Wednesday, November 10, 2010

Ada Brann???


Ni kerja budak-budak!!! Mesti kes bosan gila-gila!!! hahaha

Teringat pulak time sekolah rendah dulu-dulu..kalau bosan sangat,banyak main benda-benda mengarut ni;
  • Buat keluar kertas,pilih huruf,tulis nama,nama negeri,nama tempat,nama buah..kalau sama dengan partner,dapat markah kurang,kalau lain dari orang lain,dapat full mark.huyooo!! haha
  • Balik-balik main teka-teki,...dah la merepek.Dari kecik sampai besar,soalan mesti sama,"Macammana nak masukkan gajah dalam peti ais????"
  • Binggo! Buat petak 5x5,tulis nombor 1-25 kat mana-mana petak.Siapa yang Bingo semua dulu,die menang.
  • Main kad.Macam-macam kad ada contohnya Happy Family utk budak perempuan.
  • Apalagi,main kejar-kejar..belasah jela campur laki perempuan.budak-budak tau apa! haha
  • Main lubang tikus tak pun lompat tali getah tu.Sanggup pulak cari stock getah banyak-banyak lepas tu sambung-sambung.Tak paham betul.Apa yang best sangat main lompat-lompat tu.ishh!!
  • Bila cikgu takde,main conteng papan hitam,Contohnye  Ali ♥ Siti dan segala bagai nama semua nak gosip!!!
  • Buku sekolah,style koyak tengah-tengah,biasala..nak main SOS,Bingo,Nama negeri..bla..bla..Ada jugak yang tulis surat.Adik angkat-kakak angkat la konon.haha
  • Bila lepas periksa,budak perempuan sibuk tayang Autograph,suruh tulis nama,alamat,tarikh lahir,hobi,makanan kegemaran,bilangan adik beradik...MOTIF?? hahaha 
  • Cikgu ada meeting,ketua darjah sibuk jaga kelas,tak nak bagi bising.Ahh.senang je,pergi kat papan hitam,tulis "Nama murid bising" Dengan harapan,bila cikgu tengok,dia marah la si budak yang bising tu,ketua darjah pun disanjung tinggi.hehehe. (macam pernah buat je dulu)
** Banyak lagi sebenarnya kan?? Tapi kalau nak list semua,jenuh la nak type..best kan jadi budak-budak?? huhu**

1 comments:

Redbloodsnow said... Reply To This Comment

hahaha...mcm² jek bebudak kan :P