Sunday, December 29, 2013

Selamat Tinggal 2013.Selamat Datang 2014!

Eh,dah lama betul tak update blog.Readers lari ke mana entah? (Ada ke readers?haha)

Tak lama dah kita nak masuk tahun baru 2014.Rasa cepat je masa berlalu.Azam lama tak jugak tertunai.Setiap tahun pun sayang nak tinggal tahun yang dah kita lalui.Sebab apa? Sebab kita makin tua.Hilang sudah masa muda.Hehe

Ikut suka korang la nak berazam apa.Aku tak pernah ada azam.Semua pun terjadi ikut kehendak-NYA.Tapi tahun 2013 ni memang mencabar untuk aku selepas kematian putera sulung yang tak disangka sewaktu dalam kandungan 7 bulan.Setakat ni,tu la kejadian yang paling senang untuk buat aku menangis berkali-kali.

Akur.Redha dan terima seadanya.

Tuhan janji,ada hikmah yang tersembunyi.Pasti ada! Aku tunggu tanpa menyalahkan siapa pun.

Harap-harap ada sesuatu yang terbaik di tahun baru ni.Yang mana boleh lupa,lupakan je segala benda yang tak patut ada dalam fikiran kita.Orang kata,buat semak je simpan dalam otak.Banyak lagi benda lain nak fikir.

Buang je yang tak penting dalam hidup korang!
Tinggalkan je semua.Maksud aku,manusia yang tak mendatangkan manfaat untuk korang.Adik-adik yang masih bersekolah.Cukup-cukup dan sudah-sudah la korang memuja pakwe korang yang korang duk 'papa-mama' sangat tu.Buat serabut wall facebook aku je ber'papa-mama'  kat status facebook.

Ditegur kang,bising pulak kata wall dia,dia punya pasal. Tak kira aku punya meluat ni dah tahap gaban?

Tinggalkan jugak ex-pakwe korang yang tak boleh diharap.Termasuk skandal-skandal korang yang dah basi  tu.Semua tu pun membuang masa je kalau nak fikir balik. Dah nama pun ex,tak yah ingat dah.Cuma ingat satu je bila dh ex ni,pasti ada sebab Tuhan kasi korang kenal.Aku percaya.Hehe

Tinggalkan jugak orang-orang yang korang rasa boleh buat korang rasa cemburu.Khas nya pakwe-makwe yang ada orang ke-3,4,5 tu.Tak ada gunanya duk tunggu dan lihat tiap-tiap hari si dia bersama orang lain.Fokus pada kerja kau je.Faham?

Dah.Aku pun tak tahu kenapa aku tulis entri macam ni.Haha

Ok.Bye.




Sunday, December 8, 2013

Rezeki Awal Disember

Alhamdulillah.

Thanks kepada sponsor ini;


kerana telah sponsor sehelai blouse yang comel, 

ni dia..


Tq2.Jom shopping kat page sponsor ni.Banyak baju cantik tau! 

;)



Saturday, November 30, 2013

Ikan Rebus!

Ada kawan pernah tanya,kenapa aku rebus ikan?

Aku senyap sekejap.

Sebab bukan sorang je yang tanya,dah ramai yang pernah tanya.Lepas tu terfikir eh,tempat diorang ni tak pernah buat macam ni ke? Takkan tempat aku je yang buat.

Ikan Rebus!
Dari kecik,aku selalu tengok ada ikan rebus kat rumah. Mummy akan panaskan setiap hari bersama garam dan asam keping kemudian simpan. Kata mummy,makin lama makin sedap ikan rebus ni.Kenapa buat macam ni? Kata mummy;

"Orang zaman dulu tak ada peti sejuk.Ni satu-satunya cara nak bagi ikan tahan lama.."

Apa yang kita nak buat dengan ikan rebus ni? Eh,macam-macam boleh buat tau. Paling senang,goreng je macam tu.Takyah gatal-gatal nak letak kunyit dengan garam.Dah memang sedap je macam tu,rasa masam masin. Ikan rebus ni jugak boleh buat masak lemak. Tak kira la Masak Lemak Cili Padi ke,Gulai Nasi Berlauk (Kelantan style) ke, Ikan Singgang (Kelantan style) ke, Gulai Nasi Dagang ke.Hmmm..banyak kan?Bergantung kepada jenis ikan la,tak semestinya rebus ikan macam dalam gambar tu je kan?

Lepas ni kalau korang jumpa orang rebus ikan,jangan rasa pelik lagi tau korang2? Hehe

Saturday, November 16, 2013

Happy 1st Anniversary!

Alhamdulillah Ya Allah!

Hari ni dah genap setahun berkahwin.Biasa la awal-awal kahwin semua excited tulis anniversary. Tunggu la 20 tahun lagi,agak-agak ada tak nak tulis entri anniversary,takde kan kan kan?

15.11.2012-15.11.2013

Ingat senang ke nak dapat approval kahwin ni?

Susah kot.Ingat lagi mula-mula aku nak bagitahu parent pasal kahwin.Ketaq lutut cheq.Seminggu aku fikir sebelum tidur,macam mana nak cakap ni? Boleh ke diorang accept? Kalau diorang tak suka macam mana? Kalau dah approve, bila tarikh kawin?Betul ke aku dah nak kahwin?

Haaa..tu dia.Macam-macam ada dalam kepala.Kalau tak silap,bulan April 2012 aku bagitau mummy aku pasal kahwin. Katanya nanti dia bagitau abah. Yang pasti,apa-apa hal pun mesti melalui mummy dulu.Maklum,saya takut pada abah saya!!! Mummy tanya nak kahwin,aku cakap nak kahwin 12.12.12..Tarikh nak cantik aje! Haha.Masa aku bagitau tu,aku kat stesen bas nak balik perlis untuk final year exam degree. Dalam bas seram sejuk.Mesti abah tak bagi.Komfem!

Tak sangka pulak dalam diam,mummy bagitau abah.Abah setuju! Horray! Tapi agak kelakar sebab aku punya la buat habis lambat 12.12.12. Tiba-tiba abah cadangkan 15.11.2012.Wow! Itu sudah bagus. Katanya sempena Awal Muharam 1434.Masa tu menitik airmata aku. Tak sangka dengan mudahnya abah approve!

Dan begitu la kisahnya hingga ke alam perkahwinan pada 15.11.2012 bersamaan 1 Muharam 1434H.

Tak tunang,terus kahwin.

Save bajet la konon.Haha

Mr.and Mrs.Arrogant! ;)

Moga-moga diberkati hendaknya sampai bila-bila.Amin. ;)

Wednesday, November 13, 2013

Berasal Dari Kelantan?

Aku tak boleh tipu yang aku orang Kelantan yang asli.

Bukan orang asli.Orang putih bilang 'pure'.Maksud memang asal dari Kelantan.

Kenapa aku tak boleh tipu? Sebab ada beberapa perkataan yang aku susah nak sebut dengan bahasa melayuuuu nya! haha.Kalau dah sebut dengan bahasa melayuuuu nya pun,bunyi dan nada dia tetap bau budu.Susah nak menyamar kecuali aku avoid guna ayat-ayat yang boleh mengantoikan diri sendiri.

Kadang-kadang aku cuba menyamar,dengan cara tak mengantoikan diri macam statement tadi. Ada yang teka aku dari macam-macam negeri. Heh! Bukan bangga,tapi perasan kejap yang aku sebenarnya boleh jugak sorok sesuatu.

Aku ambil experience dari waktu aku sekolah di johor.

Dari form 1 sampai form 5 hidup di JB.Bukan calang bandar. Bila berkawan dengan budak-budak dari bermacam negeri,aku mudah terikut dengan bahasa-bahasa diorang. Loghat Johor IsyaAllah,aku boleh tolong translate kan kalau siapa-siapa tak faham. Cuma jangan campur perkataan jawa,please! Aku memang  tak belajar bahasa jawa.

Dari sini bermula.

Aku belajar cakap bahasa pasar macam : Diorang,Korang,Kitorang,Ngko,Aku, Benda alah ni, Benda alah tu, saingg, geborr,dan macam-macam lagi yang aku tak larat nak tulis satu-satu.

Yang pasti,kalau bukan aku belajar dari johor,dah tentu aku tak reti pun nak guna perkataan tu kat tempat lain dan rasanya aku akan bercakap bahasa skema seperti : Saya,Awak, Kami Semua, dan lain-lain sebab kat kelantan,mana wujud perkataan tu.

Kat Kelantan yang wujudnya- Aku,Mung,Dio,Kawe, Demo Tu, Sek Dio, Ambo dan lain-lain.

Nampak tak bezanya? Dan sekarang aku di utara. Jumpa benda lain pulak.-Hang,Depa,Kami,Hangpa..

Motifnya entri aku kali ni adalah,penting jugak kita merantau ke tempat orang.Bimbang kalau duduk di tempat sama,pemikiran duk ikut tempat tu jela.Contoh,lahir di Kelantan,sekolah rendah+menengah dia kelantan,kerja di Kelantan.Sudahnya,memang akan jadi anti negeri lain.Dah banyak aku perhati. Dah tu macam mana orang tak meluat? Hidup tak bercampur dengan negeri lain. Jangan la marah kalau orang kutuk awak sebab terlalu kenegerian. Tak pasal-pasal orang lain pun dipersalahkan atas dasar  satu negeri.

Satu benda aku nak nasihat.Berkawan lah dengan semua orang.Berbilang negeri,berbilang bangsa.Jangan sampai orang kata kita sombong,tak bercampur dengan orang. Okeh? babai. ;)

Monday, November 11, 2013

Rezeki lagi.

Alhamdulillah.

Kali ni menang lagi Giveaway dapat barangan make up Simply Pretty. Mula-mula tau menang,ingatkan dapat  produk Simply Siti. Dah terbayang muka Siti Nurhaliza masa tu.

Nak tengok hadiahnya?

Simply Pretty Avon

Tq.Tq.Tq kepada penaja hadiah iaitu Miszz Nadea. Siapa nak macam-macam hadiah boleh join Giveaway di blog MY SECOND BLOG ni tau. Tak rugi,hanya join,follow up dengan due date Giveaway dan buat seperti yang disuruh.Mudah je kan? Meh la join.

Saturday, October 26, 2013

Rumah Baru!

Sejak lepas raya haji,aku dah masuk rumah sewa baru.Agak mencabar sebab duduk sorang-sorang. Tapi aku suka sebab kalau husband datang, tak perlu la merantau ke hotel lagi semata-mata nak bermalam. Fulus pun habis kat situ jek.

Ohh ye,rumah baru ni dekat sikit dengan tempat kerja.So,tak perlu la aku ulang-alik 40km sehari. Penat tekan minyak kereta. Tambah pulak minyak mahal sekarang. Dulu paling cikai isi RM20 naik la 3 bar. Sekarang isi RM20 naik 2 bar je. Makna? 1 bar = RM10.

Ting-tong kalau fikir.

Sepertimana juga ting-tong kepala aku,ada baiknya aku pindah rumah baru walaupun sayang sangat rumah lama yang ada segala kemudahan termasuk bank,stesen minyak,stesen bas dan lain-lain. Kat sini ok,cuma dekat dengan supermarket.Makna? - Setiap minggu aku akan bershopping!

Ting-tong jugak! Adoi

Meh tengok dalam rumah cik puan ila ni;

Macam ni la rupa dalam rumah
Owner rumah ni pun baik hati. Terasa di layan macam anak gitu. Yela,dia perempuan dan baya-baya mak kita gitu. Selalu pesan,duduk baik-baik,jaga rumah elok-elok. Apa-apa hal,contact dia. Kalau ber-sms dengan dia,mesti dia nasihat macam-macam.

Dalam hati aku, 'mmm..mak-mak sangat~!"

Haha. So far,belum ada kes pelik dalam rumah ni.Maklum la,aku duduk seorang saja. Harap-harap, Tuhan jaga aku dan jiran-jiran aku sama. Amin.

Saturday, October 19, 2013

Candy Crush!

Salam Aidiladha walaupun dah berlalu beberapa hari.

Aidiladha pertama sebagai isteri dan balik dua kampung,laki-bini.Siapa nak kawin,sila cari pasangan yang berasal dari negeri yang sama.Sebab? Kalau negeri sama sekalipun,korang akan tetap berebut dan kalah osom semata-mata nak balik mana dulu. Kalau negeri lain,aku tak tahu la! Haha

Selama aku bercuti seminggu,selama tu jugak la aku tak sentuh Candy Crush aku. Memang jahanam semua orang dah level tinggi-tinggi dan disebabkan aku jarang main,semua orang dah tinggalkan aku dengan level tak sampai pun seratus.

Tentang Candy Crush,aku dah tahu kenapa aku lambat naik level.Sebab? - Aku selalu main candy crush kat telefon! Bila aku main kat facebook,tiap-tiap hari naik level. Memang tak aci! Kalau aku tahu dari awal,mesti aku dah level 2++ dah sekarang.Kan? Haha

Pause.

Aku tengok berita kat tv ni.Tunjuk gambar keretapi Bukit Bendera.-Aku tak pernah pergi Bukit Bendera! Damn!

Sambung balik.

Candy Crush.Dulu aku menyampah sebab facebook aku semak orang request life sampai aku pesan kat orang tu,'Aku tak main candy crush,tak payah la mintak dengan aku!'.Sudahnya,aku stress sebab tiap-tiap hari aku nampak request dari kawan-kawan.Disebabkan stress dengan request,aku pun hanyut join sekali main candy crush! Haha

Tapi sayangnya,aku slow sikit main candy crush.Kawan-kawan semua dah level tinggi.Yang aku ni,apsal la susah sangat nak naik level. Aku memang benci bunyi music candy crush bila level failed! Bunyi macam nak boo kat aku je! 

Haih.Buang tabiat agaknya aku ni.Buang masa je.Termasuklah post entri merepek ni.Ok.Bye.Hihi ;p




Wednesday, October 9, 2013

Tahu vs. Tak Tahu

Dalam aku terkejar-kejar untuk siapkan projek Master,aku sangka semua orang dah tahu kisah aku yang kehilangan anak baru-baru ni. Tapi rupanya silap. Masih ada 'seguni' orang lagi yang tak tahu cerita. Dulu awal-awal peristiwa,semua orang yang tahu,diamkan diri dari bertanya. 

Sampai aku laki-bini duk pelik;

"Diorang taknak tanya kita ke pasal baby?"

Dah tak tahu sangat agaknya.Aku laki-bini pun kata;

"Agaknya diorang jaga hati kita takut kita sedih,benda tu kan sensitif.."

Macam tu la kitorang berdua buat kesimpulan.Tapi aku sangka,semua dah tahu cuma tak berani nak tanya atau tunggu masa yang sesuai baru nak tanya.Nak dijadikan cerita dalam 2-3 hari ni,banyak pulak orang yang baru terjumpa aku dan tanya pasal baby.

  1. "Eh,dah bersalin? Mana babynyaaa?"
  2. "Hai Su..Camne,baby sihat?"
  3. "Slimnya lepas bersalin.Baby hantar kat nursery ke?"
  4. "Wah mummy ni..bila nak ajak kita datang tengok baby?"

Dan..banyak lagi.Time ni la mula duk fikir,hmmm...

Rizqi,
Semua orang pun tanya pasal Rizqi.Semua orang pun teringin nak tengok Rizqi. Tapi mama dah cakap dan cerita satu persatu.Semua orang terdiam.Diorang rasa bersalah pulak sebab tanya mama.Tapi diorang tak salah sebab diorang pun tak tahu cerita.Alhamdulillah.Tuhan beri kekuatan pada mama untuk terus tabah untuk bercerita tanpa reaksi sedih sedikit pun.Hmmm..dah hampir 4 bulan Rizqi di SANA.Tentu seronok.Mama tak tahu lagi pengakhiran hidup macammana..syurga neraka pun entah ke mana lagi.Bila la agaknya kita boleh jumpa? 

Kalau la ada medium untuk aku bercakap dengan Rizqi macam kata-kata kat atas,dah lama aku buat.Dan kalau la aku diberi peluang untuk mengandung Rizqi balik,dah lama aku jaga dia betul-betul dan dah lama aku bercakap banyak-banyak dengan dia setiap waktu kalau tahu dia akan pergi.Setiap nafas yang bernyawa ada perasaan dan dia faham apa yang mak dia rasa,kata kawan aku. Aku fikir lagi, agaknya dia tahu kesusahan aku waktu sekarang. Hmm..anak pulak yang berkorban untuk mak.. ;(

Friday, September 27, 2013

Takut Nak Hadap Masa Depan


Kalau macam ni gayanya,aku cakap kat anak nanti,"Mind Your Own Business!".Hahahahah

Kesian kat anak cucu aku masa depan nanti.

Gamaknya dah tak bercakap langsung dengan parents dia.

Parents dia sekarang pun asyik membisu dengan laptop siang malam,

anak cucu apatah lagi.

Takotnya nak hadap masa depan nanti.

Kalau dulu nenek nama Fatimah,Zaleha,Zainab,Khadijah...

Cucu aku nanti jawap," Nenek I nama Suhaila!"

Nampak tak bezanya kat situ? Hehe :p

Saturday, September 21, 2013

Mimpi Baby Boy!

Semalam mimpi sedih dah sayu hati.

Mimpi berdiri kat luar rumah,betul-betul dekat pintu grill.Nampak baby boy tengah tidur dalam rumah tu.Aku panggil baby tu banyak kali.Tiba-tiba baby tu terjaga sambil senyum dan terus datang kat aku. Yang sedihnya,baby tu tak dapat keluar dari pintu grill tempat aku berdiri tu.

Sampai situ je mimpi.Kacau betul dapat mimpi macam ni.Sebab mimpi macam ni buat aku terfikir tentang arwah baby Rizqi,anakanda sulung ku..

Menangis pulak bangun dari tidur.Cepat-cepat text husband cakap pasal mimpi tu.Husband kata,terlampau fikir pasal arwah anak banyak sangat sebab tu terbawa-bawa ke mimpi.Tapi takkk! Aku tak fikir pun pasal baby 2-3 hari ni sebab terlampau busy.

Agak-agak kenapa baby tu muncul dalam mimpi semalam? Uwaaa..Fikiran dah teringat kat baby Rizqi.Ya Allah,tabahkan lah hati menerima ketentuan-MU.Amin. ;(

Thursday, September 19, 2013

Kesejukan!

Sedar-sedar je dah hari Khamis.Cepat betul masa berlalu.Sambil-sambil buat kerja,syiok sendiri pulak snap picture.Harap-harap tak ada CCTV kat sini. Kalau ada memang malu besar la aku duk capture gambar sendiri tiap-tiap hari.



Well,aku sebenarnya kesejukan dalam lab ni.Masa pregnant dulu tak rasa sejuk macam ni sebab orang pregnant kan rasa panas! Sekarang nampak kipas pun aku sanggup kasi slow sebab rasa macam sejuk.Lagi satu,sebenarnya aku gerun tengok kipas level 5! Sebab laju sangat dan aku selalu fikir negatif yang kipas tu boleh jatuh atas kita.

Pernah dengar kes orang kena libas dengan kipas sampai pecah kepala.Nauzubillah.Fikiran negatif pasal kipas jatuh tu logik jugak sebenarnya walaupun dalam hati kata takkan jatuh. Aku dan suami dua-dua memang gerun bila tengok kipas laju.Rela berpanas daripada terbayang kipas jatuh bawah.Uwaaa.menakutkan.

Tak tahu la mana datang perasaan tu sebab tak pernah pulak alami kipas jatuh.Cuma pengalaman angkat kipas tu pernah la.Berat gila!!

Nampak macam kipas tu senang je pusing dalam bilik.Bila tukar kipas,angkat kipas tu rasa macam boleh mati kalau terhempap atas kita kalau kipas tengah berpusing! Fuh,mintak dijauhkan.

Banyak betul fobia kitorang ni kalau korang nak tau.Padahal tak pernah pun alami situasi negatif tu.Nanti lenkali aku cerita.Selamat Hari Khamis semua!! ;)

Friday, September 13, 2013

Selamat Hari Jumaat

Selamat Hari Jumaat

Selamat balik kampung kepada siapa-siapa yang balik tu..

cuti 3 hari guna betul-betul jangan buat benda tak berfaedah macam aku ni.haha

Okeh.

Saja nak tayang muka bersama penaja-penaja untuk aksesori hari ini.


 Shawl Thara : Zyranee Sugarscarf

Brooch "Blogger" : NR Collection

Thanks kepada penaja. ;)

Dahaga ke Lapar?

Tak tahu la kenapa,sejak lepas bersalin ni kurang selera makan.

Kalau dulu,pantang nampak makanan,terus terjah! Sekarang,makan sikit je dah kenyang.Adakah petanda kehidupan diet bakal bermula? Haha

Ramai orang tegur,"Diet eh???" Aku cakap tak.Ceh,tak nak ngaku tu! haha.Aku cakap camni, "Eh,takde la,rasa macam muak pulak makan banyak,cepat kenyang!" 

Tapi memang betul la.Cepat kenyang.Kalau breakfast dah makan,jawapnya tengahari pun kenyang lagi.Kesimpulan,tak rasa pun nak makan sebenarnya.Cuma konfius,dahaga ke lapar? Bila minum air,kenyang  je.

Boleh tak nak buat macam ni. Tengahari tak nak makan.Kata Prof Muhaya," Saya tak makan tengahari,rugi masa!" Nah amek statement dia.Keh3x.Yang penting,suppliment kena ambil.

Ok.Sekarang dah konsisten makan ESP Shaklee.Betul la orang kata boleh buat elok kulit.Sebabnya langsung tak ada jerawat.Muka jadi halus.Putih ke ape ke tak sure lagi memandangkan kulit aku sawo matang.Hihi.

ESP Shaklee jugak buat aku sentiasa rasa kenyang.Teringat masa pregnant.Memang tak boleh langsung makan ESP sebab rasa macam nak muntah bila telan.Bila dah bersalin,masa pantang pun makan time breakfast,memang kenyang.

Eh,dah rasa macam dealer Shaklee la pulak.Tak! Aku pengguna Shaklee,bukan penjual Shaklee.Ok? ;)

Tuesday, September 3, 2013

Perjalanan Master

Ramai jugak yang bertanya..

"Macammana dengan study lepas ni?"

Aku jawap senang,teruskan jela.Apa lagi? Pelik aku.Adakah kerana anak meninggal,aku perlu stop Master?Banyak jugak dugaan dan salah satu dugaan adalah mengadap manusia-manusia seperti ini.Kalau tak kuat semangat,memang dah putus asa.Nasib baik jiwa ni kebal walaupun tak la sekebal mana pun tapi boleh la tahan kebal. Haha

MASTER

Aku rasa berdebar pun tak habis.Aku tak nafikan,masa pregnant pun aku sampai tak boleh nak kira gerak janin semata-mata sebab aku terlalu fokus untuk siapkan Master.Kebanyakkan waktu siang aku adalah untuk Master dan check up baby kat klinik.Balik rumah memang rest habis sebab waktu tidur memang takkan cukup.Ke toilet satu hal,ubah posisi tidur satu hal. Tak cukup masa nak tidur!

Perjalanan hidup masih panjang dan untuk pertama kalinya,ni adalah dugaan paling hebat setakat ini.Kalau bercakap dengan orang yang mengalami nasib yang hampir sama,tentu dia faham. Bercakap dengan orang yang tak pernah alami benda macam ni,memang dia akan tanya kita yang tak masuk akal.

Tak apa,masih ramai yang diuji lebih hebat waktu belajar ni.Kadang-kadang dugaan setiap orang tu lambat.Ada sorang member,waktu dia sambung PhD kat oversea diuji dengan dua kematian ahli keluarga.Wallahualam.Hebat dugaan yang dia hadapi Ujian Allah itu pasti ada untuk setiap manusia.Cepat-lambat,hebat tak hebat je bezanya.

Dan awak yang tengah membaca entri ni.Kalau pernah rasa dugaan hebat,tabahlah menghadapinya.In-Sya-Allah,ada yang terbaik untuk kita semua. Amin. ;)

Sunday, September 1, 2013

Kembali Semula Selepas 2 Bulan.

Assalamualaikum

Alhamdulillah.Dah 2 bulan bercuti bersalin,dan kembali semula ke Perlis untuk menyambung pengajian dan kerja-kerja yang tertangguh sekian lama. Dah tak ada alasan untuk ponteng buat research memandangkan aku dah tak pregnant.Hihi.

Sehari sebelum balik Perlis,sempat singgah ke kubur arwah anak tersayang.Gembira pulak bila tengok pokok yang ditanam atas kubur tu hidup segar.Alhamdulillah,kubur yang segar dan arwah anak yang sedang bahagia di Syurga sana.Puas hati dapat tatap kubur anak sebab mamanya dah nak kembali ke Perlis.Menitik airmata tak payah cakap la sambil cabut rumput yang tumbuh atas kubur tu.

Esok paginya bertolak ke Perlis dengan perasaan sederhana.

Masih sama seperti dulu.Tak ada yang berubah pun Perlis.

CUACA PANAS!

Tak hairan la kalau aku minum air berbotol-botol sehari sebab cuaca kat sini memang panas.Tak pernah jumpa tempat yang panas macam ni. Aku rasa setiap rumah pun pasang air-cond kecuali rumah aku sebab kami menyewa dan faham-faham sudah,siapa nak bayar bil elektrik banyak-banyak kan? Haruslah berjimat cermat.

Mula-mula kembali ke sini,rasa pelik sebab eh,rasa macam badan agak ringan! Kembali jumpa katil empuk dan apa yang best,dah boleh duduk meniarap atas katil.Punya la 7 bulan aku tak boleh duduk meniarap sebab ada baby dalam perut.Sekarang tidak lagi.

Dan,nampaknya lepas ni kena jaga badan sikit.Maklum la,aku rasa program pantang aku dah hancur.Mentang-mentang aku dah lebih 60 hari pantang,dah macam-macam benda masuk dalam perut masa musim raya hari tu. Orang lepas bersalin ni senang naik badan kalau tak jaga betul-betul.Ye ke? Aku rasa la kan.hehe ;p

Okeh.Cukup sampai sini.Nak berehat kejap fikir nak buat apa. ;)

Wednesday, August 21, 2013

Teringat Zaman Belajar Degree.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Keadaan diri semakin pulih.Tak lama lagi genap 2 bulan bersalinkan arwah Ahmad Rizqi.
Hari ni bukan nak cerita pasal bersalin lagi.Tapi waktu busan macam ni mula la teringat zaman belajar degree dulu.Aiseyman,aku bukan top-student sebab waktu dalam kelas aku kurang tumpu perhatian sikit.Macam-macam aku buat waktu dalam kelas dulu.

  • Mengelamun entah ke mana
  • Fikir balik kelas nanti nak makan apa?
  • Suka tengok lecturer,kemudian fikir,apsal la dia ni nak sangat jadi lecturer?
  • Tengok board,apsal tulisan lecturer memang tak cantik langsung? Orang pandai memang tulisan buruk!
  • Tengok slide mengajar,alahai..banyaknya equation.Sumpah,aku memang fail bab-bab equation banyak perlu derive.
  • Tengok lecturer sekali lagi,dan tertanya-tanya,"Dia ajar apa sebenarnya?"
  • Tengok kiri-kanan.Ada kawan yang tengah check hp.Main game la kot.
  • Snap gambar kawan yang tengah tidur.
  • Ada kawan yang sibuk capture slide dan apa-apa yang diconteng kat board.Malas salin punya pasal.
  • Bergosip.Topik kucing gaduh pun boleh jadi isu besar waktu dalam kelas.Gosip pasal status FB kawan pun jadi jugak.Haha

Hah! Tu dia apa yang aku suka buat dalam kelas.Patutla tak pandai.heee..Tapi Alhamdulillah,walaupun banyak hasutan-hasutan tak berguna tu,Tuhan tetap tak ganggu cita-cita aku yang masih menggunung ni.Sekarang,teramat rindu la pulak nak masuk kelas macam dulu.

Aku gila glam yang pakai tudung purple berbaju kurung.
Ni kos lain,tapi aku suka menyibuk sebab semua pun aku kenal.Hehe ;p

Macam tu la orang kata,masa belajar rasa penat,malas dan macam-macam.Bila dah abis baru terfikir rindu la,nak jadi student balik la.Haihhh! Rugi betul jadi budak skema dulu.Kenangan tak banyak untuk ingat.Kalau jadi nakal kan best,boleh ingat semua benda nakal yang kita pernah buat zaman dulu.Hihi. ;)

Friday, August 9, 2013

Aidilfitri dan Hari ke-44 Berpantang!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,pejam celik pejam celik dah raya.Tahun ni tahun pertama beraya sebagai suami isteri.Yeyy! Dah 8 bulan lebih hidup suami isteri dan selama tu jugak aku rasa macam mimpi.Kenapa? Sebabnya,lepas aku kahwin je terus pregnant.Kira terus jadi mak-mak gitu.Sempat jugak lah tahu macam-macam benda pasal baby sebab dalam fikiran masa tu 'ok,lepas ni akan jadi mama!'.Semuanya berubah bila anakanda dijemput Illahi.

Sedih masih terasa waktu ke kubur arwah anak.Adoi..tak mampu nak tahan sebak atas kubur tu.Malu pulak besar-besar panjang pun menangis lagi. Masa ke kubur tu,anak-anak saudara ikut sama. Tau-tau jela budak-budak,kalau kita menangis,dia pulak yang sibuk bagitahu orang yang kita menangis.Alahai..budak-budak sangat! Haha.

Biarkan aje.

Itulah yang aku kata mimpi tadi.Macam mimpi je,semalam pernah mengandung dan tiba-tiba anak dah tak ada.Takpe,InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua ni.Kan? ;)

Ok.Tak nak sedih-sedih dah.

Tentang raya.Hari pertama raya juga adalah hari ke 44 aku berpantang selepas bersalin.Yeyy,dah bebas!
Tahun ni beraya di rumah mertua dan raya ke-3 baru pulang ke rumah mak ayah sendiri.Sob..sob..sedih jugak lah,kali pertama beraya dengan keluarga baru.Rasa macam,'Alahai,dah tak boleh pow duit raya lagi daahhh!" Uwaaa.

Juadah untuk raya tahun ni roti jala bersama kuah gulai ayam.Nampak macam senang buat roti jala kan? Tapi aku yang terketar-ketar sebab sebab 1st time buat kat rumah mertua.Kalau tak jadi,mana nak sorok muka agaknya.Hihi.

Tapi jadi la jugak walaupun buat main-main je.

Menjala main-main.Heee ;p
Bergambar sebelum ke pusara anak tersayang
Raya secara sederhana je tahun ni sebab masih lagi berkabung sejak kematian anak tersayang.InsyaAllah,tahun-tahun depan boleh raya dengan anak jika diizikan Tuhan dan dipanjangkan umur.Ok.Tutup sudah cerita raya kali ni.Dah bagitahu tadi,raya secara sederhana.InsyaAllah,jumpa lagi entri raya pertama tahun 2014 nanti. Jom pergi beraya! ;)

Wednesday, July 17, 2013

Wordless Wednesday #11


Masihkah kau ingat? ;)

Monday, July 15, 2013

Arwah Rizqi dan Hydrops Fetalis


Assalamualaikum.

Alhamdulillah,sudah hari ke 20 berpantang. Emosi masih seperti mula-mula lepas bersalin,perasaan yang tak tahu nak diceritakan macammana,hanya orang yang mengalami je faham.Dah elok rasa ok,kadang-kadang perasaan datang tiba-tiba,mula la kepala ni ligat mencari surah-surah pilihan untuk lupakan perasaan tu.

Seperti kata seorang lecturer aku,berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Thanks buat lecturer yang tak putus-putus bagi semangat hingga ke saat ni.Barulah aku tahu,masih ada insan yang aku perlu dan sentiasa ada saat suka-duka aku walaupun semua orang tahu,aku dan husband duduk berjauhan.
Aku tak harap pada kawan-kawan kalau terjadi apa-apa waktu di sana,aku cuma boleh harapkan lecturer jela sebab aku tau,kawan-kawan pun masih di bawah jagaan parents diorang walaupun semuanya dah besar panjang.

2,3 hari ni aku tak sedap duduk.Rasa macam perlu mencari lagi tentang penyakit arwah Ahmad Rizqi ni. Pernah sebelum ni aku tanya doctor,macam mana kalau aku nak sangat tau apa penyebab sakit dia.Doctor cuma bagi satu jawapan,postmortem baby! Ya Allah,sudahlah hebat derita yang ditanggung arwah Rizqi,aku tak sanggup dia dibedah hanya untuk mencari sebab punca dia berpenyakit.

Sepanjang aku mencari info di internet,aku jumpa satu blog yang menceritakan tentang arwah baby beliau,juga meninggal kerana komplikasi yang sama macam arwah Rizqi.Sedih sebab kisahnya terlalu panjang (part 1-20).Bila baca,aku terdetik dalam hati, “Ya Allah,masih ada orang lain yang diuji sehebat apa yang aku lalui.” Komplikasi penyakit yang sama,kelahiran yang sama dan ditakdirkan pengakhiran cerita yang sama.Subhanallah!

Kalau ada yang sudi nak baca, aku sediakan link blog dia di bawah;












Friday, July 12, 2013

Katakan TIDAK Kepada Perkara Berikut Untuk Next Pregnancy!


1st pregnancy dah setel. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya aku ada pengalaman berharga pernah mengandung dan melahirkan walaupun baby tak sempat lihat dunia.Sepanjang pregnant anak 1st,banyak jugak benda yang aku ambil mudah. Nak kata menyesal tak jugak,sebab dari awal tak pernah sangka kesudahannya akan jadi macam sekarang,berpantang sorang-sorang tanpa anak di sisi.Lagipun, tak pernah ada pengalaman pregnant sebelum ni. 

Untuk mengandung kali ke seterusnya lepas ni,aku berazam untuk TIDAK sambil lewa lagi bila pregnant.Aku ada ingat balik apa yang aku buat masa pregnant anak 1st dulu walaupun aku tak tahu sebenarnya punca macam mana anak aku boleh sakit waktu dia dalam perut. Orang kata jangan lawan atau persoal qada’ dan qadar. Aku bukan tolak takdir, tapi untuk langkah berjaga-jaga. 

Kat sini aku akan list down azam atau pantang larang yang aku reka sendiri based on pengalaman aku sendiri pregnant sebelum ni. (Ni bukan pantang- larang umum ye!) 


AZAM UNTUK TIDAK MELAKUKAN PERKARA BERIKUT KETIKA HAMIL

     1.  Pergi ke saloon untuk buat rambut
  • Orang kata tak boleh buat rebonding sebab bahan kimia tu bahaya.Tapi aku pergi bukan untuk buat rebonding pun tapi still terbau bahan kimia bila orang lain yang buat rebonding kat saloon yang sama.Seingat aku 2x jugak pernah ke saloon waktu pregnant.

     2. Pergi ke Spa untuk sebarang treatment

  • Orang kat spa kata kalau pregnant tak boleh guna mesin laser untuk treatment. Aku turun naik spa kat Changlun 2x untuk treatment muka tanpa mesin laser. Sepanjang treatment tu banyak sangat ubat yang dia letak kat muka.Walaupun semua ubat tu guna ramuan oat dan tumbuhan,tapi siapa tahu kalau ubat tu jugak boleh efek pada baby. 

    3.  Minum susu Anmum Materna 

  • Nurse suruh kita minum susu banyak-banyak.Awal-awal pregnant memang teruja konon-konon susu Anmum jela yang bagus sebab banyak iklan duk kempen minum Anmum.Pernah dengar orang kata Anmum buat baby jadi besar,aku tak percaya. Sudahnya, masa pregnant 7 bulan,baby dah cecah 2kg+ !~ 

    4.  Bergantung pada ubat-ubat klinik

  • Mak mertua kata ubat klinik boleh buat anak besar dalam perut. Aku tak percaya jugak sebab tengok jenis ubat setakat untuk tambah darah dan elak kecacatan baby. Tiap-tiap hari aku makan semua ubat yang klinik bagi. Tengok kat FB, ada ibu-ibu yang cakap,tak payah makan pun taka pa sebenarnya kalau kita dah memang makan benda berkhasiat setiap hari. Dan,baby memang besar,tak tahu apa punca! 

    5.  Yakin pada supplement dan produk yang dijual dan overdose!

  • Masa nak masuk 2 bulan pregnant,aku makan Shaklee.Tengok pada vitamin ni,ubat dia sama macam ubat klinik.Aku makan jugak Shaklee tapi dealer dah nasihat,untuk bulan terawal ni,jangan ambil semua vitamin sekaligus,takut efek pada baby. Aku makan 2-2,ubat klinik dan Shaklee,dah macam overdose pulak ambil ubat yang sama tiap-tiap hari (Shaklee+ubat klinik). 
  • Aku ada ambil AURAWHITE masa pregnant 4bulan+, rasa macam baby suka sebab aku rasa tak lengkap hari-hari tanpa AURAWHITE. Setiap kali sebelum breakfast dan sebelum tidur,aku akan ‘shake’ AURAWHITE dan tidur. 

    6.  Melengahkan masa pergi ke klinik/hospital bila bleeding
  • Masa usia 4bulan, pernah bleeding waktu malam dan esoknya baru aku ke klinik.Bila check,sebab uri kat bawah yang menyebabkan ada spot bleeding. Sepatutnya malam yang kena bleeding tu la kena pergi hospital. 

   7.  Ambil mudah tentang kiraan gerakan janin

  • Disebabkan aku aktif setiap hari,kadang-kadang aku mengabaikan rasa gerakan baby dalam perut. Siang tak rasa sangat baby gerak,malam masa tidur tu rasa banyak kali.Tapi dah memang syarat dalam buku merah, 9pagi-9malam je boleh kira.Kadang-kadang hentam cukupkan 10 kiraan walaupun sebenarnya 10 kiraan tu di luar waktu 9pagi-9malam. 

    8.  Ambil mudah antara beza baby bergerak dan perut mengeras

  • Awal pregnant,aku boleh rasa baby bergerak dan selepas perut aku tiba-tiba membesar dengan sungguh besarnya, dah tak boleh beza adakah rasa keras tu sebab baby gerak atau perut aku yang keras? Yang pasti kalau pergi scan masa perut mengeras,tengok kat monitor memang baby gerak, cuma tak boleh rasa dia tendang,rasa keras je (banyak space agaknya!) 

    9.   Malas pergi scan/check up di klinik swasta setiap bulan.

  • Walaupun kat klinik biasa boleh check keadaan baby, tapi aku lebih bersyukur kerana kalau bukan kerana klinik swasta, aku takkan tahu baby mengidap penyakit sewaktu usia 6 bulan dalam kandungan. Klinik swasta lebih detail untuk check keadaan baby termasuk organ, dan bahagian lain. Syukur kerana Tuhan gerakkan hati untuk aku scan di klinik swasta. 


  10.  Paksa diri buat kerja walaupun tahu tak larat


  • Aku memang jenis tak boleh duduk diam selagi banyak urusan yang perlu dibuat. Tapi silap aku sebelum ni.Aku memang tak larat,tapi gagahkan diri jugak buat kerja,drive sana-sini dan buat kerja rumah. Lepas aku sedar aku dah lemah sangat sebab efek buat kerja,aku pun baring dan tidur tak tentu masa! 

  11.  Duduk di persekitaran tidak sihat

  • Waktu balik kampung,banyak terdedah dengan asap dan debu.Hidung memang boleh tutup tapi udara yang disedut tu kadang-kadang tak berapa bersih. 
  • Masa awal pregnant,ada jugak main dengan arnab dan kucing walaupun seingat aku,tak de la banyak sangat main dengan haiwan tu. Sepatutnya kena jauhkan diri dari semua tu sebab kita tak nampak kuman ada di mana. Takut efek pada baby kena jangkitan kuman. 

Tu la sedikit sebanyak azam aku untuk next pregnancy.Walaupun nampak macam tak ada apa sangat,tapi bagi aku,kena jugak la aku buat macam tu, gara-gara takut pisang berbuah dua kali. Cukuplah dah rasa sedih sejak baby 1st meninggal, dapat tengok muka baby pun sekejap je.Lepas ni kalau rindu pun,kubur dengan gambar jela yang boleh tengok.Tu pun husband tak bagi sangat tengok gambar anak,takut teringat katanya.Memang pun! InsyaAllah,semoga ada rezeki untuk kali yang seterusnya.Amin. 

Sunday, July 7, 2013

Menu Berpantang..

Hari ke-11 berpantang.

Nasi Putih,Ikan Selar Bakar,Sup Ikan Haruan ,Ikan Haruan Bakar,Sup Daging,Daging Bakar,Milo Panas,Susu Anlene,ubat-ubat klinik dan hospital,Biskut Tawar.- Itu jela menu setiap hari. Tak kisah.Makan aje!

Yang dikisahkan cuma ikan haruan tu je..Selama ni kan,kecik sampai besar memang tak jumpa la ikan ni. Kalau jumpa pun time melawat orang kat hospital. Penjaja akan jual anak ikan haruan dalam plastik.Maklumlah,ikan haruan ni kan boleh sembuhkan luka.


Ikan Haruan

Bagi yang tak pernah makan, ikan ni memang tak ada rasa.Tawar je! Kalau buat sup atau bakar,letak garam banyak pun masih tak rasa. Itu aku la.Tak tau la kalau orang lain suka.Hihi.

Sepanjang berpantang ni, mummy yang sediakan makanan untuk aku. Setiap kali aku tanya menu,kalau aku dengar je menu ikan haruan, aiseymen..sah-sah mesti makan nasi sikit. Sebab terpaksa! Boleh je nak makan,cuma tak kena dengan selera.Harapkan dia ubat je aku paksa makan.Kalau terdesak tak ada makanan pun aku fikir 2,3 kali nak makan ikan ni.

Kalau bakar ikan haruan ni,kita boleh tengok isi dia seolah-olah macam melekat seperti gam. Agaknya sebab tu la luka cepat sembuh. Bagus memang bagus,tapi tahan jela rasa tawar ikan haruan. Nak yang sedap,makan la Pati Ikan Haruan! Hehe ;)

Ni la pengalaman pertama berpantang. Agak membosankan bila makan-minum kena jaga,badan nak kena jaga, jalan nak kena jaga, alahai,rasa macam gadis-gadis zaman dulu pulak. Orang kata waktu berpantang ni, pantang la betul-betul nanti menyesal bila dah tua.

Oklah,nak pantang betul-betul.

(Entah tahan ke tidak nak jaga makan minum semua ni sampai habis pantang).Hehe ;)

p/s : Nak share pengalaman,rupanya set Shaklee tu memang betul-betul menjadi waktu berpantang ni.Jangan  was-was nak guna produk Shaklee ok. Aku bukan dealer nak promote Shaklee,tapi sekadar nak share pengalaman lepas guna Shaklee hampir 8 bulan.. ;)




Wednesday, July 3, 2013

Toksin Dalam Badan.

Sebelum dan selepas..

Sekarang perut dah kempis.Kalau dulu Ya Allah,semputnya Tuhan saja yang tahu.Sekarang bukan main,sekeping balik badan,rasa macam makin slim daripada zaman bujang. Ke mana lemak semua pergi? Ke dah buang masa bersalin hari tu? Ke mana hilangnya lemak?

Jadi selama ni agaknya toksin banyak dalam badan..

Masa pregnant minum banyak sangat air.Setiap masa pun haus. Tak kisah la banyak kali kencing pun, nak air jugak! Berliter-liter air pun tak kisah.Memang suka minum air masak. Toksin pun dah keluar dari badan masa kencing dan berpeluh.Tapi semenjak lepas bersalin ni, kenapa agaknya,tak rasa dahaga sangat pun? Padahal cuaca boleh tahan panas. Nak minum air pun cepat kenyang. 

Jangan ler toksin makin banyak lepas ni...

Bila check balik tanda banyak toksin,rasanya tanda ni memang ada sejak dulu lagi.Cuma waktu pregnant je tanda-tanda banyak toksin tak la banyak mana.Kalau macam tu, kena rajin pregnant la.Hehe ;p

  1. Kerap sakit kepala.
  2. Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
  3. Susah bangun tidur.
  4. Bahagian keliling mata gelap.
  5. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  6. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
  7. Sinus.
  8. Berat badan meningkat.
  9. Kehadiran selulit.
  10. Masalah jerawat dan banyak lagi.

Kalau korang ada tanda di atas, banyak toksin la tu jawapnya.Cara tak nak bagi banyak toksin,aku rasa tak perlu pakai petua. Cuma perlu aktif dan minum banyak air masak je. Kalau kita perhati, semua benda dalam hidup kita, tak kira la..nak cantik ke,nak sihat badan ke,nak kuruskan badan ke,semuanya kena minum air masak banyak-banyak.

Produk-produk yang dijual pun,bukan nak kata tak berkesan. Tapi kebanyakkan syarat dia memang macam tu, BANYAKKAN MINUM AIR MASAK.Kalau orang mengadu produk tak berkesan, si penjual akan kata, mesti tak minum air banyak-banyak. So? 

Abaikan jela produk-produk tu. Minum air masak banyak-banyak. InsyaAllah,cantik,sihat,cergas dan yang penting jimat. Hihi ;p




Monday, July 1, 2013

Ahmad Rizqi Dalam Kenangan...

Assalamualaikum.

Rasanya kawan-kawan terdekat dah tahu tentang berita kematian anakku Ahmad Rizqi di dalam kandungan yang berusia 7 bulan.Usah dipersoal lagi macammana boleh meninggal.Dah sampai ajal,Tuhan lebih sayang Ahmad Rizqi,pergi jua mengadap Illahi.

Sekarang, hidup perlu diteruskan.Walau perit, walau sedih sekali pun,dah ada gunanya nak meratap.Soalnya kalau meratap,sampai bila?

Setengah orang kata,

"Kalau Tuhan bagi ujian ni pada aku,belum tentu aku boleh kuat macam kau!"
Aku tak pulak rasa megah bila orang kata aku kuat. Sebab dia bukan tahu setakat mana aku mampu kuat. 

Aku cukup rindu zaman mengandungkan Ahmad Rizqi.Rindu nak usap perut,cakap-cakap dengan Ahmad Rizqi dalam kereta,sebelum tidur dan waktu aku perdengarkan dia ayat-ayat suci Al-Quran. Rindu jugak perasaan ada Ahmad Rizqi menendang perut setiap masa.Cukup rindu itu semua.

Selama ni 7 bulan ke sana ke mari membawa perut.Alahai.Rindu dengan soalan, "Dah berapa bulan?" Ohhh,betul la kata orang,bila kita dah bersalin,kita akan rindu saat kita mengandung dulu.

"Mama rindu saat-saat mengandungkan Ahmad Rizqi!"

Orang bagi semangat,lepas ni mesti senang nak mengandung lagi.

Wallahualam.

Aku tak menolak rezeki kalau ada.Cuma,biarlah masa yang tentukan nanti.

Ahmad Rizqi sedang dikafankan

Ahmad Rizqi selesai dikebumikan.
Anak Mama,
Bergembiralah anak di sana. Kita hanya sempat bersama selama 7 bulan dan mama hanya sempat menatap wajah Ahmad Rizqi cuma 2 kali sahaja- Pertama kali selepas Ahmad Rizqi keluar dari perut dan kali keduanya semasa Ahmad Rizqi telah dibalut dengan kain batik,untuk dibawa pulang dan disemadikan di kampung abah,juga selepas mama selesai bersalin,masih di katil bersalin hospital.Lepas tu mama dah tak tengok lagi putera mama..... ;( 
Hanya abah yang mengiringi Ahmad Rizqi semasa urusan mandi,solat jenazah dan di perkuburan. Mama bagi peluang untuk Ahmad Rizqi bersama dengan abah pula.Mama masa tu masih di wad. Ahmad Rizqi saling tak tumpah seperti muka abah. Sekarang kalau mama rindu, mama cuma perlu tatap wajah abah saja...


Saturday, June 29, 2013

Kisah Anakku Part 5


Selasa- 25 Jun 2013.

8.00pagi-Wad Merpati 1

Hari yang penuh dengan tanda tanya. Adakah esok masih ada untuk aku? Atau ditakdirkan hari ni hari terakhir aku melihat dunia? Wallahualam. Aku sudah bersedia untuk hari ini. Andai aku dijemput Ilahi, aku berdoa pada Tuhan waktu sekarang ni,hapuskanlah dosa aku sementara masih ada waktu ni.
Ubat dah dimasukkan berupa tablet. Kata doctor,bukaan baru 2cm.Kena baring selama sejam tak boleh buat apa.Lepas sejam barulah aku dapat makan dan berjalan ke sana –sini. Nurse asyik tanya,

 “ Awak tak sakit lagi?” 

Jawap aku, “Tak ada lagi..”Aku fikir,agaknya anak pertama susah nak rasa sakit awal kot,ramai orang cakap macam tu. Sampailah ke tengahari tetap tak jugak sakit.

Lunch hari tu nasi ayam. Sedap pulak menu hari ni. Aku makan sebab takut tak sempat nak makan sebab nak dekat pukul 1 dah,waktu melawat. Nanti suami datang.Yeyy! Lepas makan boleh pulak aku tertidur sekejap sampai la suami datang tu aku tak sedar. Aku sedar bila dengar dia  tanya kakak katil sebelah, “Dah lama ke dia tidur?” Kakak tu kata, “Tak lama,dia kenyang la tu lepas makan,tu yang tertidur tu agaknya.” Aku pun bukak mata. Ohh suami,betapa kesiannya tengok dia menunggu sekian lama kat hospital. Dia tanya dah sakit ke belum. Aku kata belum lagi. Siap bincang lagi, kalau tak rasa sakit macammana? Boleh ke nak operate keluarkan baby? Pendapat aku,silalah bincang dengan doktor sebab aku sendiri tak tahu macammana.

2.00 Petang


Waktu melawat pun habis. Suami pergi ke kaunter nak tanya boleh ke tak buat operation. Doktor kata operate tu untuk kes kritikal nak selamatkan baby. So kalau kes macam aku ni kiranya tak patut buat operation sebab baby pun dah meninggal. Ok. Akur dengan kata-kata doctor. Sejak waktu tu, aku rasa perut lain macam. Haihh,jangan kata sekejap lagi nak beranak.Aku pergi toilet dan solat zohor siap-siap sebelum doctor ‘check laluan’ nak tengok berapa cm bukaan. Perut tak sedap.Nama dah kena panggil check bukaan.Nahhh, dah 3cm..Kalau 4cm dah kena standby kat labour room.


Ya Allah. Permudahkan segalanya.

Aku cuma baring je.Aku rasa contraction tapi tak sekuat mana. Ibarat macam senggugut yang biasa tu. Aku boleh tahan lagi tapi tak larat nak pergi mandi,macam nak kena baring lama je ni. Makin lama makin kuat pulak. Sampai la ke waktu melawat pukul 5 petang. Aku layan tak layan je suami sebab aku dah rasa contraction kuat daripada yang tadi. Kesian suami,macam tak dilayan.Pukul 5.30petang,aku tak tahan dah.Suruh suami panggilkan nurse. Nurse pulak datang suruh check bukaan lagi. Akhirnya dah 4 cm,kena masuk Labour Room,tunggu sampai beranak.

5.30 Petang – Labour Room

Aku suruh suami pack terus barang aku. Dia pun lepas tu kena masuk Labour Room jugak.
Sampai la ke Maghrib,aku duk sakit macam tu. Nurse dah pasang tiub air kat tangan,dan oksigen kat sebelah untuk prepare. Aku mintak dengan nurse kata nak tidur,dia bagi je. Aku dah mengantuk semacam. Suami pun keluar pergi solat maghrib sekejap. Sudahnya aku sedar dah pukul 9malam,tak nampak pun suami masuk lagi. Lepas tu dia masuk dan katanya dia solat Isyak sekali tadi. Masa terus berjalan. Doktor masukkan ubat induce yang drip tu. Katanya lepas ni contraction akan makin kuat. Ya Allah,macam mana la agaknya nanti. Tak lama lepas tu ada doktor datang dan check bukaan,masih lagi 4cm. Apa yang dia buat? Dia pergi ‘bukak’ laluan tu sampai jadi 5cm, sampai air ketuban pun pecah. Sakit dan peritnya hanya tuhan yang tahu. Tapi demi anak ini, aku kena hadapi jugak.

Contraction semakin kuat. Nauzubillah. Antara hidup dan mati sebab sakitnya hanya orang tu sendiri yang alami. Orang kata induce memang sakit. Jadi doctor tanya nak ubat tahan sakit tak. Aku cakap nak je sebab aku takut sakit melampau. Rupanya guna ubat tahan sakit pun dah seksa, kalau tak guna ubat tahan sakit,entah macammana la aku nanti.

Nurse kata kalau sakit nak datang sedut oksigen dan hembus dalam tu jugak (dalam serkup oksigen). Yang sakitnya lama. Tak sakitnya berapa saat je. Bila sakit tu datang, sedut kuat-kuat. Time ni ada dua keadaan,aku sentiasa rasa sakit dan nak kencing. Tapi sebenarnya tu bukan nak kencing,tu adalah air ketuban yang semakin nak keluar dari perut. Kencing pun guna wayar. Dua kali jugak mintak nak kencing.Tapi tengok pada tiub kencing tu,bukan banyak sangat pun air kencing. Betul la suami aku kata, tu air ketuban,bukan air kencing.

Tanggung la kesakitan sampai la pukul 10malam.Masa tu dah tak daya dah. Aku jadi makin semput. Suami sah-sah dah aku tak layan sebab sakit yang teramat. Ibarat macam nak putus nyawa. Apa yang aku mampu buat, aku selawat banyak-banyak masa tu.Tapi setiap kali aku selawat, aku terbayang dosa-dosa aku sebelum.

Ya Allah.Waktu ni jugak dosa aku diperlihatkan. Sedihnya aku sampai mengalir airmata.Harap-harap masih lagi bernyawa lepas ni. Itu doa aku pada Tuhan.

11 Malam – Labour Room

Aku rasa sakit nak meneran. Tapi aku tak bagitahu nurse pun. Sakit nak teran tu macam kita rasa nak berak, tapi sakit. Aku tak teran pun lagi sebab nurse tak ada. Bila nurse masuk aku cakap dah rasa macam nak teran. Nurse nak check. Dia terkejut sebab dia kata kepala baby dah nak keluar. Dia cepat-cepat pakai apron dan sedia nak sambut baby. Teran la aku sekuat-kuatnya. Lama jugak hampir ½ jam, baru baby keluar. Tu la dia,pengalaman bersalin normal dengan induce. Hanya orang yang rasa je tau sakitnya macammana.

25 Jun 2013 – 11.42 Malam

Leganya lepas baby keluar seberat 2.04kg.Aku dah tak daya. Bibir dah kering sangat. Muka dah macam nak biru sebab kurang tenaga. Doktor dan nurse cuma tunjuk je baby macam tu,tak kasi pun aku pegang. Aku harap lepas ni dapat jumpa balik baby. Tinggal la aku sorang kat katil,suami nak kena setelkan segala borang. Sepanjang tempoh tu..pukul 2.30 pagi baru aku dapat jumpa balik suami. Dia pun dah lembik semacam. Dia tanya aku nak tengok balik tak baby. Aku memang nak tengok,duk tunggu je nak tengok..Ada sorang nurse tu tak bagi,dia kata dia dah siap ikat dah baby tu. Aku cakap aku nak jugak tengok. Mintak dengan nurse sorang lagi, dia bagi pulak.

Subhanallah..indahnya kurniaan Tuhan pada aku dan suami. Cukup sempurna sifat dan anggota.

Si anak yang masih kemerahan,sejuk dan tenang ada kat pangkuan aku untuk kali terakhir. Aku tak boleh buat apa-apa dan hanya dapat kucup dahi dia untuk kali terakhir. Aku pasti rindu pada anak ini lepas ni.Anak ini bakal dibawa pulang ke rumah suami di Bachok untuk disemadikan di sana.Sebak dada seorang ibu,bila itulah kali terakhir dapat lihat si anak. Hanya dua kali sahaja dapat tengok. Cukuplah kata hati aku. Bimbang kalau lama sangat menatap, aku akan rasa kehilangan pulak.

Anak Mama,
Mama namakan kamu AHMAD RIZQI BIN MOHD SAHFIRUL IZWAN yang bermaksud rezeki kurniaan Allah. Walaupun Rizqi dah tak ada, tapi mama pilih nama ini sebab Rizqi adalah rezeki dari Allah untuk mama dan abah.Satu pinjaman Tuhan  kepada kami berdua selama 7+ bulan. Kalau ikutkan mama yang paling untung sebab mama yang paling lama dengan Rizqi. Susah senang hanya kita berdua je yang tahu sebab mama yang mengandungkan Rizqi.
Anakku Ahmad Rizqi,
Orang kata bayi yang meninggal ni suci,tak ada dosa dan ahli syurga,mama dan abah beruntung sangat.Walaupun kami berdua entah ke mana hala tuju di akhirat nanti, tapi anak mama dan abah dah tetap jadi penghuni syurga di samping bidadari.
Subhanallah anak.Cukup istimewa dirimu sayang.Insan terpilih yang dijamin syurga selamanya. 
Tinggal la dirimu sayang bersama bidadari si sana.Bergembiralah wahai anak.Mama tak sempat nak jaga,tidurkan,susukan dan tengok anak mama membesar ketika di dunia.Biarlah segalanya bidadari yang sediakan untukmu sayang.Dan doakanlah kami dihapuskan dosa sedikit demi sedikit dari sekarang. 

InsyaAllah, kita akan bertemu di akhirat nanti wahai anak.Tataplah wajah abah dan mama di sana. 
Wallahualam. 
Allah,cukup hebat dugaan ini. Aku memohon padamu Ya Allah,semoga kau peliharalah anakku Ahmad Rizqi di alam sana. Amin. 




Lilypie Angel and Memorial tickers