Tuesday, November 30, 2010

Betul ke sardin tu bahaya?

Wawawa! Baru baca info dari fb.Tak pasti la kesahihan nya.Tapi ramai pulak yang share post tu.
Malas nak copy paste,panjang sangat.Nanti takda yang sudi nak baca blog ni.Dipendekkan cerita,boleh lah korang klik gambar ni untuk dibesarkan kalau tak nampak,ye?

Klik untuk baca dengan jelas
Baca lagi...........................!!


Klik untuk baca dengan jelas


Dah habis baca? Apa pendapat korang? Sardin tu makanan emergency kot! Askar dalam hutan pun masak sardin je.Budak-budak yang praktikal,duduk rumah sewa pun masak sardin gak.Belum kira surirumah yang kerja dia sediakan breakfast roti & Sardin lagi.hmm...
Ada betul jugak.Kita tak tahu sebetulnya kandungan dalam sardin tu kan?Tapi..hmm..Wallahualam. :)

Monday, November 29, 2010

Best ke blog cerita pasal pakwe/makwe?

Arghhhh!! Kenapa la banyak blog tulis pasal boyfriend,girlfriend neh!!!! Aiyoo..malas betul nak bukak blog yang cerita pasal pakwe makwe ni...Okeh,fine..blog dia,suka hati la nak tulis apa kan?Tiba-tiba bukak blog ni,ARC13 baca entri dia yang membangkang 101% blog yang cerita pasal pakwe dan makwe.Ye,Cik Ila sokong!!! Bukan sokong cerita pakwe makwe tu,tapi sokong orang yang bangkang blog cerita pakwe makwe tu.

Mungkin blogger tu cukup bangga dengan buah hati kesayangan mereka kan?Tapi tak perlu kot cerita segala-galanya.Confirm ke korang kahwin dengan dia?Kalau break up macam mana? Delete blog eh? Kalau tukar pakwe/makwe pulak macam mana?Letak gambar lain pulak ke?Kang orang cakap 'player' pulak.haha
Opps,Cik Ila bukan mengata siapa-siapa ok.Cuma meluahkan perasaan je kat sini.Yela,budak-budak sekarang macam-macam.Baru sekolah,tapi bercinta mengalahkan apa je.Lepas tu semua tayang kat blog,Facebook.Alahai..orang lain bercinta gak dik,tapi jangan la terlampau "agung' sangat cinta tu sampai tak boleh hidup tanpa cinta.Kang,cinta entah ke mana,belajar entah ke mana.

Sunday, November 28, 2010

Lelaki mesti suka.....&^*&(%^$*9!!

Lelaki mesti suka entri ni.Tapi tak tau la kalau ada tak kurang berminat,tidak kepastian pulak.

twin turbo V12 that rips out 760hp!!!
Nama dia Tramontana,Spanish punya ciptaan.Kos dia ada la dalam $2.6 million dollar!!
  
















p/s : Okeh.Show dah tamat.Kembali ke tempat asal.Hehehehehe

Saturday, November 27, 2010

Blog Personal Lelaki pilihan


Dengan ini diumumkan...peserta bertuah bagi Blog Personal Lelaki Pilihan yang telah di'vote' oleh Cik Ila adalah....

Taraaa!! Ramai yang kenal kan?Tiba-tiba rasa nak promote pulak blog ni.Sesuai sangat la bagi student-student buat contoh.Ala-ala macam Fazley Yaakob laa.hahaha.Kenapa pilih dia?Tak tau la,rasa nak vote dia,tekan jela vote.Lagipun,abg eq ni boleh dikatakan blogger yang otai ----> bak kata abg Ben Ashaari kita tu.
Masa awl-awal jadi follower abg eq dulu,benda pertama yang terlintas kat fikiran Cik Ila,muka abg eq lebih kurang dengan Norman Hakim.hahahahaha.Best gak muka sama macam artis ni kan.Untung-untung,ada la jugak yang cakap,"Entah-entah dia sedara Norman Hakim".Hahaha.Apa-apa pun,Gud Luck untuk Abg Eq dan semua yang tercalon.Cik Ila belum pun vote lagi untuk kategori lain.Nanti-nanti la dulu ye.Nak habiskan final exam sampai 4 Dis ni..Hmm..nak blogwalking pun tak sempat,teringat paper yang menakutkan.

Boleh klik kat sini kalau nak view blog abg eq...

Untuk yang nak mengundi/tukar undi..
http://bpm-undi.blogspot.com/

Beza ikan keli halal dan haram

Betul ke salah?
Sumber dari e-mail..

nyum..nyum..
Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi)
·  Kepala berbentuk 'V'
·  Bentuk badan mirip torpedo
·  Badan berwarna hitam berkilat
·  Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
·  Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
·  Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
·  Kepala berbentuk 'U'
·  Bentuk badan tirus
·  Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
·  Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
·  Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
·  Digoreng tidak meletup  
  
p/s : Sedap kot ikan keli....adehhh!!!

Friday, November 26, 2010

Benda paling susah!!

Ada seorang sahabat cakap,benda paling susah dalam dunia ni bukan susah!! Tapi yang paling susah adalah untuk berubah.Rasa macam betul kot.Walaupun realitinya bagi sesetengah orang akan kata,bukan susah untuk berubah.
Woh! Susah untuk berubah adalah bagi mereka-mereka yang degil,keras kepala,ego dan sebagainya.Setuju?
Ada pulak orang yang cakap benda yang paling susah adalah susah tu,adalah alasan je,sebenarnya boleh je.Cuma otak dah set cakap susah,memang la susah.Setuju?
Hmm,kenapa entri ni muncul?Apa masalahnya sekarang ni?Entah.Tak tau.tak tau.hahahaha

Thursday, November 25, 2010

Ohh Gardenia,sungguh enak dimakan begitu saja....

ooo Gardenia..sunggu enak dimakan begitu saja..~
Ada tak orang yang tak suka roti? Semua suka kan..paling-paling tak makan pun,bila terdesak mesti korang makan jugak.Buat cicah air ke,buat makan masa breakfast ke,makan masa diet ke,kan?
Ye.Cik Ila pun suka roti.Ni kisah pasal roti la.Kecik-kecik dulu,Cik Ila tak suka makan kepala roti.Haa? kepala roti?Ala...tak tau orang lain panggil apa,roti kat atas sekali dalam setiap bungkusan roti.Nak senang,Cik Ila panggil kepala roti.Tak tahu kenapa,mengada ngada sangat tak nak makan yang tu.Padahal roti jugak kan? Apa Cik Ila buat kat rumah dulu,setiap kali nak makan roti baru,mesti ambik yang bawah-bawah tu lepas tu bungkus balik ala-ala macam tak pernah usik,fresh dari kedai.Emm...Lembut,sedap,lemak je rasa!!Haha
Mummy Cik Ila pulak tak pernah tau anak dia tak suka makan kepala roti tu.Dia selalu cakap;


"Kenapa roti ni selalu tak ada orang makan,tak pernah bukak pun lagi...!!"


Lorhh..Padahal...selalu sangat la anak dia ni ambik yang bawah-bawah tu.I'm sorry mummy...huhu.Tu baru satu.Ada banyak kali jugak buat jahat yang lagi satu ni.Yang lagi satu ni,jahat sket je lagi.Roti lama tinggal 2 keping je,tu yang last.Bila beli roti baru,mesti la roti lama tu tak ada yang nak makan.Baru je mengendap nak ambik roti baru,Mummy dah jerit..


"Habis kan roti lama dulu!!!!!!"


Alamak!! hmmm..takmau! Idea jahat datang,ambik roti lama 2 keping tu,tukar letak dalam roti baru.Pastu ambik 2 keping roti baru..makan terus.Nyum.nyum.Sedapnya roti baru.Sekali lagi,I'm sorry mummy! :)

Sekarang tidak lagi.Makan je apa yang ada.Belajar-belajar la bersyukur sikit.Kan?Bila masuk asrama,macam-macam pulak tengok perangai kawan-kawan.Ada yang makan sekeping roti,tapi ambik tengah-tengah je,bingkai dia buang! Alahai..Bila tanya kenapa,dia cakap bingkai tu tak lembut,tak sedap nak makan.hahahaha.Spesies-spesies yang macam ni adalah kategori mengada-ngada namanya,macam saya! Sekian.

Wednesday, November 24, 2010

Orang Pandai,Otak dia merepek sikit

Macam ni pun ada?

Hmmm.Selamat pagi semua.Pada pembaca yang baca entri ni petang ke,malam karang ke,selamat la apa-apa pun.Cuma wish selamat pagi ni khas buat mereka-mereka yang awal.Penggemar-penggemar tidur waktu pagi,bangun-bangun la oi...kumpul rezeki di pagi hari.Dalam TV cakap kalau bangun lambat,REZEKI DIPATUK AYAM! Itu TV yang cakap.Cik Ila pun tak pasti.
Sebelum study,apa perlu buat? Mesti la online dulu.Bukak yang mana patut.Facebook,mail dan blog.Kalau tak bukak benda-benda ni rasa kosong je hidup.Berbekalkan buku semata-mata memang tak lengkap.Ceh.Alasan! haha
Ada apa kat gambar tu?Dah,gambar tak menarik pun.Tapi kan,kalau belajar Math bayangkan gambar tu,rasanya senang masuk dalam kepala kot.Kenapa la kepala otak manusia ni senang je ingat benda merepek-merepek berbanding benda ilmiah.Teringat pulak ade seorang member cakap,

"Orang pandai,otak dia merepek sikit fikir benda lain,sebab tu dia cepat pick up belajar!"

Betul ke?tak pasti la.Korang rasa?

Tuesday, November 23, 2010

Jawap soklan!

 Hah! Mari jawap..mari jawap.CIk Ila di'tag'oleh Cili padi =Hafizah!
Okeh,jom tengok!

Ape yg paling penting dlm hidup korang?
Bahagia dan berjaya itu penting!

Benda terakhir korang beli guna duit sendiri?
Beli roti Gardenia kat koop!


Adakah korang bercinta sekarang?
Kenapa dalam banyak-banyak soklan,soalan ni pun ada?hahaha

Berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?
InsyaAllah.Sampai syurga ku menunggu.cewahh!


Di mana korang akan jumpe kekasih korang?
tak pasti.Jodoh tu Tuhan tentukan.Kalau dah jodoh,kat mana-mana pun boleh.

Novel/Buku/Majalah terakhir korang beli?
Dah lama tak beli majalah.Dulu beli majalah Mingguan Wanita.

Apakah name penuh korang?
Suhaila Bt Mohd Zahari


Antara mak dan ayah korang, yg mane korang lebih mesra?
my mummy!


Namakan org yg betul2 korang nak jumpe dlm hidup korang?
Saya nak jumpa?? err...tak pasti.Yang pasti,jumpa bakal husband dulu.haha


Namekan tempat yg korang betul2 nak pergi?
Mesti la nak pergi oversea.


Pilih salah satu.. peluk atau cium?
Cik Ila prefer,peluk,lebih tenang.


5 lagu yang bermakna dalam hidup korang? 
1.This I promise You - N'sync
2.Kekasih gelapku - Ungu
3.My way
4.Me and you -Cassie
5.It Must Have Been Love - Roxette

Beritahu 3 perkara tentang orang yg tag korang?
Nama dia Hafizah.Tapi tak tau la kat blog dia tulis cilipadi=hafizah.haha


5 benda yg korang syg sgt2 dlm hidup korang?
1.My parent,family
2.Laptop sayang yang sudah lanjut usia,tapi masih bertenaga
3. Handphone
4.Segala jenis pemberian tak kisah dari sape2 pun
5.Life saya.Enjoy life till the fullest! 
.
Bila tarikh lahir korang dan kat mane korang sambut tahun lepas?
13.02.1988,sambut kat Gua Kelam,Perlis! Haha


5 blogger yg korang nak tag?
1.ikin 
5.WanYusnira 

p/s : Kepada nama-nama yang di'tag',Cik Ila tak paksa pun suruh buat benda ni.Saja untuk suka-suka. Yang tak di'tag' pun kalau nak buat,pun boleh,mana tahu,ada yang kering idea nak buat entry baru kan? :)

Nak tak makan satay yang ni?

Ni bukan calang-calang satay! satay yang ni eksklusif.Mau cuba?kuang3

Unik,guna klik kertas?haha
Banyak tu!

Hmmm..tak menarik la kalau tak letak banyak gambar kan? Jom tengok yang ni pulak...tarraaaaaa!!

satay cicak ke mengkarung ke ape?
heee




Jual..jual...sapa mau?
 p/s : senang ke nak cari benda tu???? bela agaknya! hmm..belum rasa,belum tau sedap ke tak,kan?hahaha
 

Sunday, November 21, 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Klik sini!
Hye semua.
Lepas jenguk-jenguk blog Abg Ben,ada je benda baru Cik Ila nak post kan?
Terima kasih abg ben,kerana menghargai follower-follower macam Cik Ila ni.
Okeh.Blog Cik Ila ni takda tema apa-apa pun.
Tulis pun sekadar untuk suka-suka
topik pun macam-macam
Ikut suka hati nak tulis apa.
Hmm,apa lagi nak cakap?
Tu saja kot.
Blogger-blogger baru,selamat datang!
Salam perkenalan semua dari Cik Ila.
Jangan lupa singgah ke blog Abg Ben sekali tau.

Student boleh buat apa dalam 1 malam sahaja??

Apa benda yang student boleh buat dalam 1 malam sahaja???Agak-agak korang,apa dia?
Jawapan Cik Ila senang je....
*
*
*
*
*
*
*






STUDY LAST MINUTE!!

Bukan benda biasa lagi.Ramai kot biasa buat.Notes berapa banyak page,tapi dapat summarize dalam masa 1 malam je kan? Dengan erti kata lain,"Tu la,dulu ketegaq tak mau study,kang dah kalut?" **ketegaq=Degil**
Buat masa sekarang ni,kiri-kanan Cik Ila semua tengah study.Cik Ila?hmm,tulis blog,bagus!
Time exam nanti,jawap jela ape yang ada dalam blog ye Cik Ila.Marah diri sendiri!!!

Lecturer selalu cakap;
"Apa susah.Cuba kamu bayangkan,kamu ambil SPM,belajar 2 tahun..memang la susah nak score! Sekarang kamu belajar 1 semester=4bulan,sepatutnya boleh senang-senang dapat A!!"


Sekarang demam exam.Ramai jugak student U lain dah habis.Cik Ila baru nak jenguk 1st paper Isnin ni.Harap-harap tak ada la tension sangat.Kepada semua yang view post ni,jangan lupa doa untuk Cik Ila ye... :)



Thursday, November 18, 2010

Kenapa perempuan suka diet?


Wanita dan kurus tak boleh dipisahkan.Lumrah seorang wanita mahu badan yang perfect,yang cun melecun dan pinggang yang ramping bagai kerengga.Kenapa perempuan mahu diet?Cuba korang check,ada tak di kalangan korang yang bagi alasan-alasan macam kat bawah ni;
  •  Senang pilih baju.Banyak baju cantik tapi sizenya kecik.Susah pulak nak berfesyen!
  •  Pakwe komplen cakap awek dia gemuk,so kasi diet la.
  •  Kawan-kawan cakap aku gemuk.Tiap-tiap hari kena ejek.
  •  Diet sebelum kena penyakit bila tua nanti.
  •  Dah ada anak,body makin kembang,laki usha orang lain.Tak boleh jadi.Kena diet!
  •  Bila body lawa,nanti orang puji.Mesti ramai peminat.Ahh..tekad,mahu diet!
  •  Kalau time muda dah gemuk,bila tua dan beranak pinak,lagi gemuk.oh no!
  •  Nak diet sebelum kawin,nanti baju pengantin tak muat (bakal pengantin buat alasan)
  •  Bila jalan-jalan,orang pandang.Err...gemuk sangat ke aku ni?Tu belum lari 100m lagi.
  •  Makanan takde,diet la senang.Nak cari makan,malas pulak nak keluar or masak.
  •  Aku ekonomi sket.tak makan pun takpe.On diet.Duit simpan,buat beli benda lain. 
Nah,banyak kan sebab dan musabab nak diet.Mana satu niat di hati pun tak tau.Yang pasti,diet tak salah.Tapi ramai orang yang salah konsep bila diet.Diet bukan tak makan!!! Diet adalah mengawal pengambilan makanan dengan teratur.Tak makan tu menyeksa perut namanya.Kang tak pasal-pasal kena gastrik.Haaa!!! Bagi Cik Ila,tak kisah la nak diet ke tak,tapi cuba aktifkan diri bersenam atau buat perkara yang menyihatkan badan.Kalau setakat control makan,tapi malas nak bergerak..hmm..sampai sudah pun duk tang tu jela.
Diet pun diet jugak,kesihatan mesti jaga tau!!!!!!!!!


p/s : Diet..tapi makan meggi..camne pulak tu ye?hahahah

KONTEST MENAMBAT HATI saya_aRief

Klik sini!
Hye kawan.Tadi godek-godek Innit,jumpa blog ni.
Ini blog mamat hijau,arief nama diberi
Blog dia simple je.
Tapi yang penting
Ni ila first time Cik Ila jumpa blog yang bertemakan alam sekitar.
Pencinta alam mungkin
Lain dari blog yang lain,bagus!
Teringin nak join contest ni,utk support dia sekali!
 Yela,kalau ramai orang view post ni,confirm ramai jugak yang pergi terjah
si arief ni,secara tak langsung,ramai la kawan-kawan beliau.
Ok,jom melawat blog ni!!

Kenapa orang takut lipas

Encik Lipas kaki berbulu
Kenapa orang takut lipas?Alah,bukan semua.Tapi majoriti yang takut tu kaum wanita.Kui3.
Jangan terkejut,ada jugak kaum lelaki yang takut lipas.Erkk...korang geli ke ape sebenarnya?

Dulu-dulu Cik Ila buat survey tanya kat kawan-kawan,kenapa takut lipas.Macam-macam alasan diorang bagi.Kelakar pun ada.Alasan-alasan diorang;


1. Aku bukan takut,cuma aku geli (takut sebenarnya,tapi saja buat-buat berani ckp tak takut)
2. Lipas boleh terbang,kalau dia masuk dalam kain aku,macammana?
3. Kaki dia berbulu.
4. Lipas tu kotor,yucks!
5. Takut terpijak lipas,nanti berlendir semacam je kaki
6. Serangga perosak mesti dibunuh!


Apa-apa pun alasan korang,Cik Ila tak kisah.Tu masing-masing punya sebab.Yelah,mana tahu korang memang betul-betul fobia jumpa lipas ke..kan??? hahaha
Cik Ila nak kongsi sikit pasal lipas ni.Sebenarnya ada jugak kelebihannya.

Lipas ni digunakan untuk buat ubat untuk sakit telinga,luka dan masalah peranakan.Kebiasaannya lipas ni digiling dengan minyak ataupun direbus.Korang sanggup minum air rebusan lipas??Kuang3.Selain tu,lipas adalah penyumbang pada industri pengawalan serangga perosak.Makin banyak lipas,makin banyak la orang buat ubat lipas.Makin mantap la prestasi kilang membuat ubat lipas tu kan?haha

So,kawan-kawan,jangan emo-emo sangat jumpa lipas ye.Anggap jela,dia hanya serangga kecil yang tak tau apa-apa.Hahahaha.



*Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Lipas

Tuesday, November 16, 2010

Follower Bertuah GiveAway!!

Klik untuk singgah!!!
Jom semua..jom-jom!!!
 Mai semua join Follower Bertuah GiveAway!!!
Mana tau,rezeki korang,dapat hadiah kan.
Cik Ila join pun,saja-saja nak try
Tiba-tiba rajin pulak nak join kan!
Bukan saja boleh join,tapi korang pun boleh benefit sama.
Nak tau apa?
Boleh dapat ramaikan kawan! Kalau tak percaya,cuba try,ok!
Selain korang dapat kawan,dapat tukar-tukar idea,benda-benda macam ni la yang bagi semangat kat korang untuk maju dalam dunia blogging neh.
So,apa kata kita join je,anggap ni persaingan sihat sambil bertukar-tukar idea dengan kawan baru.Nak join? Boleh! Klik saja kat sini Follower Bertuah GiveAway!
 CIk Ila dah join!
Id : Cik Ila
Cik Ila pun teringin nak tag 3 orang kawan Cik Ila iaitu ;

Siapa sangka,anda seorang yang bertuah?
Apa tunggu lagi? Join sekarang!

Hari yang dipanggil "Hari Buat Ketupat"

Hari ni dipanggil hari membuat ketupat.
Itu memang pasti bagi 'orang-orang sini'
orang mana?
Kelantan Darul Naim!
Tak kira Raya Puasa@Raya Haji,sehari sebelum Hari Raya,memang panggil 
"Hari Buat Ketupat"


jangan tanya kenapa panggil macam tu,itu dah memang sejak Cik Ila lahir lagi dah panggil gitu.
So,esok Hari Raya!
Cik Ila nak wish kat semua..
Salam Aidiladha!!
Manfaatkan raya sebaiknya.
Tahun ni orang lain menunaikan Haji.
Mudah-mudahan sampai la seru untuk kita pulak ke sana.
InsyaAllah.
Siapa-siapa yang nak korban lembu tu,boleh asah pisau hari ni.
Esok,lembu-lembu tunggu masa je..

 
 

Monday, November 15, 2010

Sejak bila saya kenal komputer?

Hye semua.Nampak gayanya,entri encik Ben tu betul-betul panas!! Tiba-tiba teringat pulak masa kecik-kecik dulu.Internet mana ada,budak-budak kecik macam Cik Ila ni main game Solitaire je.Itu pun kira bagus dah.Pergi sekolah,kalau siapa ada komputer tu,kira bangga gila,siap cerita..."aku ada komputer kat rumah,ko ada?" haha.

Kisah dunia maya Cik Ila bermula masa tadika lagi,tahun 1994/95..main game.Kalau tak silap,time tu dah ada game Prince Of Persia dan Packman (betul ke tak eja ni?).

Kisah Kaisara dunia chatting-metting bermula tahun 1999 masa darjah 5.Wow! Korang mesti kenal ni...

MiRC
Semua orang kenal kan? Err,adik-adik yang masih muda,zaman anda dah kurang application ni.Zaman-zaman Cik Ila je guna.Kat sini la belajar chatting,berkenal2 sampai berjam-jam depan PC.Bil telefon melambung (dulu guna TMNET1515) guna modem tu tak macam sekarang ada streamix,WiFi,Broadband,Wireless dan macam-macam.Ohh,nama samaran?

Nama-nama samaran Cik Ila dulu;
1. Nicolet
2.Fiona
3.ChunLie

Pernah jumpa nama tu??haha.Ohh.join channel? Kalau tak silap,ada la beberapa channel yang femes dulu,macam #Kampung,#surau,#MRSM,#SBP dan lain-lain.Channel pulak divide 2 sebenarnya..Dalnet dan Webnet.Apa tu? Dalnet boleh chat terus tak payah register dan Webnet kena register,baru boleh guna.Starting utk berkenal-kenalan,tak lain tak bukan;

Hye.A/S/L plz...
A/S/L merujuk kepada Age,Sex,Location.Tapi kadang-kadang,ada jugak yang silap paham.ASL tu dia refer pada ASAL DARI MANA??Haha.

 
Kat MiRC ni,boleh tahan merepek jugak sebenarnya.Kita bukan kenal pun siapa orang yang kita chat tu.Penipu pun ramai (Cik Ila pun tipu jugak).Time cuti sekolah,mesti channel ramai orang.Biasanya budak-budak sekolah macam Cik Ila dulu,suka cari kawan dari sekolah lain.Ada jugak kes,kenal kat MiRC,start berjumpa time ada event kat sekolah-sekolah lain.Kira,jumpa cinta monyet la konon.Lepas tu,tukar-tukar alamat sekolah.Hantar surat.Sweet kan?hahah.

Okeh,Cik Ila nak cerita tu je sebab teringat pulak zaman-zaman berkenalan masa kecik dulu-dulu.Lagi satu,sanggup cari magazine tak pun Dewan Pelajar,Didik,semata-mata nak cari sahabat pena untuk tulis surat.Dramatis kan zaman dulu?haha.

Kepada pelawat-pelawat blog Cik Ila,terima kasih banyak-banyak sebab sudi kenal-kenal Cik Ila.Nanti Cik Ila melawat blog korang semua yek! tata :)

Sunday, November 14, 2010

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU


Okeh.Selamat Berkenalan kepada semua.
Terima kasih kpd abg ben sebab buat entri utk blogger baru macam Cik Ila neh
(takde la baru mana,baru dlm blogspot je pun,sebelum ni dlm wordpress!)
Ahha.
Siapa tak kena ben ashaari? ahh tipu la tak kenal.
kalau tak kenal tu,mesti tak ada blog,tak pun memang korang malas meng'usha' blog!
Kepada blogger baru,merangkap kawan-kawan baru Cik Ila,dipersilakan meng'usha' blog,
tak paksa,kalau tak rela usha..apakan daya,kan? 
dan jangan lupa usha sekali blog abg ben..ok?
tq.tq.tq kepada semua.
Nanti Cik Ila akan komen-komen jugak siapa yang follow Cik Ila tau,promise!! :)
 

Friday, November 12, 2010

Kisah Cinta saya dahulu.

Semua boleh baca kan?Hmm..Sama lah nasib dengan diriku ini.Kuang3.Sekarang study week,tapi kat mana nak serap semangat untuk study? Ohh kesian.Tak tau la apa masalah.Semenjak bermasalah ni,hilang segala mood untuk study.Sama macam pic tu la,

ENGINEERING BOYS NEVER OPEN THEIR TEXT BOOK!!!

Ohh.wow! Memang pun! Mana ada student engineering yang rajin bukak text book.Err,pernah ada ke text book?Reference book ade la kot.Apa yang Cik Ila nak cakap,girls pun sama,semua malas.Lagi-lagi Cik Ila ni.Mengadap berguni-guni jenis soklan ade ler.solution pulak segala bagai jenis cara.Orang ni guna lain,orang tu guna cara lain.Ingat ada satu rumus je ke?Banyak gila kot!!!!Time exam,buat 2 column jawapan,nahh! Encik lecturer,sila pilih jawapan mana satu yang betul!!!haha-----> selalu buat!

Final start 22/11/2010 sampai 4/12/2010 ni.Habis laaa!!! Jeles pulak kat si SyerAgH ni..dah abis final.Ohh,blog mungkin berhabuk lepas ni.konon study! Wish me luck,okeh?

Thursday, November 11, 2010

Menipu tu jahat tak?

Kawan-kawan,menipu tu jahat tak?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
sebab
*
*
*
*
Cik Ila jarang menipu.
Tapi once Cik Ila menipu,Cik akan Ila tipu habis-habis.kuang3

Faktor anda menipu? *Cik Ila punya alasan*

1. Malas nak explain panjang-panjang.tipu jela.
2. Apa sibuk nak tau??Ahh,biaq p la.tipu je,bukan dia tau.
3. Ohh,dia ni pernah tipu aku dulu.Takde hal,tipu dia balik
4.Nak cerita ke tak? mana boleh percaya dia ni.tipu jela dia.haha
5.Sebelum dia tipu aku,baik aku tipu dia dulu
6.Aku niat nak perli dia.So,terpaksa buat ayat tipu.

**Menipu biar berpada-pada**



 

Orang Gila

Semalam punya semalam,banyak sangat snap picture..err,pinjam member punya DSLR,Zaim nama diberi..hahaha
Boring punya pasal,tapi ade pulak yang spoil mood Cik Ila..
Tengah-tengah syiok bergambar dlm bilik operasi
(biasa la..setting camera kan banyak)
So,amek 1 gambar,then tukar-tukar setting

Tiba-tiba datang 3 orang budak,
anak kepada staf kat sini,cakap;

"Oiii..tu orang gila amek gambar dinding,
Tadi amek gambar bunga..hahaha,orang gila..!"

Grgggggrrr!!! Geram nya aku!!!! Nakal betul!
Rasa nk je cakap,
"Ah..ko budak-budak ape tau menda-menda ni!!!!"
Kalau korang,ape korang nak buat kat budak tu?
(ayat jahat bunyi nya..)
*
*
*
Last-last...
Punya geram kan,tinggalkan budak-budak tu dalam bilik,KUNCI!!! ahaha..nah amek!!
Tak tau la siapa yang selamatkan budak-budak tu.
Kuang3

Wednesday, November 10, 2010

Negeri mana paling ramai penganggur???

Haa?? sudah.mesti semua orang tak sangka.Ye,Cik Ila pun terkejut gak sebenarnya.Patut la Kelantan sesak time cuti raya.Traffic jam tak payah cakap,semua num plat kereta kebanyakkan W,B,C...Habis,siapa je yang ada kat Kelantan sebenarnya?Siapa agaknya yang turun mengundi bila ada pilihanraya kalau anak-anak Kelantan berada di kota? Hmm...

* Gambar dari http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/11/terbaru-statistik-kadar-pengagguran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FEEVad+(%3A%3A+RUANG+BICARA+PRIA+MALAYA+%3A%3A)

Ada Brann???


Ni kerja budak-budak!!! Mesti kes bosan gila-gila!!! hahaha

Teringat pulak time sekolah rendah dulu-dulu..kalau bosan sangat,banyak main benda-benda mengarut ni;
  • Buat keluar kertas,pilih huruf,tulis nama,nama negeri,nama tempat,nama buah..kalau sama dengan partner,dapat markah kurang,kalau lain dari orang lain,dapat full mark.huyooo!! haha
  • Balik-balik main teka-teki,...dah la merepek.Dari kecik sampai besar,soalan mesti sama,"Macammana nak masukkan gajah dalam peti ais????"
  • Binggo! Buat petak 5x5,tulis nombor 1-25 kat mana-mana petak.Siapa yang Bingo semua dulu,die menang.
  • Main kad.Macam-macam kad ada contohnya Happy Family utk budak perempuan.
  • Apalagi,main kejar-kejar..belasah jela campur laki perempuan.budak-budak tau apa! haha
  • Main lubang tikus tak pun lompat tali getah tu.Sanggup pulak cari stock getah banyak-banyak lepas tu sambung-sambung.Tak paham betul.Apa yang best sangat main lompat-lompat tu.ishh!!
  • Bila cikgu takde,main conteng papan hitam,Contohnye  Ali ♥ Siti dan segala bagai nama semua nak gosip!!!
  • Buku sekolah,style koyak tengah-tengah,biasala..nak main SOS,Bingo,Nama negeri..bla..bla..Ada jugak yang tulis surat.Adik angkat-kakak angkat la konon.haha
  • Bila lepas periksa,budak perempuan sibuk tayang Autograph,suruh tulis nama,alamat,tarikh lahir,hobi,makanan kegemaran,bilangan adik beradik...MOTIF?? hahaha 
  • Cikgu ada meeting,ketua darjah sibuk jaga kelas,tak nak bagi bising.Ahh.senang je,pergi kat papan hitam,tulis "Nama murid bising" Dengan harapan,bila cikgu tengok,dia marah la si budak yang bising tu,ketua darjah pun disanjung tinggi.hehehe. (macam pernah buat je dulu)
** Banyak lagi sebenarnya kan?? Tapi kalau nak list semua,jenuh la nak type..best kan jadi budak-budak?? huhu**

Tuesday, November 9, 2010

Jom kawin!

Apa tunggu lagi???Jom kawin!!!!

Ya ampun,Cik Ila tak tau gambar siapa ni.Jumpa dalam facebook!
Bukan Cik Ila yang edit tau.Ni betul-betul terjumpa!
Awat la lagu ni...
Dah,sudah!!!! Cik Ila bukan nak komen pasal gambar ni,tapi nak share 1 benda,
tengok ni... 
KOTA BHARU, 9 Nov: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini.

Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan.

Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di talian 09 7476568 atau 013-9846913 atau 013 – 6946911 dan tarikh tutup 15 November ini.
 p/s : Pada yang rasa nak kawin tu,jom la!!! hehehehe

Monday, November 8, 2010

Salam Takziah.

Salam Takziah kepada keluarga mangsa

Salam Takziah Cik Ila kepada kakak senior Cik Ila, Seri Rusida Daud..
Awal pagi tadi,rumah emak K.Seri di Batu Pahat hangus terbakar.
Apa yang menyedihkan,kakak dan anak buah K.Seri tak dapat diselamatkan
Al-Fatihah kepada yang mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut,boleh baca kat sini,
 

Saturday, November 6, 2010

Bukan salah ibu mengandung

Semua orang mau hidup senang,kan?Yela,siapa nak hidup susah?Rumah besar,kereta besar,duit banyak,moden dan segala bagai..lagi-lagi macam gambar ni.

Itu saya.Tapi kereta bukan saya punya
 Mak aii...kalau tanya budak-budak,bila besar nak jadi ape?Mesti jawap;

"Nak jadi doktor,jadi engineer,jadi arkitek! Nanti kerja dapat duit banyak,pastu jadi kaya!!"

Tak paham.Apa sebenarnya motif budak-budak kecik nak kerja? Nak jadi kaya je ke?
 (Padahal diri sendiri pun pernah ditanya nak jadi apa bila besar)

Er,sebenarnya tak tahu la salah siapa.Yang pasti,bukan salah ibu mengandung,okey!Salah bapak yang tak boleh duduk diam  ibubapa yang terlampau bangga dengan anak.Tak bagi anak rasa susah.Sampai tak boleh survive.Buat kerja-kerja penat sikit merungut.Agak-agak la,ada tak anak-anak yang sanggup buat nak buat kerja ni.


Mencuci kubur
Entri ni khas buat anak-anak yang dirinya selalu senang,yang selalu cerewet,banyak songeh tu...Ingatlah,walau macammana pun,hidup ni takkan selamanya bahagia.Satu masa,kita tetap akan hadapi jugak rasa susah.
Bila susah,baru lah kita tahu macammana rasa orang yang hidup susah,kan?So,fikir-fikirkan.