Thursday, December 30, 2010

Putaran hidup mengikut musim

Tak faham.Tak faham.Bagi aku,setiap putaran hidup ni ikut musim.Er,maksud aku kita semua la (termasuk la aku).Haha.Semalam bola.Daripada tak kenal Khairul Fahmi a.k.a Apex,tup-tup hari ni semua orang browse segala benda pasal dia,belum kira yang like-like page lagi kat fb.Bukan apex sorang,awek apex pun sama.Tak pasal-pasal awek apex glemer sekali gus meng'up'kan trafik awek apex yang bernama elia tu.Gadis-gadis peminat beliau,sila undur diri.Cari la pilihan lain la.Cukuplah kisah bola sampai di sini saja.Nak cerita lain pulak.

Macam biasa.Aku dah ketagih Sudoku.Macam mana boleh ketagih?Semua bermula bila ada sorang kakak (kakak kandung aku)dan aku pasti nanti dia akan baca jugak entri ni.Dia main Sudoku sebelah aku masa cuti hari tu.Dia minat nombor?Ye..Itu memang pasti sebab dia memang superduper pandai math.Tapi aku kurang pasti selain math dia pandai ke tak...? Dan yang pasti jugak,adik dia yang ni tidak suka nombor-nombor.Kalau ada subjek math,memang rasa beban sangat.Zaman sekolah,kakak offer nak ajar math,tapi aku mesti lari buat benda lain gara-gara cara dia ajar yang menyebabkan aku makin malas nak buat soklan tu.Kalau Math tu orang kira berapa bintang,aku 0.0000001 bintang pun belum tentu dapat bagi utk Math ----> ada ke patut???

Buku Sudoku ni beli kat pameran buku anjuran Popular.Bayar dengan harga diskaun 20%.Time tu ada banyak sangat novel.Dan aku pasti lagi,kalau kakak aku ada,mesti dia beli novel tu.hahaha.Bukan pameran je,siap ada sesi autograph dengan penulis novel.Siapa?Tak pasti sebab aku bukan peminat novel seperti kakak yang sudah bikin 1 mini library kat rumah dengan lambakan koleksi novel yang dia beli.

lokasi kejadian.City Plaza Alor Setar.
Rajin la jugak rakyat kita sebenarnya.haha
Sebenarnya,aku pun tak pasti sampai bila aku layan Sudoku.Biasanya,setiap benda yang aku minat tu,cuma datang sekejap je,jumpa benda lain yang lama ditinggalkan.Itulah maksud aku putaran hidup mengikut musim.Macam musim bola.Macam musim durian.Semua bermusim..

Wednesday, December 29, 2010

Aku cakap salah atau dia yang tak faham?

Pagi tadi,masa lepak-lepak kat meja study dalam rumah,tiba-tiba dengar pintu rumah diketuk..

"Hello..hello....!!"

Dengan penuh semangat,pergi la intai sipi-sipi kat tepi tingkap.MasyaAllah,ade Chinese lelaki rupanya ketuk pintu.Apa la yang dia nak pagi-pagi ni.Kalau ikutkan hati,malas nak bukak pintu,tapi bila fikir balik mana tau ada benda penting,so pergi bukak jugak (kurangkan beban housemate utk berlari-lari kejar nak bukak pintu kan..)

Bukak-bukak pintu dengar, "Hello kakaaaaaaaaa!!! -------> gaya macam David Teo cakap!
Oh,rupanya hang mai nak kutip derma,kerja amal tu.Dia tunjuk sijil siap dengan album gambar lagi muka orang yang terima bantuan.Tengok gambar memang kesian sebab kebanyakan semua kurang bernasib baik,ada yang OKU,ada yang cacat,miskin dan lain-lain.Kiranya dia datang nak mintak sumbangan la. Ok,takpe!
Kemudian,demi menyelamatkan keadaan disebabkan housemate masih lagi dalam keadaan mamai dan tidak berada dalam kondusi yang baik (biasa la hidup student,faham kan?),aku pun tibai la cakap;

"U datang petang nanti boleh.Sekarang housemate ramai takda..Nanti i collect duit,kasi kat u petang nanti..U balik bila? Petang ada lagi? !!"

Pastu dia jawap, " Kita sikalang mau kutip itu barang aaa..boleh kasi itu baju,atau duit ka..atau apa saja."

Aku jawap, " Oic..takpa la macam tu,nanti I collect untuk rumah ni, kalau I nampak U..I bagi la..boleh.U petang ni pukul berapa mau balik?"

Dia terus diam.Pastu aku tengok je muka dia.Banyak kali aku tanya, "boleh tak"????

Lepas tu dia cakap.."Err..kakaa apa cakap?Itu saya talak paham oooo...!!"

Adeh..time tu la pikir..aku salah cakap ke,dia yang tak faham kah?Terpaksa la ulang balik cakap.Penat woo ulang-ulang cakap banyak kali ni.huhu.Tapi nak wat camne,dah dia tak faham,kesian pulak.

Monday, December 27, 2010

Tolong doakan aku.............

Gambar curik kat google
Tahniah Malaysia,menang bola Piala Suzuki 3-0 dengan Indonesia.Haa..tengok,tak minat bola pun,ambik tau jugak! Haha.Dah nak masuk 2011? Ke aku yang baru sedar.Aah,memang baru sedar pun 2010 dah nak habis.Tinggal lagi beberapa hari je lagi.
Setiap kali nak masuk tahun baru,mesti orang tanya azam tahun baru.Emm.jangan ditanya,sebab diri ini tak pernah ada azam yang tekad.Balik-balik cakap,"Nak jadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas!"------------> ayat basi dah oi!

Pencapaian terbaik 2010?Belum mencapai sepenuhnya lagi la arah tuju itu.Harapan cuma satu,biar sedar sket apa yang kita sedang dan akan hadapi.---> Cuba check korang tengah buat apa sekarang??Haaaa!!! Dalam banyak-banyak wish,yang paling nak gelaknya bila ada kawan yang mendoakan aku cepat kahwin.Tq wei.Tapi aku nak kasi habis degree ni dulu.Haha.Tahun depan umur nak masuk 23.Bak kata mummy,umur 23 dia dah ada 2 orang anak!! Ahh..itu kata mummy ----> Harap-harap mummy/mama/mak/ibu korang tak cakap macam ni.........haha

Aku doakan semoga korang semua berjaya dalam 2011 nanti.Semoga banyak la undangan kahwin aku dapat tahun depan.Lepas tu,harap-harap dapat la kembali ke sekolah menengah dulu,maksud aku pergi melawat sekolah ---->sebab sekolah aku sebelah Singapore,jauh sangat,tiket pergi balik dah RM100+ dari Kuala Perlis sebelah Langkawi ni..Sama-sama la berdoa untuk aku@Cik Ila ni.haha

Sunday, December 26, 2010

Bola? saya separa minat je!

Sedih.Betul-betul sedih.Nak buat entri pun kena tanya orang lain nak tulis pasal apa.Kan best kalau setiap hari,setiap jam,setiap minit ada idea nak menulis.Tadi bukak Bloggers Gempak CyberGroup, siap post status tanya nak buat entri pasal apa.Lepas tu,ada yang suruh tulis entri pasal bola.Makkkkkkkkkkkkk....macammana? How? tell me..!!! 
Jawapan senang yang boleh aku jawap,

"Aku bukan suka sangat bola,tapi kalau musim bola,memang suka tengok bola!!!"




Ada tak orang macam aku?Tolong la ada....!! Tau dah.Mesti budak perempuan jugak kan?Adat la tu.Laki majoriti memang suka bola.Perempuan kalau layan pun,mesti tengok pemain bola!hahaha.
Pendapat pasal bola?Bagus sebenarnya tengok bola ni.Bukan apa,korang bayangkan kalau tengok bola kat kedai-kedai,warung-warung,kedai mamak,ramai orang kan tengok bola.Lepas tu,masing-masing yang tak kenal pun boleh jadi kenal kat situ.Tiba-tiba je kan boleh kenal.Bagus ape,kan???haha.Keburukan nya,buang masa (eleh,cakap pandai,mentang-mentang la tak minat)---> ayat utk diri sendiri.Sila jangan marah!
Tapi apakan daya,kalau dah kategori separa minat (kejap minat,kejap tak minat),tak leh buat apa gak..tetap jugak busan tengok.Kat sini taknak kutuk bola,tapi sekadar nak menulis apa pendapat pasal bola.Yang pasti,kita kena hormat pada kesukaan orang lain,dah diorang suka,kau tak suka kau punya pasal la kan?hahahah.

Friday, December 24, 2010

Pernah jumpa kembar korang?


Orang kata,kat dunia ni ada 7 persis muka yang sama macam kita.Emm,tak payah cari jauh-jauh rupanya.Dekat pun dah jumpa.Pengalaman duk kat sini,rasanya dah 4 kali orang jumpa muka sama macam diri ini (ayat perasan lebih!)

Ayat-ayat yang macam fitnah memang banyak(macam jela).Umpama nya,orang cakap terjumpa aku kat situ,kat sini,sedangkan tak pergi pun.Ahh..sedih.Kan fitnah namanya tu! hahaha.Tapi cukup kesian.Sebab apa? Sebab dia silap orang.Rasa nak gelak segelak-gelaknya.Wahaha..salah orang!
Dalam kuliah pulak dulu,pernah campur kelas dengan kos lain,tapi lecturer tu ingatkan yang datang tu aku!Rupanya budak lain.Tapi kesian pulak aku time tu.--> kantoi la aku tak datang kelas sebenarnya! Kesian jugak kat Puan Lecturer, Wakenabeb tiba-tiba! hahaha

Baru-baru ni jumpa lagi sorang.Tak tau la muka sama tang mana.Orang yang cakap.Layan jela! So,kesimpulan.Seronok jugak ada pengalaman macam ni.Dapat tengok reaksi muka orang yang salah orang.Hahaha--->Gelak nakal,tapi tak jahat!


Hai semua.kitorang sama tak?hehe





 

Thursday, December 23, 2010

Hulurkan tangan,ringankan beban.Tolong laaaaa!!

Okeh,korang semua tengah cuti kan?
Saya tak! Saya dah bukak sem sejak 20 Dis 2010.
Sedih?Ohh bukan.
Tak aci? Ada la sikit,sebab orang lain duk cuti tapi yang duk sini duk kalut dengan kelas!
(Padahal kelas tak banyak pun).
Kenapa start awal?Sebab bulan 5 ni nak praktikal.Ada siapa-siapa nak promote tempat LI tak?
Nak mintak banyak-banyak ni.Kot-kot la ade blogger nak offer tempat kerja dia ke yang mana ada department utk student engineering??
Huarghh..

p/s : Siapa nak promote tempat kerja dia,silakan! :)

Wednesday, December 22, 2010

Buaya darat ada kat sini


Orang kata,lelaki buaya darat.Sekali dia "ngap",dia lari.Eh,itu orang yang kata.Kita ambik yang positif,tak semua lelaki macam tu.Kan kan kan? Okeh,kaum lelaki,sila sokong kata-kata tadi.hehehehehe.Tengok pada gambar ni,ada bran tak?Tak bran,jangan berangan!!!

 
Ohh..banyak rupanya kegunaan buaya.Sudahlah nama selalu disebut-sebut "buaya darat",beg-beg kulit pun ambik dari kulit buaya,itik/burung pun nak tumpang sekali la,dapat kepala buaya pun jadi la.. :)

p/s : Mood tidak seimbang.Entri yang takde motif.Maaf.hehe

Tuesday, December 21, 2010

Kalau nak buang air....


Walaupun ni sekadar,tapi cuba bayangkan kalau korang pernah alami situasi macam ni.Tengah-tengah masuk toilet,tengok ada kaum lain yang guna.Cuak tak?haha.Dulu-dulu pernah gak guna toilet kat R&R,ingat kan salah masuk toilet.Tengok banyak-banyak kali dah betul dah toilet perempuan.Tapi yang masuk nya...er...(&%$%&&(@% !!! Entah la..mungkin bukan yang sejati.Korang paham kan?hehe

Monday, December 20, 2010

Kepada semua blogger..tengok ni..

Hari ni nak kongsi sesuatu dengan semua blogger..
Tak kira yang baru atau lama.
Apa salahnya kan,dapat jugak tau sket2 info,sambil belajar.
Okeh,tadi ada blogwalking kat beberapa blog.
Ada yang ok,ada yang sederhana..
ahh..lantak la yang tu tak kisah.Tapi satu ni je...
TOLONG PASTIKAN WIDGET TAK MENGGANGGU!!!

Sebab apa?Cuba tengok ni..
Maaf pada empunya blog
Agak-agak korang,mengganggu tak?
Nampak kan kesan dia.Ni untuk blogger yang suke letak shoutbox hanging kat tepi tu.
Innit punya box tu sangat mengganggu,walaupun boleh minimize,tapi tetap gak ganggu.
So,bila blogwalking,nak jerit kat situ dah malas----> macam Cik Ila! hehe
Harap-harap,blogger yang baca entri ni boleh sampaikan kat blogger yang lain pulak.
Kita sama-sama blogger,mesti saling berinteraksi,kan kan kan??

Beza Tentera darat dan tentera laut

Beza nya,air dan tanah.

Kelakar jugak jumpa gambar ni,tak de la kelakar mana tapi ada logika! Hahahaha
Mungkin betul,mungkin jugak tak.Cuba tanya diorang betul ke tak...

Sunday, December 19, 2010

Mereka yang glamour!

Hari ni bukak paper,tengok nama-nama orang glamour dalam ranking google.Dengar je tak cukup,sebab tak tau ranking tak syiok jugak.Yang kenalnya sorang je.Sape lagi kalau bukan Cik Hanis Zalikha.Lama-lama,jadi artis jugak la gamaknya dia..(kalau la dia nak jadi artis,tapi jadi model cukup la kot).Bersepah-sepah artis kang,takleh cari makan pulak!

Ya.dia comel dan pandai :)
 Okey,ni pulak ranking google yang semua orang sibuk duk sebut-sebut tu;

10 orang yang dicari dalam Google.

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)

p/s : Korang bila lagi nak femes???

Tron Legacy -- best dan berbaloi tengok kat wayang!

Oleh kerana kebusanan melampau di sini.Saya dan kawan-kawan cabut lari ke panggung wayang tengok cerita Tron Legacy! Yes,btul orang cakap 5 star untuk cerita.2jam memang berbaloi habis.Sape plan nak tengok cerita Hantu Kak Limah tu,cancel la wei..tukar cerita.(tapi yang dh tengok hantu K.Limah tu,takpelah kan?hehe)

Program yang best gila!

watak Sam Flynn - Gerrett Hedlun yang hensem bangat!
Design cantik!
Dunia grid dalam software
Light cycle

Olivia Wilde


Pakat mai ramai-ramai tengok cerita ni.Satu family boleh tengok.Semalam sesak teruk sebab cerita ni semua nak tengok.Jangan lupa pastikan panggung yang korang tengok tu ada version 3D...Kalau tengok yang version 2D,kurang cantik sket la gambarnya.Ohh ye,pada yang berminat nak tau jalan cerita nya,boleh tengok kat sini dan baca;


p/s : Berbaloi-baloi..Kagum dengan design software tu,hebat! Macam mana la boleh terfikir idea cipta design tu.bagus! :)

Saturday, December 18, 2010

Saya minat dia dulu..

Ok.Idea ni datang masa tengah reply komen!Jumpa komen ni.Ini bukan sesi mengutuk mahu pun komentar.Tapi nak cerita kenangan dulu;

Tengok circle merah!
Hoh.perkataan dalam bulatan tu mengingatkan saya tentang..? Yeahh..tentang seseorang! Haha.Tapi bukan.Tentang sekolah la.MCKK..atau Malay College Kuala Kangsar,semua orang tau kan?Ada cerita di sebalik tu.Cerita zaman sekolah yang penuh dengan episod kanak-kanak yang gatal.Dulu selalu berangan,konon-konon suatu hari nanti,dapat la pakwe budak MCKK.Mungkin,cerah masa depan agaknya kalu dapat kapel dengan budak sekolah ni yang majoriti kehidupan diorang berakhir dengan seseorang yang bergaya,korporat dan berjaya.--->Ada hati konon,padahal sekolah pun tak abis lagi!

Dalam episod mencari skandal kawan,saya cari medium dan saluran terbaik untuk kenal budak MCKK ni..guna MiRC!!! Masa tu form 2,chatting MiRC je yang femes.Bukak channel SBP,nah kau!! Kacau je.Lepas tu ada la kenal sorang budak ni.Kenal bukan setakat chat..Tulis surat bagai!!! Haha.Nama rahsia.Yang pasti,budak tu sekarang student Medic kat UIA.Kan dah cakap,budak sekolah tu cerah masa depan! 

Logo
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Tambah-tambah pulak,MCKK ni sekolah lelaki dan saya sekolah perempuan,memang suka bab2 ni.eheh.Perasaan gatal datang.Ok.itu cerita dulu.Tapi sekarang,masih terasa hot kalau sebut MCKK,mesti excited! Kenapakah?Awak-awak dan kawan-kawan kat luar,siapa sekolah kat MCKK angkat tangan cepat.Hahahaha.

Timbang berat blog versi ke-2!

Hari tu dah buat entri pasal ni.Hari ni buat lagi.Ye! Timbang berat blog kembali lagi.Dulu gemuk,sekarang makin kurus lagi.Kawan-kawan..website timbang blog kali ni lain dari yang dulu.Tapi keputusan nya,blog Cik Ila lebih kurus murus! Rasa bangga tiba-tiba.Tak dapat badan kurus,blog kurus pun jadi la.Hasilnya ;

Okeh.nak tengok mana satu?

Tapi kan,ekceli -----> koya! Tak paham jugak tengok benda alah ni.Reti tengok saiz je padahal.Kalau nak compare dgn website lagi satu,yang Cik Ila buat dulu..99kB....so,yang ni lebih kurus la kan? ( Boleh tengok previous2 punya entri,ok)
Ahhh..siapa boleh tolong explain cket pasal benda2 kat atas ni.Diulangi saya hanya reti tengok saiz je ok!So,macammana ni..kategori blog,kurus ke gemuk?Saya dah buang segala widget bagai.Kalau tak,dulu ade cartoon kat side bawah..dia cakap.."Hai..follow me!"..hehehe

Friday, December 17, 2010

Tak bosan ke online?

Ada kawan saya tanya tak bosan ke asyik online je?Saya cakap, "Entah..tak bosan pun!".
Dah berapa banyak soalan macam tu ditanya.Rasanya dekat 4 tahun dah kena soal soalan macam tu.Selagi internet tu ada,selagi tu la saya bertapak kat sini (Rasa nak je jawap,"Saya la cipta Internet,sebab tu saya selalu online sepanjang masa!") .Ohh..tak boleh,nanti kena cop tak berinsurans pulak kan?

Tak tau la.Tak pernah pulak rasa bosan.Kalau takda internet tu,macam tak lengkap je kehidupan.Pendek kata,kalau laptop ni kena sorok kat mana-mana,mau menangis beta! Ok,dulu ada friendster dan terkejar-kejar nak bukak sebab nak check testimonial (dulu testimonial,lepas tu jadi comment pulak).Kemudian buat myspace,terkejar-kejar pulak pergi upload gambar (zaman jahiliah,gambar pun merapu,stail amik gambar tepi langsir pun nak upload).Lepas tu jumpa Tagged--> agak kurang menarik,sebab tak best langsung.Setakat register,kemudian tak bukak-bukak sampai sudah.

Facebook?Kenal masa 2007.Masa tu tengah lab subjek Microcontroller.Susah sangat nak run programming,asyik ada error je.Pening sangat,bukak Friendster jap.Ada budak laki cakap,"Buat la FB..best!!".Apa lagi,balik lab tu,terus buat sampai la sekarang,addicted gile!

Tett..!~Berbalik kepada tajuk di atas.Kawan tanya,kalau online bukak website apa?Ok,ni benda wajib bukak; Mail,Facebook,Blogspot..Itu yang wajib dan selingan nya segala jenis newspaper.Agi idup agi ngelaban.Sama je,selagi ada internet,selagi tu online!!

Dulu aku nakal


Hikhikhik.Kelakar la..ada jugak segmen macam ni.Tapi ok ape,sekurang-kurangnya,penuh la jugak blog ni dengan macam-macam entri.Terima kasih pada abg ben untuk segmen ni.Nak join!!!!Dalam segmen ni ada soalan yang nak kena jawap,semua pasal sekolah dulu-dulu;

1. Nama sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk tahun
  •  Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil,Kuala Krai,Kelantan(1995-2000)
  •  Sekolah Tun Fatimah,Johor Bahru,Johor (2001-2005)   
2. Aktiviti ko kurikulum yang korang ceburi
  • Pancaragam & Orkestra STF
3. Jawatan yang di sandang dulu 
  •  Oh..masa sekolah rendah,saya Penolong Ketua Pengawas,masa sekolah menengah,jadi budak biasa je baju putih kain biru.Tapi dalam pancaragam,saya Section Leader.ehem!
4. Nama guru kesayangan korang
  • Time sekolah menengah,Cikgu Ujang Mohd Lazim,cikgu Bahasa Melayu.Suka sangat belajar time BM.hehehehe
5 . Subjek paling disukai dan tak suka 
  •  Suka - BM,Sejarah,Biologi (Saya suka ayat-ayat dan subjek menghafal)
  •  Tak suka - Math dan Addmath (saya tak suka nombor!)
6 . Kawan baik masa sekolah
  • Ada ke? tiada! haha.Saya kawan semua!
7.  Cita cita masa sekolah dulu
  • Doktor/ Ahli muzik ( 2-2 tak tercapai)
8.  Artis feveret masa sekolah dulu 
  • Siti Nurhaliza ( siap hafal lagu&lirik)
9.  Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
  • Bila masuk Pancaragam&Orkestra,banyak sangat merantau luar sekolah,paling jauh pergi Bangkok untuk wakil Malaysia dalam "Symphonic Asian Band Competition 2004" dan ke Singapura untuk "Singapore Youth Festival" di Victoria Hall,Singapore.Boleh katakan,setiap bulan akan ada function di mana-mana sahaja.Segala jenis stadium dah kenal sebab banyak buat performance untuk apa-apa sahaja termasuk pertandingan sejak form 1-5 di serata negeri.
  • Bila ada budak kena rasuk di sekolah.Lebih malang,berlaku dalam dorm sendiri.
  • Bila ada kes pukau! Dorm sendiri jugak.
  • Zaman-zaman bersama kawan-kawan yang banyak ragam.Biasalah,budak sekolah!
  • Zaman sekolah je dapat kekalkan berat badan ideal, 44..45kg! hehe.Tu pun sebab aktif.
  • Terikat dengan disiplin yang sangat ketat dalam pancaragam
10. Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan
  • Saya nak kejar balik yang mana tertinggal.Tak kisah la apa-apa.Nak cari balik semangat belajar,nak pergi sembang dengan semua kawan!
11. Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu 
  • Aktiviti time weekend,banyak ponteng.Riadah,Qiam,Kuliah Subuh adalah benda-benda yang saya sengaja ponteng sampai ustazah sendiri datang kejut! 
  • Selipar saya selalu hilang.So,saya pun cilok la selipar orang lain pulak.
  • Kat sekolah tak boleh bawak hp,saya simpan dan sorok bawah locker,takpun dalam pasu bunga/pokok serai belakang asrama.
  • Saya selalu ketuk pintu rumah warden,lepas tu lari menyorok dan ketuk lagi.
  • Tengah praktis menari tarian kipas dalam kelas senior time prep malam dan terkantoi dengan cikgu.Cikgu suruh menari depan dia pulak! Cikgu tu lelaki ok!
  • Selalu cut turn junior time nak makan.Malas beratur.Ahh.lantak la.janji dapat makan.
  • Cut turn mandi pun wajib.Lantak la! sapa suruh lambat.haha.
  • Suruh budak junior pergi amik makanan (apa salahnya,tlg senior.haha)
  • Pernah join marah kat sorang budak yang jugak anak kpd artis,Kasmadiana.Adik tu nama Dewi Syafiqah.Maaf ye dik.Akak dah mintak maaf kan dulu?hehehehe
Okeh.Rasanya dah habis soklan.Tapi jawapannya tetap takkan habis sampai bila-bila sebab zaman sekolah la paling banyak memori yang sangat best kalau ingat balik.

Thursday, December 16, 2010

Siapa cerewet? Baca ni..

Ish..ish..tak baik naa!


Dalam dunia ni,ada ramai sangat orang cerewet.Lor..pasai pa hangpa cerewet?Pasai terlalu ikutkan perasaan,ikutkan hati sendiri..manjakan diri sangat..Pasai pa nak kena ikut diri sendiri? Mesti la,kalau tak ikut sat lagi tak puas hati!!
Cerewet ada banyak kategori.Malas nak sebut,nanti hangpa takmau baca.Tulis pendek-pendek boleh kot naa?? Hehehe
Dalam dunia kami (dunia Cik Ila),kategori paling banyak sekali adalah cerewet bab makan.Hmm..tak tau nak kata la..ikut selera masing-masing.Tapi nak habaq mai,tak semua yang macam tu..ada je yang tak cerewet langsung (macam Cik Ila)..hehehe :)
Cik Ila tengok orang,kalau pergi mana-mana,ada ja yang tak kena pasal makan.Itu tak sedap,ini manis,itu masin..Cuba makan ja,jangan duk komplen! Mulut tu duk diam awat takleh ka? 
Bawak-bawak la bersyukur sket.Sedap ka,tak sedap ka..apa nak buat,mungkin lain hari jumpa la yang sedap.Jangan sebab tak sedap,terus taknak makan..Selagi dia elok,takda bahan yang membahayakan kesihatan,makan la,jangan duk ikut hati sangat.Kira ok la ada makanan kan?Pepatah Cik Ila;

"Hargai makanan selagi ada,dan hargainya sebelum anda menutup mata!"

Itu bab cerewet makan.Cerewet yang lain,banyak lagi.Tapi ingat,yang cerewet makan,tak semestinya cerewet yang lain.Ada orang,bab2 makan tak cerewet,tapi bab lain yang cerewet.Haaa...selain tu,doa-doa la jugak,semoga hati tu sentiasa rasa puas,sentiasa terima apa yang ada,hargai segalanya dan selalu bersyukur.:)

Wednesday, December 15, 2010

Busuk tapi sedap!

Nyum-nyum!

Ada kawan tanya,budu tu sedap tak?
Oleh kerana dia bertanya pada individu yang tepat (dalam erti kata lain,boleh tahan suka la makan budu kan...),jawapan nya mestilah SEDAP!
Tapi bila kawan tu dengar jawapan tu,dia cakap..
"Eh,bukan tak sedap ke budu? Busuk kan..?Rasa dia macam mana sebenarnya?"


Sekali lagi,jawapan diberi.Tapi tak menjawap soalan,dipersoalkan balik ada la..


"Habis,kalau makan cili...rasa dia apa?Mesti la rasa cili kan? Sama jugak dengan budu...rasa budu lahhh!!!!" Hmm..Jawapan yang sungguh berani!
Lepas pada tu,ditanya pulak faedah makan budu.Sekali lagi jawapan diberi.."Rasa-rasanya,apa faedah makan cencaluk?"Jawapan kasi kaw-kaw punya! 
Ok la,meh sini nak cerita faedah..bukan faedah pun,tapi kebaikan budu ni;


Khasiat Budu;
  1. Kandungan budu memiliki bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser 
  2. Memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain
  3. Mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh
  4. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
  5. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.
  6. Budu merupakan sumber pelbagai jenis vitamin yang tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain 
  • Untuk fakta seterusnya,boleh cari kat wikipedia ok!
    **Moral cerita : Kalau tak pernah rasa,jangan main hentam je dengar orang cakap...rasa dulu kat diri sendiri,baru tahu!

    Monday, December 13, 2010

    Saya persilakan..komposer baru!

    Kata Ana Raffali;

    "Kalau berpacaran
    Jangan tunggu lama-lama
    Kalau dah berkenan
    Jumpalah ayah dan mama.."
     
    Kata Suhaimi Mior Hassan ;
     
    "Boleh pandang-pandang
    Jangan pegang-pegang
    Duduk renggang-renggang
    Bertambah sayang
    Biar malu-malu
    Biar segan-segan
    Kerna malu itu
    Perisai orang beriman..."

     
    Tapi Cik Ila dengar siang tadi..budak-budak nyanyi;
     
    "Boleh pandang-pandang
    Boleh pegang-pegang
    Duduk rapat-rapat
    Bertambah sayang
    Jangan malu-malu
    Jangan segan-segan..."


    Rupanya ada komposer baru,tapi bukan menuju ke arah yang abadi,sebaliknya menuju ke lembah kehinaan dan jalan yang kelam!! Walaupun lagu tu membuai enak tidur-tidur ayamku,rasa jugak nak pergi tampar budak-budak tu.Tidak kerana lagu,tapi kerana suara-suara sumbang itu membutuhkan masa tidurku.Tapi,walau macam mana pun,harap-harap apa yang diorang nyanyi tu ( lirik yang diubah),tak lekat dalam kepala diorang.Sekian.

    Selingan - Budak ni comel kan?
    P/S : Kalau la budak dlm gambar ni tercalon kat mana-mana undian,saya orang pertama yang vote! Sebenarnya nak promote,undilah saya di Blog Pilihan Malaysia 2010...Peserta no.199.. :)

    Diari Sek.Tun Fatimah - Makanan kegemaran di asrama!

    Nyum-nyum! :)
    Kisah di asrama sepanjang tahun 2001-2005..

    Ye..Nasi Lemak! Setiap hari Ahad,breakfast yang tersedia adalah Nasi Lemak.Seperti biasa,slot pengisian untuk hari Ahad adalah riadah,Qiamullalai,Kuliah Subuh,atau Bacaan Maa'thurat mengikut minggu.Seperti kawan-kawan,Cik Ila tak terkecuali untuk makan nasi lemak dining hall yang sedap tu dan dalam masa nak dapatkan Nasi Lemak tu,bermacam-macam halangan yang perlu dilalui.

    Kalau pagi tu ada riadah pagi - Sanggup bangun seawal jam 6.30pg (awal la tu kan?),riadah mula pukul 7pg..Tapi bukan turun riadah dulu..Turun ambik makanan dan simpan kat meja dining hall bersama segelas Teh'O..Kadang-kadang,kalau terbabas bangun lambat,pergi je riadah dulu..Habis satu pusingan larian(riadah kena lari sekeliling kawasan sekolah),bila lari je depan Dining Hall..buat-buat macam tali kasut tercabut.Bila semua orang dah lepas,saya cabut lari masuk Dining Hall dan terus makan Nasi Lemak.Nyum-Nyum.
    Pernah terkantoi dengan bermacam-macam warden dengan alasan yang tak berapa masuk akal..."Cikgu,saya sakit perut,saya tak boleh kalau tak makan sebelum riadah!"

    Kalau pagi tu Qiamullail,Kuliah Subuh - Biasanya orang yang datang kejut,AJK surau!!!! Selalu buat bodoh je kalau orang datang kejut.Pernah sekali,ustazah sendiri yang datang kejut saya di dorm!!!!
    Qiam habis selepas subuh,dining hall belum bukak.Sanggup pulak tunggu pintu tu bukak dan berebut masuk! Itu kalau pergi,kalau tak?? Terjumpa kawan-kawan yang tanya,"eh,ko tak pergi eh Qiam tadi?" Dengan selamba saya menjawap,"Eh,pergi la..tapi pergi lambat,korang dah nak abis baca,aku pun datang la makan terus!" -->ayat penipu habis!

    Kalau pagi tu bacaan Ma'thurat - Ma'thurat ada 2 version,panjang dan pendek.Kalau pendek.emm.bagus..balik awal..kalau bacaan panjang,pukul 7 lbih baru siap.Yang jadi hal nya bila bacaan panjang,senang je..masuk surau,duduk hujung-hujung,kalau boleh amek selipar,letak kat pintu yang paling dekat menghala ke surau supaya senang nak keluar.Kalau terkantoi dengan senior ataupun ustazah,jawap jela; "Nak basuh muka kejap,mengantuk sangat!"

    Kalau pagi tu diisytiharkan takda aktiviti - Sanggup jugak turun makan.Ikut mood,kadang-kadang seawal yang boleh bangun,boleh dapat banyak ikan bilis! Tapi kalau lambat datang,dapat kacang jela..sambal pun sikit je.Timun pun habis.Air Teh'O pun kena angkat ramai-ramai,tuang..baru dapat air..Kadang-kadang..nampak Nasi Lemak siapa entah,tutup dengan pinggan,kalau takda orang tuntut,zapppp! Saya kebas dengan muka tak bersalahnya!Zaman jadi junior,Form 1,2..Senior suka suruh ambikkan makanan dengan tupperware.Okay,bila saya jadi senior,saya pulak suruh junior ambikkan makanan.yey!

    Itu cerita bila makan.Cerita lepas makan pun menarik.Biasanya..1 atau 2 jam selepas makan,semua orang berebut toilet.Arghh..faham kan?Berebut toilet pun satu hal.Kalau toilet full,takda jalan lain melainkan pegi ke blok pentadbiran sekolah dan buang di situ dengan selesa nya..hmm! Kebanyakkan lepas makan nasi lemak,kembali ke katil masing-masing untuk ruangan mimpi seterusnya...


    Perasaan apabila dipuji..

    Comel kan! :)
    Pernah jumpa situasi macam ni.Tak kira la siapa-siapa pun,yang penting reaksi muka dan respon mereka.Kadang-kadang kelakar,kadang-kadang tergelak sorang-sorang.Ni contoh pujian;

    "Awak comel la......!! "

    Tindakan pantas mereka-mereka (atau mungkin terjadi kat diri sendiri kalau terlebih perasan..kuang3).Ini dipanggil tindakan refleks apabila tiba-tiba mendapat respon kurang dari 5 saat.Boleh cuba pada mereka-mereka yang merasakan diri mereka comel.Cuba check,ada tak respon macam ni;

    Si A :  Eh,mana ada.Biasa-biasa je.

    Si B :  Ish..mana ada..awak lagi comel...
    Si C : Comel ke?Saya rasa saya biasa je.Ramai lagi orang comel.Kenapa saya pulak?
    Si D : Merepek la awak ni.Rabun eh???
    Si E : Mengada la tu.Awak nak apa dari saya puji2 ni?  
    Si F : Saya comel?tau takpa!


    Gejala-gejala di atas semakin menjadi-jadi.Awas.Kadang-kadang itu semua trick untuk test anda.Hahaha.Tak kira lelaki mahupun perempuan.Sama sahaja.Jangan silap jawap.Dan sebaik-baik jawapan adalah..;


    "Terima kasih...!!!!" :)


    Kerana ucapan tu boleh merubah fikiran orang yang TAK IKHLAS memuji untuk LEBIH IKHLAS...Tak percaya,boleh cuba!

    Sunday, December 12, 2010

    Lorong Mayat??

    Sebelah sekolah
    Eh..jalan ni memang wujud la!!!! Siapa tak percaya,pergi tengok sendiri kat Padang Temu,Melaka.Nama asalnya Lorong Mayat, tetapi selepas laluan itu dinaiktaraf, ditukar nama jadi Jalan Mayat.Ada cerita kononya penduduk terserempak makhluk halus, hantu bungkus atau pocong, lagi pun,laluan tu memang digunakan untuk mengusung jenazah sejak zaman nenek moyang penduduk.Macam-macam la pulak kan?haha

    “Hanya laluan itu paling dekat kalau nak ke kubur,jarak 2km saja... kalau usung keranda, memang penat sebab terpaksa berjalan jauh. Sebab itulah, jika berlaku kematian, ramai yang akan bantu, orang lelaki bergilir-gilir pikul keranda sampai ke kubur.Dulu, jika berlaku kematian di sekitar Padang Temu, Ujung Pasir, Kampung Ladang dan sekitarnya, jenazah akan dibawa ke Kampung Duyung yang memakan masa antara 30 hingga 45 minit bagi setiap perjalanan berjalan kaki." Kata seorang penduduk.

    Seorang lagi penduduk cakap, tanah kubur di Kampung Duyung itu sebenarnya diserahkan oleh pemiliknya berketurunan Cina kepada penduduk kampung yang banyak membantu mereka ketika perang antara kongsi gelap.


    Sebab tu lah, tanah kubur itu terletak bersebelahan jirat Cina di atas bukit berhampiran Sekolah Kebangsaan Payong. Bukit itu dibahagi dua kawasan, satu terletak kubur Islam dan selebihnya jadi kawasan kubur Cina.Laluan itu jugak sebenarnya menghala ke tempat bersejarah, Perigi Hang Tuah yang sering menjadi tumpuan pelancong.Apa lagi,pergi la melawat! hahaa


    ** Sumber Berita Harian- Pada yang tak sempat belek-belek habis tu,baca kat sini jela.

    Ciri-ciri blog yang membuatkan saya malas blogwalking!

    Fuh..dah 2,3 hari buat blogwalking.Hari ni nak cerita sikit pengalaman sepanjang blogwalking.
    Iye,setiap blog adalah tanggungjawab masing-masing.Ada yang menarik,sederhana..tak kurang jugak yang tak menarik langsung.Kat sini nak kongsi pengetahuan sikit pada semua orang,yela kadang-kadang kita tau tulis,tapi tak tahu nak komersialkan(Itupun bagi orang yang memang suka tayang blog).Nak tau ciri-ciri mana yang buatkan Cik Ila tak berkenan kat blog dia?Senang cakap,bila bukak malas nak tengok,tutup terus!!
    • Blog yang tulis panjang sampai penuh ke bawah.Malas nya nak baca!!!!!
    • Content dah menarik,bila time nak follow..keluar banyak box, "Nama sapa?Jangan lupa follow tau"...Ingatkan satu..rupanya ada banyak lagi box.."Dah follow,jangan lupa komen tau.."....dan lagi..."Nanti shaye follow jugak ye.muahh.."
    • Blog asyik cerita pasal dia je."hari ni makan nasi lemak."Kalau tak pun,pasal bf/gf dia.
    • Blog dia berat.Segala jenis widget penuh.Belum kira gambar-gambar kat side bar lagi.Loading lambat sangat.Seminit,baru kuar header...Ahhhh!
    • Blog dia kemas,tapi background cartoon..Alahai...
    • Bahasa yang tak sesuai.Contoh: Dia seorang perempuan,tapi bahasa dia.."Gua nak cite kat lu bai..tak rugi lu komen page gua ni..." Gua mana,Gua Kelam? Gua Musang?
    • Blog dia silau...Terang benderang.Pening tengok,tutup jela.
    • Widget dia menganggu shoutbox.Lebih-lebih lagi Innit punya box.Selalu keluar.Ramai yang stail buat shoutbox kat tepi,pastu sangkut dengan Innit Box.
    • Blog dia bising.Lagu kuat sangat.Kalau bukak 2,3 blog lain serentak,yang semuanya ada lagu..boleh bayangkan tak macamana bunyi nya??????
    Ok-ok..cukup! Itu je yang utama. Yang lain-lain boleh terima.Tapi yang ni..arghhh..betul-betul mencabar mood Cik Ila.Jangan terasa pulak ye.Kadang-kadang,niat kita ikhlas nak bantu.Mana tau,satu hari,blog korang jadi femes ke?Blog Cik Ila pun cikai jugak.Ni pun,banyak idea nak ubah layout dan segala macam benda.Cuma masa je tak berapa nak cukup.Harap-harap lepas ni ada yang memahami apa yang Cik Ila tulis.

    Saturday, December 11, 2010

    Mr.Bean dan keluarganya.

    Time kecik-kecik,ni la salah satu cerita lawak dalam TV.Rela tengok banyak-banyak kali,tak pernah bosan.Ada kawan bagi teka-teki...

    "Kenapa watak Mr.Bean tu seorang yang bodoh dan tak tau apa-apa?"


    Jawapan pada soalan tu,


    "Mr.Bean sebenarnya makhluk asing yang jatuh ke Bumi (ingat tak permulaan cerita,yang dia tiba-tiba jatuh kat tempat terang dengan iringan lagu tu)..Sebab tu la kat Bumi,dia tak tau apa-apa."


    Entah betul ke tidak,Cik Ila tak tau.Kawan yang cakap macam tu.Tapi logik jugak jawapan tu kan?Kepada peminat Mr.Bean kat luar sana,boleh check biodata idola korang kat sini,tapi sikit jela.


    Biodata ringkas;

    Nama : ROWAN SEBASTIAN ATKINSON a.k.a Mr.Bean / Row.
    Tarikh/tempat lahir : 6 JAN 1955 , Newcastle-upon-Tyne,UK.
    Isteri : SUNETRA SASTRY
    Anak Lelaki : BENJAMIN ATKINSON
    Anak perempuan: LILY ATKINSON

    Mr.Bean dan isteri


    Anak Lelaki - Benjamin Atkinson
    Lily Atkinson

     Sekarang...Mr.Bean dah tua......
    *
    *
    *
    *
    *


    Rambut pun dah beruban.Uncle Bean!

    Friday, December 10, 2010

    Top Universiti di Malaysia 2010?

    Top 4 je.Tak muat nak Print Screen semua!
    Ada orang pernah bukak tak website ni?
    Yeah..
    1. Universiti Malaya(UM),KL
    2.Universiti Putra Malaysia(UPM),Serdang
    3.Universiti Islam Antarabangsa(UIA),Gombak
    4.Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kangar/K.Perlis/Arau

    Nak tau ranking universiti anda? Boleh klik sini...



    Thursday, December 9, 2010

    Agak menggelikan.sekian

    Rasa agak kurang senang menyampah sebenarnya dengan bahasa-bahasa percakapan warga muda (Cik Ila muda jugak,tapi merujuk kepada yang lebih muda!) zaman sekarang.Tak pasti la kan,mungkin mulut ok je,tapi bila time ber'sms' ke,chatting ke..apsal la guna singkatan yang entah apa-apa.Okeh la,singkatan tu memudahkan+menjimatkan masa menulis kan.Maklumlah,semua orang sibuk buat hal masing-masing.Yang terkilan sangat-sangat tu,mana la diorang belajar guna word macam;
    • ta shuke leww - tak suka la
    • jaaat taow   - jahat tau
    • na g anee?  - nak pergi mana
    • shye cht.dye canne? - Saya sihat.dia macamana?
    • ari2 da kc kte dy  - Hari tu dah kasi kat dia...
    Seindah hiasan hanyalah wanita solehah.- caption tak berkaitan-maaf!
     Serabut.serabut!! Nak kata menyampah tu,kejam jugak.Kata mengada-ngada kang,ada yang marah.Nak kata apa pun tak tau.Macam ayat pemalas.Sorry kalau ada yang terasa.Manja pun manja jugak.Takkan sampai ke bahasa pun jadi manja?Alahaii..dik non.ok.buat la nk buat singkatan pun,tapi jangan la sampai si penerima tu malas sangat nak baca word pelik-pelik tu.Cuba tulis dengan jelas,tak perlu la nak tulis skema sangat sampai nak kena eja satu-satu kan?Si pembaca pun faham,senang hati nak baca.Kang baca pelik2 ni,muak pun ada.Kadang-kadang bahasa nampak manja,tapi kat luar sebenarnya garang gile!!! Hmm..

    Wednesday, December 8, 2010

    Blog korang berat,malas nak bukak.Loading lama sangat!!!

    Sebenarnya kan..
    tau tak?
    kelajuan internet tu mempengaruhi Cik Ila untuk menulis blog.
    Bayangkan lah,bila time maghrib2 macam ni,baru laju..Pukul 8 kang,dah.ting tong.
    Sabar jela!
    Lepas bangun subuh,mak aii..klik sekali,terus keluar..sampai pukul 9 lebih...ting tong dahh.
    Cerita pasal laju,Cik Ila sempat menjelajah ke blog orang femes Miza Yusof.
    Excited bila baca post pasal Timbang Berat Blog.Dengan gigihnya,Cik Ila pun timbang jugak.Dan hasilnya;


     Masih kategori separa ringan dan separa berat.Sebab apa? Blog Miza Yusof 
    lagi ringan maa..load time hanya 0.62seconds dengan size 56.79 KB!!!!
    Waaaaa.Okeh.tapi kira ok la kan.Sebab dulu blog Cik Ila lagi berat.Siap ada cartoon2 suruh jadi follower la,kotak kecik Innit yang tak berapa nak penting tu la..ntah apa-apa,padahal takda efek pun!
    Korang nak timbang blog jugak?Shortcut nya ada....

    Tak ramai yang tahu...ada apa dalam Jerusalem.


    Ini ialah "tabut ahdi", peti yang menyimpan baju, tongkat dan kitab taurat Nabi Musa. Ia dihilangkan oleh Yahudi pada tahun 70 masihi ketika Titos, raja Rom timur menyerang Jerusalem. Orang Yahudi menggali di sekitar masjid al-Aqsa mencari dua perkara iaitu tabut ini dan harta nabi Sulaiman. Kedua-dua ini penting bagi cita-cita mewujudkan kerajaan Yahudi Raya dan Tample ketiga mereka. Mereka yakin, tabut ini berada sekitar masjid al-Aqsa atau di bawah al-Aqsa.
     

    Ini pula salib yang diperkenalkan oleh Richard the lion heart, Raja Britan yang bercita-cita menawan kembali al-Aqsa setelah tentera salib kalah di peperangan Hittin. Salib ini menggabungkan kristian dari berbagai mazhab, salib-salib kecil itu melambangkan gabungan lima negara iaitu Britan, Spain, Italy, France dan German. Akhirnya, Richard berundur kerana tidak mampu menandingi kehebatan Salahuddin al-Ayubi


    Ini ialah "manurah". Yahudi akan menyalakannya dengan lilin yang dipasang setiap hari. Tujuh tempat itu merupakan tujuh hari 



    Yang ini pula "Hanukah", setahun sekali mereka akan menyalakannya pada hari perayaan. Ia sembilan hari
     

     Jerusalem dipagar dengan tembok. Hanya boleh dilalui dari 7 pintu yang terbuka. Satu pintu lagi ditutup dan hanya akan dibuka setelah Nabi Isa datang. Dipercayai oleh orang Islam di sini, Kristian dan Yahudi. Bagi Yahudi, yang datang adalah Messiah, seorang lain yang bukan Isa a.s Ini adalah Damascus Gate.
     

    Herod Gate atau Bab Tahirah  


    Ini adalah Bab Nabi Daud, atau Zion Gate. Pintu ini adalah pintu terakhir pertahanan orang Islam ketika Yahudi cuba menawan Jerusalem. Lubang-lubang di pintu ini ialah bekas tembakan peluru peperangan pada tahun 1967 yang menyaksikan Israel mengalahkan lima negara iaitu, Palestin, Syria, Lubnan, Mesir dan Jordan.
     

     Dewan "last supper" . Orang kristain percaya di sini adalah tempat makan malam terakhir Nabi Isa. Dahulunya ia adalah masjid. 






    Di sini terdapat makam Nabi Daud. Ia dijaga oleh Yahudi sekarang. Jika hendak masuk seorang mestilah memakai kopiah. Jika tidak ada, maka ada disediakan kopiah di sini
     

    Makam Nabi Daud. Ia dipisahkan antara lelaki dan perempuan yang ingin melawat. Nabi Daud dianggap raja terhebat bagi orang Yahudi 







    Ini adalah lorong lama di dalam Jerusalem. Ia disebut sebagai laluan Cardo. Laluan ini ialah lorang peniaga.
     

     Peta Jerusalem yang ditemui di gereja Madaba Jordan. Di tengah ialah laluan Cardo. Gereja ini ialah gereja kurun ke lima masihi iaitu sebelum kelahirann Nabi saw  


    Lukisan tample ketiga idaman Yahudi
     


    Menurut kristian di sinilah Jesus di Salib, di kubah biru sebelah kanan. Bagi Islam, Nabi Isa diangkat ke langit dan akan turun kembali akhir zaman.
     

    Setelah di salib, Jesus diletakkan dibatu ini. Bagi Islam, sesorang yang mengkhinati Isa yang telah diserupakan seperti baginda.
     

    Setelah mati Jesus di tanam di sini. Pandangan ini merupakan pandangan semua kristian kecuali Protestan. Ini kerana, bagi protestan, tidak ada kubur zaman dahulu berada di dalam kota Jerusalem. Ia mesti di luar. Bagi Islam, Isa masih hidup dan akan diturunkan kembali nanti
     

     Orang yang datang akan membawa lilin. Lilin akan dimatikan didepan kubur ini. Lilin itu akan dibawa balik untuk menjadi lilin keramat seperti tangkal bagi mereka.
     

    Ketika tentera Islam dapat mengalahkan Rom di Jerusalem, Saidina Umar datang ke Jerusalem ini, beliau di ajak oleh paderi di sini untuk melawat tempat di sekitar Jerusalem ini. Pada ketika itu, masuk waktu asar. Umar dijemput untuk sembahyang di gereja.Umar menolak dan bersembahyang di tepi gereja di atas. tempat Umar sembahyang bersama para tentera Islam di dirikan masjid dan dinamakan Masjid Umar. gambar di atas adalah di dalam masjid Umar.
     

    Umar membuat satu perjanjian bahawa orang kristian di Jerusalem akan dijaga harta mereka dan hak mereka jika mereka tidak bekerjasama dengan Rom dan Yahudi, juga hendaklah mereka membayar Jizyah. Bagi Islam, mereka ada zakat dan bagi orang kafir ada Jizyah. Perjanjian ini terdapat di Masjid Umar hingga sekarang. Ia disaksikan oleh empat sahabat besar iaitu, saidina Khalid al-Walid, Saidian Abdul Rahman al-Auf, saidina Mauwiyah dan Saidina Amru al-Ash.
     

    Dinding Jerusalem pernah dirobohkan tahun 1299 m. Ia dibina kembali pada zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni, Sultan Uthmaniah. Ini ialah makam dua jurutera Islam yang membina kembali dinding kota pada tahun 1541 m.
     

    Betul-betul di tengah gambar ini ialah perkampungan Uzair, seorang yang dimatikan selama seratus tahun untuk Allah tunjukkan kekuasaanya. Kisahnya ada tersebut di dalam al-Quran.
     

    Al-Aqsa dari bukit Mukabbir. Ia dinamakan bukit Mukabbir kerana, di sinilah Saidina Umar dan seluruh tentera Islam bertakbir. Ini kerana, dari bukit inilah, tempat pertama Saidina Umar melihat al-Aqsa.

    **Sumber : E-mail**
    Lilypie Angel and Memorial tickers