Tuesday, November 9, 2010

Jom kawin!

Apa tunggu lagi???Jom kawin!!!!

Ya ampun,Cik Ila tak tau gambar siapa ni.Jumpa dalam facebook!
Bukan Cik Ila yang edit tau.Ni betul-betul terjumpa!
Awat la lagu ni...
Dah,sudah!!!! Cik Ila bukan nak komen pasal gambar ni,tapi nak share 1 benda,
tengok ni... 
KOTA BHARU, 9 Nov: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini.

Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan.

Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di talian 09 7476568 atau 013-9846913 atau 013 – 6946911 dan tarikh tutup 15 November ini.
 p/s : Pada yang rasa nak kawin tu,jom la!!! hehehehe

5 comments:

suria lekatlekit said... Reply To This Comment

elok la tu..awat la kat kelantan.. cuba kat kedah masa bulan 6 aritu. konpom cheq dapat jimat

SyerAgh said... Reply To This Comment

jom~!! nak no ic nak dftar.. leh?

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@THE LEKAT LEKIT STORY

hahahaah.btui2..depa kasi kawin kt kelantan..kalu tak,sat g depa p kawin kat siam..

@SyerAgh

jom! sekarang.hahaha

Redbloodsnow said... Reply To This Comment

miahahahaha...tergelak setan lah zie tgk muke pengantin pompuan di edit gtue...kahkahkah. siapeeee lah yg punyer idea nih ah :D

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@ Redbloodsnow

kannn???hahaha..ila jumpa kt fb la zie..sape punye keje la kan..hahaha

Lilypie Angel and Memorial tickers