Ohho,selamat pagi semua.Minggu lepas banyak sangat benda-benda yang mencetuskan kontroversi seperti AJL.Apa aku nak cakap hari ni,aku tak amek kisah siapa pemenang sekalipun lagipun aku tak tengok pun AJL.Haha.Hari ni dan esok cuti.Tapi hampeh,aku tak bikin plan apa-apa pun.Semua gara-gara jadual yang terlalu free,sampai aku dah tak tau nak buat apa,tapi penat.Musykil aku.
Ohh,seronok jadi student memandangkan aku pernah merasa kerja tu macammana hebatnya penangan penat yang terlampau.Mati la aku,bila habis study ni,nak masuk kerja balik..adehh..
Percaya atau tak,aku lihat kiri dan kanan dan aku buat kesimpulan.Kakak-kakak/abang-abang/kawan-kawan yang pernah kerja atau sedang bekerja mempunyai mentaliti yang sangat matang.Adakah aku cuba meng'up'kan diri aku sendiri??Jika ya,anggap saja aku tak sengaja.
Itu memang.Buktinya bila aku duduk semeja dengan pelbagai golongan,aku mula berfikir cara diorang bercakap dan apa tindakan diorang bila aku sedang berkata-kata.Ada yang cuba dengar dan pandang aku macam nak tembus kepala walaupun hakikatnya aku tau dia taknak dengar pun.Dan ada jugak yang cuba nak tukar topik atau sekurang-kurangnya dia cuba mengalih pandangan aku dengan buat aksi-aksi atau mimik-mimik muka yang ooo...tidak menggambarkan kematangan langsung.Dalam hati aku berdoa,"Biarlah si polan ni cepat matang sket.....amin!"
Aku suka menilai dalam diam.Bahaya kan aku?haha.Cara aku menilai kematangan;
1.Cuba tengok bila si polan ada problem,apa dia buat?Adakah dia cool,atau dia meronta-ronta marah-marah serta menjerit-jerit entah apa-apa sambil membuang segala jenis barang?
2.Reaksi si polan bila dapat tau sesuatu benda yang mengejutkan.Dia cool atau dia terkejut bangat sampai terlolong-lolong seperti jumpa hantu?
3.Letak si polan di tempat orang yang dia tak kenal,macammana dia nak mula bercakap.Jeng-jeng-jeng.(Err...grhh..hai..emm..saya..eh..awak..er..)
4.Bila dia bercakap,tengok sama ada dia habiskan apa yang dia cakap atau dia meleret-leret tak tentu pasal dengan gaya ala-ala manja yang konon merajuk.
5.Bila bersembang bagai nak rak,dengan suara yang kuat dan gelak yang amat dasyat di kawasan ramai orang (public) plus siap bertempuk-tampar di depan orang ramai dengan tidak ada rasa malu.(Kalau tegur,mesti dia kata..hekeleh..tak sporting la ko ni..)
6.Pandai keluarkan pendapat sendiri dan logik dengan nada berhemah serta menerima pendapat orang lain tapi bukan membantah secara terang
7.Si polan bila bergaduh,apa tindakan dia?Dia cuba buat macam takda apa-apa atau dia bermasam muka sambil sumpah seranah bila berjumpa lawannya.Atau dia cuba hasut orang lain untuk sama-sama benci?
8.Tinggalkan si polan berjalan seorang diri.Tengok dia merungut atau tidak.
9.Si polan tak dapat apa yang dia mau.Apa tindakan dia,merajuk segala bagai sebab nak jugak..nak jugak..atau dia cuba cool.Dalam erti kata lain..redha.haha
10.Paling penting,cara dia bergaul dan berkomunikasi serta cara pemikiran dalam segala aspek.Cuba letak si polan dalam kalangan semua peringkat umur,agak-agak dia nak tak bercakap dengan orang yang berumur,atau dia hanya bercakap dengan yang sebaya dengan dia?
**Diulangi,ini hanya pendapat dan kajian aku.Kalau ada pendapat lain,boleh kongsi kat sini.
6 comments:
hmm...abg eq rasa lom matang lagi laa...ehhe
abg eq : ish abg eq ni...abg eq tu terlebih matang dah.kalau goreng,hangus terus.hehe
try nilai azwan aziz ni matang ke tidak...hee
azwan : azwan aziz sememangnya matang..
yeke? terima kasih...hee
saya dah matang!!! (eh eh dan dan je kan)
Post a Comment