain.Pemilihan pencuci muka pun penting.Rasanya,kalau tak silap..makin mahal pencuci muka tu,makin terjamin kualiti dia.


Nak kongsi jugak petua? Boleh kongsi di sini atau Segmen Kongsi Petua Hilangkan Jerawat 

6 comments:

PCL said... Reply To This Comment

salam singgah...usia sy tak melayakkan kulit muka saya ditumbuhi jerawat tp cuma tambahkan nak ilmu dari pelbagai bidang..terima kasih dgn perkongsian petua ini, bole diguna untuk anak2 sy nanti..

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@[PCL]

Sama2,petua yg baik harus dikongsi.. ;)

EllyZahari said... Reply To This Comment

huhu, sume petua malas nak amal..huhu

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@EllyZahari

Kulit licin xpe aaa..huhu

ainraus said... Reply To This Comment

awak. kita sampai kat blog awak sebab entry ni. thanks! :D

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@ainraus

Hehe.Sharing is caring!

Lilypie Angel and Memorial tickers