Thursday, November 18, 2010

Kenapa perempuan suka diet?


Wanita dan kurus tak boleh dipisahkan.Lumrah seorang wanita mahu badan yang perfect,yang cun melecun dan pinggang yang ramping bagai kerengga.Kenapa perempuan mahu diet?Cuba korang check,ada tak di kalangan korang yang bagi alasan-alasan macam kat bawah ni;
  •  Senang pilih baju.Banyak baju cantik tapi sizenya kecik.Susah pulak nak berfesyen!
  •  Pakwe komplen cakap awek dia gemuk,so kasi diet la.
  •  Kawan-kawan cakap aku gemuk.Tiap-tiap hari kena ejek.
  •  Diet sebelum kena penyakit bila tua nanti.
  •  Dah ada anak,body makin kembang,laki usha orang lain.Tak boleh jadi.Kena diet!
  •  Bila body lawa,nanti orang puji.Mesti ramai peminat.Ahh..tekad,mahu diet!
  •  Kalau time muda dah gemuk,bila tua dan beranak pinak,lagi gemuk.oh no!
  •  Nak diet sebelum kawin,nanti baju pengantin tak muat (bakal pengantin buat alasan)
  •  Bila jalan-jalan,orang pandang.Err...gemuk sangat ke aku ni?Tu belum lari 100m lagi.
  •  Makanan takde,diet la senang.Nak cari makan,malas pulak nak keluar or masak.
  •  Aku ekonomi sket.tak makan pun takpe.On diet.Duit simpan,buat beli benda lain. 
Nah,banyak kan sebab dan musabab nak diet.Mana satu niat di hati pun tak tau.Yang pasti,diet tak salah.Tapi ramai orang yang salah konsep bila diet.Diet bukan tak makan!!! Diet adalah mengawal pengambilan makanan dengan teratur.Tak makan tu menyeksa perut namanya.Kang tak pasal-pasal kena gastrik.Haaa!!! Bagi Cik Ila,tak kisah la nak diet ke tak,tapi cuba aktifkan diri bersenam atau buat perkara yang menyihatkan badan.Kalau setakat control makan,tapi malas nak bergerak..hmm..sampai sudah pun duk tang tu jela.
Diet pun diet jugak,kesihatan mesti jaga tau!!!!!!!!!


p/s : Diet..tapi makan meggi..camne pulak tu ye?hahahah

9 comments:

Cik Shidot said... Reply To This Comment

sy diet hanya bila trase perlu..bila badan dah mula trase keberatan nye..then, da trun, makan dan makan lagi.. :) atenye,mmg hobi suka makan..heeee..

Anonymous said... Reply To This Comment

MDT pun dulu amalkan mcm tu..diet tp mkn megi..kehkeh!

lg 1, selalu amalkan..lepas mkn nasi, niat esok nak diet..haha!

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@shaza

ololololo..bestkn hobi suke mkn..same mcm cik ila..hik3..

@MDT

wahh...tp xpe..MDT cmne2 pn,tetap vogue gtu! :)

suria lekatlekit said... Reply To This Comment

tak merasa nikmat berdiet.. yg slalu cr supliment nak tambah selera makan & nak maintain berat badan yg senang susut susah nak naik jer

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

wah..bestnye gitu....
bleh mkn byk2...kn?

Anonymous said... Reply To This Comment

hahahha'suke pompuan kurus
bkan kurus kering

Cik Bulat said... Reply To This Comment

kurus sgt x lawa..:P

SyerAgh said... Reply To This Comment

kAmu diet atau x? haa

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

tak pernah lg..akan dtg,diet gk kot.ahaha

Lilypie Angel and Memorial tickers