Saturday, December 4, 2010

Best jadi student ke,best jadi pekerja?

Seronok time jadi student ke,seronok jadi seorang pekerja?Ada orang tak sabar nak kerja.Ada orang,bila dah kerja teringin nak belajar balik.Korang pilih yang mana?2-2 situasi ni semua Cik Ila dah rasa.Belajar,kerja (padahal internship je pun),kemudian sambung belajar balik.Tapi kan,2-2 pun best sebenarnya.Kerja dapat duit dan belajar dapat ilmu sambil berpoya-poya berjalan-jalan ke mana-mana sahaja dengan kawan-kawan,tengok movie,tidur...Student kan banyak masa!

Tapi tak jugak.Jadi student sentiasa sibuk.Itu pun bagi mereka-mereka yang tahu hargai masa.Yelah,assignment tak menentu.Hari ni dapat,belum siap tup-tup next week up lagi satu kerja (subjek lain punya assignment). Dah la tu,test,kuiz..pun nak kena jawap.Kalau macam Cik Ila yang kategori "Technical University" ni pulak,tambah lagi dengan lab.Setiap subjek ada 2 hours lectures dan 2 hours Lab.Sebelum lab,kena buat Pre-Lab.Nak study Lab lagi,nak study teori lagi! 

Kerja pulak?Kalau office hour,8pagi-5petang,balik tu penat gila kot.Malam-malam tidur awal.Dulu time praktikal,pukul 9malam dah mengantuk.Nak iron baju lagi.Pagi-pagi kena bangun awal,at least sebelum pukul 8 dah ada.Lepas tu mula mengigau, Ubat gigi sapu ke muka,pencuci muka letak kat berus gigi!!

Ohh hidup,tabahkanlah hati.Sampai bila-bila pun tak boleh lupa zaman-zaman jadi student.Best kan?Kepada yang dah bekerja,kerja la rajin-rajin,zaman belajar korang dah lama berlalu..

1 comments:

hamzah ian said... Reply To This Comment

student takyah pikir byk sngt..

Lilypie Angel and Memorial tickers