Monday, December 15, 2014

Malish Ilaria - Double Breastpump Murah

Segmen review kembali lagi.

Kalau last week dah review pasal tilam kelambu&sleeping beg,kali ni nak review pasal breastpump pulak.Kot-kot la ada mommies yang tengah pening kepala nak cari breastpump kan.

Breastpump yang akan di'review' kali ni adalah Malish Ilaria Double Pump.

Sebelum ni rasanya ramai yang tak pernah dengar lagi brand Malish ni.Kalau dengar pun,hujung-hujung 2013 macam tu la kot. Aku pun baru dengar tahun ni.Lagi la lambat tahu.Ni dah nak 2015 dah pun.Heee.. ;p

Tadaaaa...

Malish Ilaria Double Pump
Satu set ni murah saja.RM399+Free Gift+Free Postage

Free Gift;

+ FREE Bag V-Cool 2-in-1 ( Boleh Muat PAM dan 8 botol)
+ FREE 6 Extra bottle BPA Free
+ FREE Ice Brick
+ FREE 2 wideneck bottle converter
+ FREE Special USB cable
+ FREE Battery case
+ FREE 2 Membrane (spare parts)

KELEBIHAN PAM NI:
✔ Double PUMP
✔ 2 MOTOR
✔ Backlight LCD screen
✔ Boleh pakai ELEKTRIK, BATERI dan POWERBANK
✔ Suction HEAVY DUTY
✔ Sangat SENYAP. Tak perasan pun PUMP tengah ON!
✔ Silicon shield yg sangat LEMBUT
✔ Saiz yg KECIL dan ringan
✔ Design yg stylish dan SIMPLE button
✔ WARRANTY 1 tahun by Malish

Kebanyakkan yang jual Malish ni akan jual pada harga RM399 tak termasuk postage.Tapi kalau nak harga RM399 beserta free gift dan free postage,korang boleh order kat sini;


Boleh jugak tengok video ni untuk nak tahu sejauh mana bunyi suction dia selain daripada video di youtube.


Okeh.Itu sahaja segmen review untuk hari ni. Ingat tau,kalau nak harga fixed RM399,boleh beli di breastmilk4ubaby sahaja.Tempat lain kalau tak silap tambah RM20 untuk postage.Kalau minat nak beli double breastpump,pilih lah Malish Ilaria. Tapi kalau nak yang single pump pun ada,Malish Mango.Jangan tertukar pulak tau! ;)

Wednesday, December 10, 2014

Wordless Wednesday#12


Tilam Kelambu Murah

Siapa nak tilam bayi murah?

Semua nak kan.Confirm!

Mommies kat luar sana,siapa yang tengah survey tilam baby,meh baca entri ni.Tak rugi. Hari ni nak review sikit pasal tilam baby yang baru dibeli hari tu.Rezeki dapat harga yang berpatutan.So,nak share dengan mommies semua yang mana memang tengah bajet-bajet duit nak beli tu.

Ada sesetengah mommies yang memang nak tilam yang simple untuk baby.Ada jugak yang suka tilam kekabu tebal. Tapi aku prefer yang biasa-biasa saja dengan harapan,kalau baby tak selesa,aku taram la lapik kain lampin lepas ni.Hee ;p

Taraaaa!

Sweet Purple!
Sweet kan tilam purple ni? Tilam ni ada kelambu sekali.So,nak guna atau taknak,terpulanglah.Ohh,sebelah tu sleeping bag. Boleh letak dalam stroller atau nak letak baby sekejap-sekejap sebagai alas pun boleh.Untuk travel pun boleh jugak.


Tilam Kelambu dan Sleeping Bag
Harga sangat berpatutan.Dua-dua ni set promosi. RM 53 sahaja untuk kedua-duanya.Kalau beli satu agak mahal jugaklah.So,dah alang-alang ada set promosi ni,sila la grab kedua-duanya ok!Dengan syarat,korang mesti beli kat sini;


Sangat puas hati dengan harga dan layanan dari butik ni.Ada banyak lagi barang baby yang dijual di sini especially tilam kekabu dan bantal.Jom like page butik ni.Selamat membeli-belah~! ;)

p/s; Kalau beli dekat Padang Besar,Perlis..harga untuk satu tilam ni RM45,paling kurang pun dia bagi RM40.

Friday, November 28, 2014

Permohonan Jawatan Dalam MARA Secara Online

Assalamualaikum.

Bagi sesiapa yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan dalam MARA khasnya Guru Mara, anda boleh melayari laman web berikut untuk mendapatkan maklumat serta mengisi borang secara online.

Tarikh tutup permohonan : 30 November 2014



Thursday, November 6, 2014

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak

Semalam batuk kemain.

Whatsapp husband tanya macammana nak buat.Maklum la,duk jauh-jauh dengan Mr.Hubby.Batuk pulak lepas makan nasi.Husband kata tula,mesti makan gopoh. Tett. Memang betul pun.

Lapaq tak sangga kata orang utara.

Bila duk sorang,suka hati la nak makan apa pun kan? Janji I kenyang. Masak nasi,goreng sayur campur, goreng ikan pekasam loma mai dari Pengkalan Hulu,Perak yang super duper yummeh dan ikan patin goreng. Terus tak fikir apa.Siap-siap je semua terus ngap!

Sampai la satu masa,aku rasa tercekik minyak masa makan ikan patin. Well, ikan patin tu ada satu bahagian yang tepi tu berlemak dan bila ikan tu panas lagi,lemak tu sedap gila kot! Kat situ jugak la ada lemak-lemak ikan bercampur minyak. 

So,aku assume saja tercekik minyak.Haha

Batuk pun datang tiba-tiba.Kekerapan batuk tu berapa kali ganda entah. Tapi seksa sangat tekak. Rasa macam i hate u tekak! hahaha.Aku memang tak suka batuk-batuk.Yela,semua orang pun tak suka.

Kata husband,buat cenggini;

"Ambil madu,campurkan dengan limau nipis,lepas tu minum!"
Dengan pantasnya aku buka peti ais ambil madu asli. Jangan jeles,aku ada madu asli pure dari pokok rumah mak mertua sendiri!. Limau nipis pun ambil kat rumah mak mertua jugak. So,semuanya free of charge!

Ihsan google - Madu dan Limau Nipis

Makan madu dengan limau nipis. Sedap rupanya.Kalah makan jeruk. Rasa manis masam. Bergoyang-goyang rasanya adik baby dalam perut ni.Hee. Eh,memang ajaib la petua nenek moyang ni. Lepas setengah jam aku rasa dah tak batuk lagi. 

Yeyyy. Tidur dengan amannya tanpa batuk.Alhamdulillah.

Kalau ada yang batuk-batuk atau yang ada kahak dalam tekak tu,sila la cuba petua ni tau. InsyaAllah,dengan izin Allah swt,akan hilang.Amin.


Tips Minum Air Gula Untuk Ibu Hamil

Masa tulis entri ni sebenarnya baru lepas minum air gula.

Dari semalam fikir,boleh ke aku telan hari ni memandangkan sebelum ni punya pengalaman agak meloyakan.Siapa tak loya,ibarat minum kordial kot.

Ok.So far,tekak aku ok lagi.Harap-harap sampai ke petang tak ada masalah pening macam dulu.Nak makan lepas tu pun fikir 2,3 kali.So,hari ni nak share sikit tips minum air gula untuk ibu-ibu yang susah nak telan air gula.

Kenapa kena minum air gula?
  • Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga.
  • Badan anda perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa anda sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan anda tidak dapat menyaingi perkembangan ini, anda mungkin akan menghidap diabetes gestasi.
  • Bayi anda memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai makrosomia yang bermaksud "badan yang besar".
  • Akibatnya, mungkin sukar bagi anda melahirkannya secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.
  • Di antara 2 dan 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, apa yang anda perlu untuk mengawal diabetes ialah dengan mengikuti diet yang sihat dan bersenam. Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes, wanita-wanita ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan insulin untuk mengawal penyakit ini.
  • Salah satu tanda diabetes gestasi ialah terlalu banyak gula dalam air kencing. Ini mungkin dikesan melalui ujian air kencing rutin semasa hamil tetapi ia tidak lagi disyorkan sebagai cara yang terbaik untuk mengesan masalah diabetes.
Ujian MGTT
Apakah itu Ujian MGTT?
Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.
Pagi keesokan harinya,kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik, darah kira-kira 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.
Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.
Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.
Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :
FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L
Reference Range

Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi.
Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.
Ok.Tu serba sedikit fakta kenapa perlu minum air gula ni.Sekarang nak share tips pulak.

Macammana nak minum air gula dengan tenang?
  1. Biasanya nurse/doktor akan suruh kita puasa dari jam 10malam sampai la pagi.Ikut aje.Kalau korang degil,susah nak telan air gula. Sebab aku pernah terlupa pergi bantai makan buah.Nurse tanya puasa ke? Aah,puasa! haha.Air masak pun puasa sama.Ok?
  2. Sebelum minum tu,baca selawat banyak-banyak.Kuatkan hati semoga dapat minum dengan lancar.
  3. Minum terus jangan berhenti. Kalau minum sekejap-sekejap,confirm payah nak habiskan.
  4. Fikir positif.Ingat baby dalam perut.Kalau ada kencing manis,kesian jugak baby pun berisiko macam-macam.
  5. Jangan dengar cakap orang pasal air gula tu tak sedap. Walaupun memang tak sedap pun sebenarnya.Lagi-lagi yang tak ada perisa.Aku pernah terkena yang tak ada perisa tu dua kali Uwek! Haha. Mana tahu,korang diberi minum yang berperisa oren yang sedap tu,macam yang aku minum pagi tadi.Nyum2.
  6. Sehari sebelum ke klinik, kalau boleh hadkan pengambilan makanan. Minum air masak banyak-banyak.Kurangkan nasi,lebihkan sayur.
  7. Jangan muntah atau sengaja muntahkan air gula tu.Kalau nurse tahu,habislah korang kena minum air gula balik.(Kalau muntah,diam-diam sudah!).Hehe
  8. Lepas dah selesai ambil darah kali ke-2 lepas minum tu,kalau boleh jangan makan lagi makanan berat-berat,takut korang muntah. Slow-slow minum air masak,makan biskut ke roti ke.Lambat-lambat sikit makan nasi.ok?
Rasanya tu sajalah yang aku nak share hari ni. Kejap lagi aku nak pergi klinik balik ambil darah kali ke-2. Harap-harap bacaan gula aku normal.


Rujukan;

Apa Itu Ujian MGTT??
Minum Air Gula Semasa Hamil

Saturday, October 25, 2014

Gila Cappati!

Tahun ni tahun menggila dengan cappati.

Dapat makan cappati tiap-tiap minggu pun tak apa kot! Kisahnya,aku ni jarang dan tak suka cappati. Better makan roti canai la sebab senang jumpa.Cappati ni kurang minat sebab tak jumpa kedai yang betul-betul buat kuah sedap.Biasa la,aku pentingkan kuah dari segalanya.Haha

Tahun ni tak tahu la kenapa.Mentang-mentang kat taman perumahan ada segala bagai kedai dan warung,aku tertarik nak makan cappati. Kuah dia so-so je sebenarnya tapi bila dah makan sekali,nak lagi weh! Haha

Cappati-hasil ihsan google image.
Aku tak ingat pulak dari bulan berapa suka makan cappati. Lepas raya puasa hari tu,ada buat sesi pot-luck dengan kawan-kawan. Ada kawan yang bawak cappati. Ya Allah. Memang suka sangat.Rezeki aku murah. 

Sejak tu,bertambah lagi nafsu membeli cappati. 

Aku tak pasti kenapa. Aku yang nak makan atau baby nak makan atau nafsu makan aku dah ke arah cappati sebenarnya? Hee.


Wednesday, October 15, 2014

Tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM Bagi Pengajian Peringkat PhD/Sarjana Tahun 2015

Khas untuk yang berminat.

Boleh rujuk link ni;



Kepada yang tak tahu nak kerja apa,boleh cuba apply untuk biasiswa UiTM ni. Permohonan boleh dibuat bermula 20 Oktober 2014 melalui;





Sunday, October 12, 2014

Nescafe oh Nescafe!

Subhanallah.

Dah masuk 6 bulan tak pekena Nescafe.Aku ingat bila dah lama tak minum,akan lupa la pasal Nescafe ni.Rupanya haram tak langsung!

Yummeh!

Kalau nak tahu,aku peminat setia Nescafe.Kalau bukan Nescafe'O,Nescafe susu.Itu wajib setiap minggu mesti mahu minum. Kalau tak minum,aku jadi sakit kepala. Ini bermaksud, aku memang dah ketagih Nescafe sebenarnya.

Sekarang,tengah pregnant maka aku terpaksa berpuasa Nescafe hampir setahun. Ohh tidak! Tapi takpe,demi adik baby dalam perut ni,buang jela tabiat minum Nescafe.Nanti dah bersalin,aku nak minum tiap-tiap hari.Haha

Sebenarnya tak elok pun minum Nescafe ni. Tapi entah la,rasa seronok je minum Nescafe. Rasa macam semangat je nak buat kerja. Cuma satu jela. Orang kata kalau nak berjaga malam,minum la Nescafe atau kopi supaya tak mengantuk. Tapi aku tak. Minum la banyak mana pun,aku tetap akan tidur! Heee ;p

Untuk ibu-ibu hamil,bertahanlah korang. Kalau korang teringin,boleh minum tapi had-kan pengambilan Nescafe sebab ada sumber kafein yang boleh mengurangkan penyerapan zat besi korang. Nanti pergi klinik, kalau bacaan HB rendah,cuba check balik kot-kot ada terambil sumber kafein waktu ambil pil zat besi.

Tapi aku tak minum kafein,tetap jugak HB rendah. So how? Hahaha



Saturday, September 27, 2014

Best tak kahwin??

Tajuk entri menarik je kan?

Sebenarnya ada terbaca blog Namee Roslan. Kelakar pulak bila baca entri dia. Apa yang dia tulis tu kebenarannya ada la 99.99% sebab apa yang dia alami lebih kurang je macam aku. Haha

Tak tipu. Masa bujang aku pun terbayang yang indah-indah je pasal kahwin. Nah kau.Dah kahwin sekarang baru tahu perasaannya macam mana. Aku rasa siapa yang dah kahwin je yang faham. Am I right sayang-sayang semua? Kekekeke.

Kahwin.

Kita dengar macam biasa je.Tapi dalam kahwin tu ada 1001 rahsia yang tak ada siapa pun tahu kecuali pasangan tu sendiri.

Kenapa aku kata macam tu? Yela,semua pun dilalui bersama suami isteri. Yang duduk bersama tu sempurna la kehidupan suami isteri. Tapi bagi aku yang ber-PJJ dah masuk tahun kedua ni,masih lagi tertanya-tanya,"Kalau duduk sekali ni,entah apa la kisahnya kalau dah tiap-tiap hari mengadap muka yang sama!".Eheh~

Setiap pasangan tu dicipta saling melengkapi. Maksudnya,masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Tak ada dua-dua sempurna. 

Aku dan suami memang banyak benda beza. Rasanya yang sama pun,dua-dua jenis simple dalam bab makan.-Bab makan tak cerewet.Tekak kitorang tekak kampung,malay typical-Jadi tak susah nak cari makan. Kau campak je makanan apa,InsyaAllah kitorang sapu kalau makanan kampung ni.

Ohh ye.Kitorang agak jakun dengan western food sebenarnya. Maklumla,bila masing-masing dah besar,baru jumpa western food. Jumpa setahun sekali je kot.Setakat makan western food,tak kan kenyang punya.Confirm kena makan nasi jugak lepas tu.Hehe

Yang bezanya pasal kitorang??

1. Berjalan/melancong/shopping dan sebagainya.

Aku teramat suka berjalan. Shopping ke,window shopping ke,mengendap tengok kedai-     kedai,cukup suka.Tapi husband tak suka okey!!! Kalau nak keluar berjalan,aku fikir 2,3 kali dulu. Takut nanti husband buat muka boring time aku pusing-pusing mengendap tengok barang.Hahaha.Nampak tak kat situ.Sudahnya,aku pun berjangkit dah.Makin kurang suka berjalan dah sekarang.Sedih! ;(

2. Cara Memasak

Aku jenis suka masak simple. Setakat sayur tu.Hiris bawang putih.Lepas tu potong sayur..terus campak dalam kuali. Tapi husband,dia suka sayur tu jadi colourful. Nanti kau jumpa segala jenis bawang,lada,siap ada fishball bagai dalam tu. Bila tengok dalam kuali/periuk,sayur kau dah jadi warna-warni. Sama jugak masakan lain.Aku main campak je dalam kuali. Dapat kat suami, macam-macam accesories dia letak..errr,bagi aku membazir je letak banyak-banyak.Kalau simpan accesories tu untuk masak esok-lusa lagi ok kot!

3. Baju

Aku jenis simpan baju dalam keadaan berlipat kecuali baju kurung dan baju-baju yang aku tak nak dia terlalu kedut,so gantung saja. Tapi husband? Bila jemur baju,gantung pakai hanger. Bila dah kering,angkat baju dengan hanger tak buang,terus letak dalam locker. Bila nak pakai,bukak locker terus capai baju yang tergantung tu. Akibatnya,lambakan hanger berlaku kat rumah aku. Kalau dulu hanger satu warna je,sekarang hanger aku ada warna-warni. Entah mana la dia rembat hanger banyak-banyak tu!

4. Suasana hijau

Aku jenis tengok benda-benda hijau macam pokok-pokok ni, tak ada perasaan sangat. Tapi kalau suami,naik kereta dengan dia sempat pulak dia tenung pokok tepi-tepi jalan.Eh,sempat pulak drive sambil tengok tu pokok apa,ni pokok apa. Tapi yang bestnya,bila aku tak tahu jenis-jenis nama pokok,buah,daun..tanya dia je.InsyaAllah,semua dia tahu.Hehe.Cara-cara nak semai tanaman,pun tanya dia.

5. Rumah

Aku ok je rumah pattern camne-camne pun,banglo,teres,semi-D..semua ok. Tapi husband? Rumah dia haruslah banglo besar di tanah luas. Jauh sikit dari rumah jiran. Alasan dia,nanti boleh bukak volume tv kuat-kuat, boleh bercucuk tanam di sekeliling rumah, sembang kuat-kuat. Lorh! Haha

6. Kereta

Aku jenis tak suka kereta kotor. Dalam kereta dan luar kereta,wajib bersih sebab nanti orang tengok,malu!. Husband pulak katanya kalau dia basuh kereta je mesti akan kotor balik,so rugi je basuh. Dalam kereta aku, aku make sure tak ada tisu,resit-resit tak guna..aku buang terus. Dalam kereta husband,resit entah zaman bila pun ada dia selit kat celah-celah ruang kosong. Bila orang nak tumpang kereta,mula la kalut susun semua benda.

7. Membaca

Aku agak suka jumpa benda yang boleh dibaca. Tak kira la novel,artikel,magazine ke,buku apa-apa ke,rasa macam excited nak bukak baca walaupun tak baca semua. Tapi husband? KIV dulu la..Sebulan lagi pun belum tentu dia bukak baca.Hehe

8. Movie

Dulu aku suka tengok movie. Sejak dah kahwin ni aku rasa tak cukup masa nak tengok movie. Last-last jadi tak minat. Tapi husband cukup suka. Bukak laptop,download movie baru. Bila ajak tengok movie sekali,setengah jam pertama je aku pay attention,selebihnya aku lena! Haha.TV pun aku dah tak minat. 

9.Toileterries (Aku tak sure eja betul ke salah!)

Perkakas toilet. Yang ni sebijik sama macam blog Namee Roslan. Ubat gigi!!! Haaa,aku suka picit dari bawah,dengan harapan takde la kau terpicit-picit kat muncung lubang ubat gigi tu bila dah nak habis.Husband main taram je.Picit kat tengah-tengah badan tu.Amat sengsara la bila ubat gigi tu dah nak habis nanti. 

10. Kreativiti

Aku memang terkenal sebagai orang yang tak kreatif langsung. Bagi aku,buang masa je kreatif-kreatif ni. Husband pulak terlajak kreatif. Mesti ada idea tak kira la produk ke,benda-benda terbuang ke,dia tahu apa nak buat dengan semua benda tu. Kotak terbuang pun boleh jadi rumah kucing! haha

11. Sup vs.tomyam

Aku pencinta tomyam dan langsung tak minat sup. Husband adalah kaki suka makan sup dan paling tak suka makan tomyam. Dia alergi pedas. Aku tak pulak.hahaha.

Nahhh! Ada 11 unsur ketidaksamaan.Target 10 tapi terlebih satu. Tak pe la kan. Ada banyak lagi yang lawak-lawak,cuma aku fikir 2,3 kali nak tulis. Nanti lah kalau ada masa,aku tulis lagi entri macam ni. 

So,sekarang,terjawap tak salah satu persoalan best ke kahwin?

Adik-adik dan kawan yang masih single,fikir-fikirkan lahh..hahahaha












Wednesday, August 27, 2014

Untuk kedua kalinya..

Alhamdulillah.

Berjuta-juta syukur pada Tuhan kerana untuk kedua kalinya disytiharkan pregnant lagi. Dah kali ke-2 pregnant. Minggu ni dah masuk week ke 18.Cepat masa berlalu.Rasa macam baru semalam lahirkan arwah baby Rizqi,anak syurga yang terpilih oleh Yang Esa.

Harapan kali ni kalau boleh-diulang,kalau boleh dan diizikan Tuhan,supaya segalanya lancar tanpa sebarang masalah macam dulu. Sekarang,nak kata terlampau jaga pun tidak,tak jaga juga tidak. Cuma kali ni lebih berserah pada Tuhan-kalau ada rezeki,ada lah.Harap-harap.

Untuk kedua kalinya,still lagi aku tak habis-habis buat Master.Tolong jangan bilang aku tak pandai sebab habis lambat.Tapi cuba lah untuk faham,Master by Research memerlukan masa yang sangat banyak untuk research,publication,conference dan juga thesis.Usah dibanding dengan orang yang buat Master by Coursework yang memang boleh habis setahun saja.Juga,harap-harap semua orang faham!

Tahun pertama buat Master pregnant,tahun kedua Master juga pregnant.

Juga sama,aku dan suami masih lagi berjauhan.Seorang di timur,seorang di utara.

Tapi semua tu bukan masalah.Macam aku cakap dulu,demi sesuap nasi masa depan.Lain orang,lain periuk nasinya.Kami pun sama.Ada jalan masing-masing dan belum ada rezeki lagi untuk berada di tempat yang sama.InsyaAllah suatu hari nanti,kalau diizinkan.

Untuk follower semua,minta maaf kalau korang follow blog ni yang tak best langsung.Dah la jarang update.Maaf banyak-banyak.Busy yang amat.



Friday, July 11, 2014

My cat : Pyometra

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua.

Entri hari ni bertajuk My cat : Pyometra. Pyometra bukan nama kucing atau nama-nama komersial apa-apa,tapi tu merujuk kepada penyakit Pyometra pada kucing.Dalam bahasa mudah dan senang difahami, penyakit rahim bernanah pada kucing.

Siapa sangka,penyakit tu kena pada kucing sendiri.Selama ni ingatkan kucing tu bunting sebab perut dia makin hari makin buncit.Tunggu punya tunggu,besar tu je,siap fikir kucing ni keguguran ke apa.Lama jugak la hampir sebulan lebih kucing duk membuncit macam tu.Tengok kucing macam tak larat,tak lalu makan,memang betul-betul ingatkan dia bunting.

Sampai la satu hari tu dia macam lemah sangat-sangat.Makan tak nak.Macam demam pun ada.Kesian tengok.Malam tu, sekali lagi tertipu sebab dia bleeding banyak sangat kat tempat kencing tu.Penat la duk search kat internet 'tanda-tanda kucing nak bersalin'.

Encik husband lagi kelakar,dia cakap,'kucing tu keguguran kot!'.Hishhh.Entah mengandung ke tidak perut macam tu.Buncit,tapi bukan buncit macam kucing lain bunting.

Banyak sangat dia bleeding.Punya la risau kasi dia kotak besar.Kot la memang betul dia nak beranak ke apa.Masa bleeding tu bunyi dia bising sangat.Blur tak tau nak buat apa.Dalam rumah memang penuh darah kucing atas lantai dan segala tempat yang dia duduk.Bau dia Subhanallah.Kau kuatkan diriku supaya tak muntah.Maklumlah,bulan puasa ni,kita makan berbuka tu macam orang tak makan setahun! So,takutla termuntah masa cuci darah kucing tu.

Esoknya pun sama.Eh.Dah macam datang bulan pulak kucing aku ni.Dia rileks je,kita yang risau sebab makan apa semua pun tak nak.Perut dia dah kempis dah. Sekali lagi Encik Husband buat lawak; 'Dia dah beranak la tu,dia makan anak dia!" Ish3.Kucing tu jadi lebih manja dari biasa. Sakit agaknya,nak selalu kita teman. Macam manusia kan?

Tak tahan sedih tengok,bawak dia ke Pusat Perkhidmatan Veterinar di Arau,Perlis ni. Kena menunggu jugak sebab doktor ada seorang je,orang hantar kucing bermasalah banyak.Aku tengok kucing orang lain gebu-gebu,kucing parsi yang mahal-mahal. Tengok kucing sendiri,hmmm..kucing kampung je,kurus kering macam tak ada orang bagi makan.Aku tengok kucing orang,orang pun tengok aku,tengok kucing.Hmm.

Cerita semua masalah kucing ni kat doktor.Terus Doc kata rahim bernanah.Seeloknya operate.Aduhhh..Sedih pulak dengar.Tapi bila fikir balik,tu langkah terbaik sebab selagi tak operate,next time dia boleh jadi lagi penyakit tu.Aku pun sign dalam buku untuk operate kucing kesayangan ni.Sedihhh sangat!

Kata doc,hari dah petang,dia suruh tinggalkan je kucing tu untuk dia operate kat rumah.Allah..berat sungguh hati tapi disebabkan dia tu doktor,aku yakin je untuk tinggal.Balik rumah,sedihnya hati risau.Selamat ke kucing tu nanti.Duk fikir buruk-buruk je takut dia mati la ape la..Doktor kata ambil esok pagi.

Pagi tadi 11 Julai 2014, pergi ambil si tommy (nama manja kucingku). Nampak cergas walaupun dia sakit.Kuat jugak kucing ye,tak macam orang.Lemah lepas kena operate.Jahitan ada 4.Hmm..kesian.Kata doktor,nanah dia banyak sangat yang selama ni ada dalam perut yang duk ingat dia bunting tu.

Alhamdulillah.Apa-apa pun,aku cuma ikhtiar.Walaupun berhabis RM100 semata-mata untuk operate kucing tu dan buang rahim dia.Dan kucing aku takkan dapat beranak sampai bila-bila dah. Berat mata memandang,berat lagi bahu yang pikul,walaupun dia cuma seekor kucing,tapi kita andaikan diri kita berada di tempat dia.Nak cakap kat manusia pun takda siapa yang faham. Atas dasar peri kemanusiaan, aku terpaksa bawak dia untuk rawatan.Dalam hati rasa bersalah yang amat sebab dia sakit,tak boleh aktif lagi sampai la jahitan sembuh.


My Tommy,My Cat

Syukur pada Tuhan kerana segalanya dipermudahkan.Alhamudulillah,tommy dah mula makan,dan dia dah cuba berjalan-jalan walaupun lemah.Semoga tommy panjang umur.Amin

Sunday, May 4, 2014

Harumanis vs. Anggur

Selama 7 tahun aku kat Perlis,ni la first time aku singgah melawat Ladang Anggur Perlis.Entah la,dah kawin baru jumpa ladang anggur,taman ular,taman herba,cafe harumanis.Kalau tak kawin lagi,mesti tak sampai lagi.
Yela.zaman bujang ke laut sikit,tengok wayang,shopping dengan kawan-kawan. Dah kawin ni,kureng sikit la bab-bab tu.

Kata husband,sudah-sudah la tu.

Ok.Baik bos.

Lawatan yang tak dirancang. Rasa bosan tak tahu nak buat apa,maka pergi la kitorang ke Sg.Batu Pahat,Kangar untuk merasa harumanis tahun ni. Orang kata tahun ni banyak menjadi. Harga pulut harumanis pun boleh tahan. RM5.50 tambah dengan harga jus RM2.50.Total RM8.Hmmmm! Harga sudah up nampaknya. Aku tak ada perasaan sebenarnya. Sebab tak ada yang menariknya harumanis ni.Yang ada cuma mulut-mulut orang dan media-media yang terlalu besarkan isu harumanis ni. Cuma yang boleh aku kata, buah harumanis tu gebu.Sebab tu rasa dia lemak. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang pasal mempelam harumanis ni sebab manis dia macam makan mempelam lain yang manis. Tu je.

Ohh! Tentang pulut harumanis. Jujur aku cakap,tak berbaloi sebenarnya nak beli pulut harumanis tu. Kalau nak beli,baik korang beli pulut dia je sebab pulut dia sedap! Buah tu korang beli la sendiri dan makan dengan pulut. Orang Perlis panggil pulut = puluit. Take note ye! 

Total : RM8.Korang fikir la sendiri.Hehe


Rasa nak makan,sila la ke sana.Rasa tak berbaloi,toksah makan,ok! Tapi try la dulu.Lepas tu jangan datang-datang lagi dah.hehehe. Aku nasihatkan sebelum datang,bawak la serunding ke,ikan masin ke,sedap jugak makan dengan pulut ni. Sebab aku dan kawan-kawan makan pulut harumanis dengan serunding. Makcik-pakcik semua terkejut tengok pinggan kitorang ada serunding.Agaknya dia pun tak terfikir nak buat macam kitorang buat!

Untuk pengetahuan korang,tahun ni harga harumanis dah cecah RM28 sekilo.Paling mahal setakat ni.Korang beli sekilo dapat 2 biji je lepas tu balik tanam kat rumah.Esok-esok harga dah RM40 kot.Sila balik tanam sekarang supaya manfaatnya dapat kat anak cucu korang.

Ok.Setel hal harumanis.

Sekarang cerita pasal anggur pulak.Tak jauh dari tempat makan pulut harumanis ni,ada ladang anggur.Waktu datang ni,anggur tak masak lagi,kata pakcik guard akhir bulan 5 baru dia masak. 










Nak masuk ladang anggur,sila la sediakan duit yang cukup. RM3 satu kepala. Jugak sama,tak berbaloi. Ladang kecik,panas terik matahari dan buah tak masak lagi. Kalau dah masak baru best,boleh petik sendiri buah dengan kadar RM20 sekilo.Siapa gila bergambar,tempat ni sesuai untuk korang berselfie. Cuma pencahayaan kurang baik sikit,gambar gelap. (Aku ada gambar selfie kat ladang ni,tapi semua gelap).Hmmm ;(

Aku nasihatkan,datang ladang ni bawak kipas muka banyak-banyak sebab panas! Ini bukan Cameron Highland ye,ini Perlis negeri yang beriklim tropika.

Aku rasa setakat ni dulu. Mata berat. Ok Bai! :)








Sunday, March 30, 2014

Mimpi Kapal terbang

Sejak kes MH370 tak tahu ke mana hilang,aku senyap je.Speechless.Sejujurnya aku gerun.Entah apa yang jadi sebenarnya. Tanggapan pertama tak lain tak bukan adalah terhempas. Tapi bila banyak pulak info baru tambah pulak spekulasi yang orang tulis dalam internet,aku tiba-tiba berfikir luar dari kotak pemikiran.

Tak tahu mana satu nak percaya. Sebab spekulasi tu sangat logik.Cuma tak tahu mana diorang dapat cerita dan fakta tu.Betul-betul ajar aku berfikir luar dari kotak. Sampai satu keadaan,aku rasa takut untuk hidup.Mula mencari surah-surah pilihan dan berfikir tentang kehidupan selepas ni.Ada jugak kebaikan spekulasi kat internet tu. Kebanyakkan spekulasi seolah-olah menyedarkan manusia bahawa dunia dah sampai ke penghujung.

Berhari-hari aku fikir.Esok lusa macammana?Hidup lagi ke aku?Apa yang jadi pada generasi aku nanti? Hidup bahagia tak diorang? Atau zaman diorang tak sebahagia zaman aku? Nauzubillah.

Tentang pesawat,aku tak tahu ke mana dia hilang.

Yang pasti,aku teringat yang aku pernah mimpi pasal pesawat terhempas sebanyak 2 kali. Mimpi tu tak berkaitan pun cuma ada seorang kawan yang cerita balik aku pernah tulis entri pasal pesawat terhempas. Baru aku teringat,tu kisah mimpi aku dulu pada 2011 dan 2012.




Kebetulan. Tapi mimpi tu memang menakutkan dan tahun ni, mimpi tu kembali menghantui.Semalam pun aku sempat lagi mimpi kapal terbang.Dalam mimpi tu,kapal terbang ada kat sebelah rumah je tapi tak ada orang yang nampak,aku je nampak.Hebat bukan? Huhu.Harap-harap ada pengkhabaran gembira untuk kita semua tentang MH370 ni. Semoga ada keajaiban nanti.InsyaAllah.

Saturday, March 29, 2014

Pengalaman bawa kucing travel

Travel sambil membawa kucing.

Aku tak ada experience bawak kucing travel sama ada dekat atau jauh. Tapi last week, aku belasah je bawak kucing balik kampung dari Perlis ke Kelantan.

Not bad.

Asalnya aku memang TAK NAK bawak kucing balik.Sebabnya satu je : Takut dia berak dalam kereta! Tapi ni semua rancangan encik suami yang hasut aku suruh bawak balik kucing. Macam-macam teori dia keluarkan kalau aku tinggalkan kucing kat Perlis.

Katanya nanti kucing mati, accident, kena langgar kereta, kucing bunuh diri, kena curi, budak-budak aniaya dan macam-macam lagi. Naluri penyayang aku tercabar sekejap dengar semua benda tu. So,ikut jela cadangan dia bawak balik kucing. Malam sebelum balik, aku cari kotak kat pasaraya. Dapat la kotak pampers budak.Nak letak kucing dalam tu.

Kotak tu encik suami dah modify sikit,buat macam jaring. At least, kalau dia duduk dalam tu, dia boleh nampak orang dan boleh bernyawa. Kucing tu aku panggil tommy. Dia betina. Whatsoever jantan ke betina,aku tetap panggil dia tommy walaupun encik suami panggil dia Amir,pun tak masuk akal jugak. ;p

Tommy mulanya memang excited habis nampak kotak. Kitorang ingat dia suka la.

Esoknya bila nak travel, aku kasi tommy makan awal pagi. Sebab  nanti dia ada masa untuk berak. Aku tak tau proses percernaan kucing,tapi aku andaikan saja proses dia macam orang, lepas makan akan berak. Lepas setel semua angkut barang naik kereta, proses untuk masukkan tommy dalam kotak dalam letak kat seat belakang bersama seat belt.

Beberapa kilometer pertama, tommy memang bising sangat. Dia tak suka duduk dalam tu.Dia nak keluar. Tapi kitorang pujuk balik dengan 'meow2' je kat depan.Lama-lama lepas tu,dia diam. Aku dan suami buat assumption : Agaknya tadi dia ingat tak ada orang,bila kita meow kat dia,dia dah tau kita ada sebab tu duduk diam. Kitorang pun teruskan perjalanan, tak hirau pun kat kucing.

Bila sampai kat Sik,Kedah aku tinjau kat jaring-jaring kotak tengok tommy.Mata celik je cuma diam. Suami kata better berhenti untuk cek kot-kot dia mati senyap-senyap. Hishh encik suami pon! haha

Bukak kotak,tengok mulut tommy berair. Kasi air dengan makanan,semua dia taknak. Disebabkan kesian,terpaksa lap-lap dulu lepas tu aku tukar seat duduk kat belakang dan riba tommy sampai la  Kelantan. Air liur dia,meleret-leret sampai ke Kelantan. Bila sampai Kelantan,tommy ambil masa sejam lebih untuk pulih seperti biasa.Agaknya dia pening kot huyung hayang dalam kereta. Nak-nak pulak lalu bukit Gerik.

Tapi yang ajaibnya, daripada Kelantan balik ke Perlis, tommy elok je. Mulut dah tak berair macam first trip hari tu. Musykil jugak. Bila masuk Perlis, dia dah start berdiri dalam kotak,macam tau-tau je dah nak sampai. Sampai pintu pagar,dia dah lompat dulu keluar kotak. Haihh,agaknya bau Perlis dia tak boleh lupa agaknya.

Macam tu la first experience bawak kucing balik kampung.Alhamudlillah, tommy dah lepas berjalan jauh. 

*Nasib baik dia tak berak dan kencing.Kalau tak,aku susah hati.haha





Saturday, March 8, 2014

Ego.Salah Siapa?

Bila ego datang,kita selalu fikir bukan salah kita.Aku pun macam tu.Bila serabut,lepas tu fikir balik bukan salah aku.Dia yang salah.Kenapa aku pulak?

Aku rasa almost semua orang ada ego.Cuma nampak tak nampak je.Ada jugak yang sorok ego tu.Tapi tak ke mana,last sekali dia memberontak.Lagi bahaya.Yang pasti,bukan senang nak merawat ego ni. Aku dah try tapi fail.

Maknanya iman aku masih tipis.*Mengaku pulak tu*

Habis-habis cuba buang ego pun.Aku kata macam ni,"Ahh..bukan salah siapa-siapa,masa dan keadaan tu yang tak betul!"Haha.So,siapa yang salah sebenarnya? Jawapan aku,masa dan keadaan.Masa dan keadaan tak boleh bercakap.So dia la yang mencipta masalah.Hehe

Kolot betul pemikiran aku.

Tapi betul la.Cuba bayangkan mood kita tengah ok,tiba-tiba kita gaduh dengan orang.Masa mood tengah ok tadi waktu lain.Bila tengah gaduh,waktu lain.Keadaan (merujuk kepada ketika tu) tak sama untuk setiap isu yang berlaku.Kan? 

Sah! Masa dan keadaan yang salah.

Entah la.Aku dah malas taip.Korang rasa macammana?



Monday, February 24, 2014

Demi Sarjana


Sekarang adalah waktu-waktu getir untuk sarjana.

Sarjana yang aku bayangkan dulu tak seindah apa yang lalui.Soalan yang aku tak boleh jawap adalah, "Bila nak habis Master?" Aku signifikasikan soalan itu sebagai soalan yang tidak berjawapan untuk setiap individu

Master by Research: 
Msc.Microelectronic Engineering

Itu sarjana aku.Belum lagi bersarjana.Tapi itulah yang dikejar.

Untuk yang selalu bertanya bila nak habis.Ini jawapan contoh;

Sarjana/Master ada 3 pilihan. 1) Coursework, 2) Mixed Mode, 3) Research

Sebahagian besar ramai yang memilih Coursework.Masuk kelas dan ambil exam.Tak lama, 2 semester saja dan ada mini projek di akhir semester.Apa perlu buat? Study untuk dapat maintain pointer bagus untuk result final nanti. Bertungkus-lumuslah anda dengan assignment,kuiz,dan final exam. Mini projek pun,siap tak siap,asalkan boleh bagi impak yang bagus pada pointer,haruslah mencapai apa yang korang nak demi pointer. Tesis,viva? Harus!

Ada yang nak fokus kedua-duanya, subjek dan projek.Maka ambil la dia Mixed-mode. Lebih kurang jugak kaedahnya.Cuma yang special case di sini adalah dia ada 1 sem untuk project dan ada masa untuk dia buat tesis lebih lama. Biasanya 3 semester (2 semester untuk subjek dan 1 semester untuk projek). Tesis,viva? Harus!

Ketiga, Research. Dulu aku selalu dibayangi dengan persoalan : Aku ni boleh ke buat master by research? Dan sekarang aku menjeratkan diri dalam research. Apa yang perlu ada untuk graduasi? Kelas tak ada,exam pun tak ada.Minimum 1 tahun,Maksimum 3 tahun.

Tapi wajib ada;

  • Hasilkan sebanyak mana paper (journal/proceeding) yang mempunyai nama kita sebagai 1st author. - Untuk universiti aku,setiap paper ada point,tak lepas point,hang jangan grad!
  • Join seberapa banyak conference (Local/International) yang jugak kita sebagai presenter.- Sama,pun ada point.Tak cukup point,hang extend!
  • Ada Proposal Defence (Nak propose tajuk pun susah,nak kene defend! - Hang kantoi,hang extend 3 bulan,re-viva balik!
  • Viva Voce (Final viva) - Kantoi yang ni,tak dapat master!
  • Thesis Final
  • Ada beratus-ratus research paper untuk dikaji,di'highlight',diconteng. Tak study,mana mana nak buat paper? Belum lagi method yang digunapakai.Betul ke salah ke apa yang dibuat? 
  • Research progress, kalau dapat apa yang kita nak,kita happy. Tapi kalau tak dapat, menangis untuk ke sekian kali duk fikir salah kat mana. Yang pasti, progress mesti capai target.Kalau tak,nak tunjuk apa kat supervisor?

Nampak tak betapa beratnya cabaran?

Aku tak tahu bila kesudahkan episod master by research ni. 

Setakat ni,cabaran memang getir.

  • Aku register master lepas kahwin dan survive kehidupan tanpa suami di sisi. Aku belajar di Perlis,suami bekerja di Kelantan. Dengan restu seorang suami,aku ikhtiar hidup.Makan,tidur,duit minyak,pandai-pandai lah nanti. Demi sarjana~
  • Aku pregnant anak sulung.Alhamdulillah Tuhan bagi rezeki awal. Segala pening-loya aku rasa seorang. Kawan tak rasa,hanya perhati je kita dan tolong setakat mampu. Demi sarjana~
  • Ulang-alik hampir 40km sehari drive. Apa nak buat,rumah di Kangaq, kampus di Pauh,sempadan Changlun,Kedah. Maka bersembanglah aku bersama baby dalam perut. Sampai satu keadaan,dah masuk dalam kereta,nak tarik pintu kereta pun tak larat! Demi sarjana~
  • Check up perut di klinik berseorangan.Pagi ke klinik, balik terus ke kampus ; demi anak dan demi sarjana~
  • Baby disahkan ada komplikasi. Waktu diagnose, turun-naik la aku ke hospital pakar termasuk ke Alor Setar. Jumpa doktor sana-sini. Seorang! Siang berbahagi dua; demi anak dan demi sarjana ~
  • Baby meninggal dalam perut di usia hampir 8 bulan. Satu episod yang mencabar emosi. Rasa nak rebah. Berehatlah aku di kampung bersama thesis chapter 1-3. Demi sarjana~
  • Aku kembali selepas berpantang. 2 bulan berpantang dan balik semula dengan kekuatan yang tipis. Rasa badan ringan tanpa si anak.Rasa kosong bila drive sebab selalu sembang dengan baby dalam perut. Gagahlah ke kampus untuk sambung belajar. Juga,demi sarjana~

Perasaan sekarang seperti;

"Esok aku nak grad!"

Tapi,

"Aku tak memenuhi kriteria lagi untuk grad!"

Kalau grad lambat,

"Tiada kesudahan. Hidup tanpa suami di sisi. Anak kedua yang entah bila menyusul."

Itu dia.

Betapa hebatnya ujian kesibukan dunia.

Demi sarjana. ;(







Sunday, January 19, 2014

Siapa nak duit free?

Mulanya aku tak tahu apa.

Apa kejadahnya aku wajib klik-klik link yang kawan aku bagi? Kenapa perlu klik? Paksa kah? Kira aku KENA klik? sekali lagi,aku jugak kena klik? 

Tapi aku faham.Benda klik-klik link website ni dah lama aku buat dulu.Cuma sekarang je  malas nak layan. Kalau ikutkan, dulu ada churp-churp yang sekarang ni  jadi 8share. Ada jugak Blin.gd yang jugak kena klik-klik.Semua benda tu memang betul sebab aku pernah cashout duit hasil dari iklan tu.

Kira macam Nuffnang ni la.Iklan berbayar.

Ok.Berbalik kepada kisah klik-klik tu. 2-3 hari ni penuh wall suruh klik link.Tapi sebelum aku klik orang punya,aku register dulu sendiri punya akaun dulu beb.Korang pandai eh suruh aku klik.Kalau aku klik ikut link korang,sah-sah la korang dapat free duit sebab ikut referal punya klik. Cerdik tak aku? *Sebenarnya dengki!*

Lepas aku register,ok la fine.Aku klik korang punya jugak.Kesian.Tolong la kawan jugak.*Sebenarnya nak suruh orang klik jugak untuk aku.Sebab tu buat baik.haha*

So,kawan-kawan semua.Aku nak promote website tu. Side income habaq hang. Daripada korang online fb dengan blog tak dapat apa-apa,korang join jela WeeklyPay yang aku nak promote ni. Duit dapat dalam USD. Sekali register terus dapat USD30.Menarik kan? Kalau orang klik suka-suka je pun link korang,korang akan dapat USD10 untuk setiap orang yang bukak tu.

The Weekly Pay
Wahhh.Jom ikut aku join.Tak rugi. Sebab benda ni bukan tipu.Dah ada kawan aku yang cashout duit senyap-senyap.

Meh siapa nak join. Klik SINI 

Boleh cashout duit dalam bentuk cek bila dah sampai USD300.


Saturday, January 11, 2014

Rezeki Disember 2013 & Januari 2014


Alhamdulillah.Rezeki untuk bulan Dis13 dan Jan14.Walaupun nampak simple je penyertaan dan hadiahnya,tapi tetap jugak hadiah.Yang penting dapat free! Meh kita review hadiah dan siapa yang sponsor yang bermurah hati nak bagi hadiah untuk giveway.


Hello Kitty Case
HP Pixel Charm

Cute Pillow

Jom kita terjah sponsor-sponsor tu semua.Mana tau,rezeki u'olss pulak next time kan? Semoga dimurahkan rezeki semua yang sudi sponsor hadiah tu ye! Amin. ;)
Lilypie Angel and Memorial tickers