Wednesday, December 15, 2010

Busuk tapi sedap!

Nyum-nyum!

Ada kawan tanya,budu tu sedap tak?
Oleh kerana dia bertanya pada individu yang tepat (dalam erti kata lain,boleh tahan suka la makan budu kan...),jawapan nya mestilah SEDAP!
Tapi bila kawan tu dengar jawapan tu,dia cakap..
"Eh,bukan tak sedap ke budu? Busuk kan..?Rasa dia macam mana sebenarnya?"


Sekali lagi,jawapan diberi.Tapi tak menjawap soalan,dipersoalkan balik ada la..


"Habis,kalau makan cili...rasa dia apa?Mesti la rasa cili kan? Sama jugak dengan budu...rasa budu lahhh!!!!" Hmm..Jawapan yang sungguh berani!
Lepas pada tu,ditanya pulak faedah makan budu.Sekali lagi jawapan diberi.."Rasa-rasanya,apa faedah makan cencaluk?"Jawapan kasi kaw-kaw punya! 
Ok la,meh sini nak cerita faedah..bukan faedah pun,tapi kebaikan budu ni;


Khasiat Budu;
  1. Kandungan budu memiliki bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser 
  2. Memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain
  3. Mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh
  4. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
  5. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.
  6. Budu merupakan sumber pelbagai jenis vitamin yang tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain 
  • Untuk fakta seterusnya,boleh cari kat wikipedia ok!
    **Moral cerita : Kalau tak pernah rasa,jangan main hentam je dengar orang cakap...rasa dulu kat diri sendiri,baru tahu!

    8 comments:

    Azwan Aziz said... Reply To This Comment

    nama standard budu adalah sos ikan..hehe

    za petrelli said... Reply To This Comment

    suke makan bdu

    absolutely emy said... Reply To This Comment

    saya pernah makan budu.. cuma tak berapa gemar.. mungkin sebab ada alergic kot.. ada kawan tu.. siap makan budu macam makan sup.. :)

    Cik Ila said... Reply To This Comment

    @Azwan : aah..sos ikan..hehehe

    @za : bagus2..sama macam cik ila

    @emy : setengah org elergik makan budu..ramai sgt yg macam tu.. ;)

    CGG said... Reply To This Comment

    adeh..
    tetiba lapo

    Faarihin said... Reply To This Comment

    belum pernah lagi rasa budu tu.. teringin nak rasa.. (^__^)

    kembatolo™ said... Reply To This Comment

    gua meman hangi kalo ade orang hina budu..kasi dye teguk budu baru taw best ke tak. harharhar

    AKO @ retna said... Reply To This Comment

    psstt makan CILI tentu rasa PEDAS tapi klu makan BUDU, rasa apa???

    *garu dagu* ;-)