Sunday, January 2, 2011

Pengalaman balik semula ke sekolah selepas cuti

Esok sekolah.kahkahkah.Yang duduk asrama tu,abis la..mesti tak puas cuti kan?Teringat zaman dulu.Dekat-dekat cuti nak habis,mesti duk termenung kat kat rumah.Sebenarnya fikir macammana la bila dah sampai sana,selamat ke tidak aku ni.Haha.Selalu terbayang kenapa la cuti ni kejap sangat berlalu,tak puas lagi makan,tido,makan,tido kat rumah.

Kalau Isnin sekolah,maknanya Sabtu malam dah balik JB.Dengan apa?Dengan kenderaaan ni;

Ekspress Timuran (Tumpat-Singapore)
Sepanjang 5 tahun di sana,ni la kenderaan untuk balik kampung.Kenapa bukan bas? Sebab bas berhenti jauh,train ni berhenti dekat-dekat dengan rumah je.Gerabak kereta api pun dah selalu sangat kira.Kalau bukan 18,mesti 17 dan kadang-kadang 20 kalau banyak barang.Pengalaman dalam train? Macam-macam ada.
  • Budak kecik menangis tak henti-henti
  • Train delay lama sangat (mungkin jam!haha)
  • Blackout dalam train termasuk aircond rosak
  • Banyak kutu-kutu train (Penyibuk yang suka berkeliaran dalam gerabak orang lain)
  • Penjaja/penjual dalam train yang banyak kali lalu (jual air,kacang,nasi lemak)
  • Tempat duduk tertukar,kadang-kadang nombor seat sama (kesilapan teknikal tiket)
  • Toilet yang kurang enak (lelaki masuk toilet perempuan,perempuan masuk toilet lelaki)
  • Terkunci dalam toilet,tak boleh bukak pintu. Selak pintu tu bermasalah kot.
  • Ramai yang suka berjalan-jalan.Ada yang jatuh banyak kali sebab tak seimbang
  • Bising kalau ramai sangat budak-budak dan keluarga yang angkut satu lori naik train. 
  • Beg-beg kat atas jatuh ke bawah menghempap kepala.Nice-nice.haha
Kebiasaannya,kami budak-budak pantai timur disediakan 1 koc,dalam 30 seat supaya senang dan terjamin keselamatan.Tapi mesti akan campur jugak abang/kakak dari UTM Skudai/Sekolah Teknik/Maktab Perguruan.Perjalanan hampir 12 jam tu menyebabkan perasaan cukup muak dan bosan.Tapi seronok sebab boleh lalu semua tempat,Kelantan,Pahang,N.Sembilan,Johor dalam satu malam.Paling best,boleh tengok benda-benda hijau.Maklumlah,train lalu dalam hutan dan gua.Pengalaman tu tetap tak boleh lupa sampai sekarang.Dan sekarang selalu pulak naik bas.Agak-agak lepas ni,boleh naik flight selalu pulak kot?haha

p/s : Blogger-blogger pun mesti banyak pengalaman jugak kan?Jom kongsi

4 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

Xpenah naik train.. tp org ckp bosan sbb lama gile...

asrama sy kat besut je.. jd pasir-puteh - besut stengah jam je.. xde ape yg seronok...hehe

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Memang busan..kalau 12 jam tu..bayangkanlah mcmana rasenya..haha
hehe..asrama tu dkt je dengan bukit keluang kan?bestnye....

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

Aah mmg kat bukit kluang pun... tiap2 hari leh gi pantai...hehe

awk naik train tu sorg2 je ke?

MeM nak kurus said... Reply To This Comment

salam perkenalan...
mus dulu masa study cuma naik bas ngan komuter jer..ketapi gak kan..hehe..apapun kalau naik tren mesti nak membuta..hahahahahahah

Lilypie Angel and Memorial tickers