Tuesday, January 18, 2011

Aku suka tengok orang cakap telefon!

Hai,nama saya Timah,awak siapa?
Sekarang telefon menjadi-jadi.Budak sekolah pun pakai telefon bawak pergi sekolah.Kita amek positif la,mak ayah depa kasi handphone demi keselamatan anak-anak kot.kah kah kah -----> senyum mak bapak diorang.
Tiap-tiap hari aku tengok gaya orang bercakap telefon tak kira tempat.Dalam rumah,kedai makan,dalam kuliah,belakang rumah,tepi dinding,atas katil dan lain-lain.Setiap kali tu jugak aku cuba tahan gelak.Macam-macam gaya aku tengok;
  • Cuba buat mimik muka yang entah apa-apa-->mencebik,muncung,mulut senget
  • Suka pintal-pintal rambut--->perempuan la.Kalau laki,itu sudah 'lembut' namanya
  • Cakap sambil tutup mulut dengan tangan---> Alasan,takut suara tak jelas
  • Mata pandang atas --> Tak tau la tengok apa,mungkin melihat sawang kat siling
  • Cakap sambil jalan-jalan sampai hujung kemudian patah balik 
  • Kalau yang guna gagang tu,habis gagang tu dia pintal-pintal sampai bergulung
  • Kalau laki,cakap sambil tangan kat pinggang,tak pun masuk poket seluar
  • Suka buat "haaaa??ape dia?" --->Bila tak dengar
  • Gelak macam ape je bila topik best,dan sedih melampau sampai teresak-esak dan tersedu-sedu bila topik tak best/sedih
Aku pasti korang pun ada banyak gaya.Sebab aku sendiri pun ada gaya bila cakap telefon,hanya orang yang pandang aku je tau.Kita sendiri tak perasan keadaan kita bila cakap telefon melainkan orang yang memang kerja dia selalu guna telefon untuk urusan kerja.

5 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

saya cakap telefon sambil tgk kipas kat siling..haha

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

azwan : aishh..ade ape kt kipas.haha

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

xde apepun. tp slalu je tgk kipas... dh jd tabiat agaknya..hehe

saya_arief said... Reply To This Comment

ade jugak yang tekene..
:D

GOENPITU said... Reply To This Comment

ada lagi, telefon sambil tutup satu telinga...
cik lla: bisa aja...

Lilypie Angel and Memorial tickers