Friday, January 28, 2011

Aku dan KWSP

Aku sekarang berada di bangunan KWSP.Chup,bukan urusan KWSP tapi urusan ber'online'.Kenapa aku di bangunan ini?Sebab library aku 1 bangunan dengan KWSP,itulah jawapan aku yang sebenar-benarnya.Gara-gara internet yang cukup semput,aku lari datang ke sini --> Sebenarnya aku ke Kangar untuk membeli barang-barang sebelum pergi kursus esok.Singgah di library untuk online sat..Jap lagi aku balik la!

Ye.Esok aku pergi kursus.Untuk maklumat lanjut,tunggu aku pulang hari Isnin nanti.Sampai-sampai je kat Kangar,aku jumpa bermacam-macam manusia berduyun-duyun balik kampung.Dan aku tengok,majoriti yang balik kampung tu,orang Melayu! haha.
Warga-warga Cina tak ramai sangat.Aku pun tak pasti,adakah kaum Cina masih lagi sedang belajar di library/jumpa lecturer atau sedang mengagihkan limau-limau kepada rakan-rakan yang lain di kolej kediaman sebelum balik?

Yang aku pasti,kawan-kawan sebangsa dengan aku dah ramai yang pulang.Oh,mungkin jiran mereka masyarakat Cina,nak tengok preparation Chinese New Year agaknya.Tapi kalau tengok balik,musim-musim cuti sebelum Hari Raya Aidifitri,yang balik awalnya masyarakat Cina.Mengikut teori aku,agaknya sebab orang Melayu berpuasa,kedai banyak tutup,lapar punya pasal,balik rumah awal la..---> Ini teori aku.

Orang Melayu pulak,rilek je.3 hari sebelum raya buat macam takda perasaan.Bazar Ramadhan pulak makin ramai orang.Teori aku kali ni --> Balik lambat-lambat aaa sket,baru rasa suasana balik kampung! Mm...pastu balik-balik kampung,jalan sesak..pandai-pandai la hangpa bajet masa yek! Haha

Ohh aku lupa,kaum India jugak yang sempoi.Raya dia ke,raya Cina ke,rilek je balik ngam-ngam dengan cuti.Teori aku lagi --->Diorang ni tak cerewet mana,kalau korang senyum kat diorang,confirm diorang senyum balik kat kita.

**Apa yang aku cuba sampaikan ni,kita hidup berbilang kaum,bangsa dan budaya.Setiap kali cuti perayaan,setiap kaum boleh merasa cuti yang sama walaupun berlainan agama.Ohhh,kita kan 1 Malaysia! ;)

2 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

selamat balik kampung... :)

ynn said... Reply To This Comment

semoga slmt sampai kat kg...;d

Lilypie Angel and Memorial tickers