Sunday, December 12, 2010

Lorong Mayat??

Sebelah sekolah
Eh..jalan ni memang wujud la!!!! Siapa tak percaya,pergi tengok sendiri kat Padang Temu,Melaka.Nama asalnya Lorong Mayat, tetapi selepas laluan itu dinaiktaraf, ditukar nama jadi Jalan Mayat.Ada cerita kononya penduduk terserempak makhluk halus, hantu bungkus atau pocong, lagi pun,laluan tu memang digunakan untuk mengusung jenazah sejak zaman nenek moyang penduduk.Macam-macam la pulak kan?haha

“Hanya laluan itu paling dekat kalau nak ke kubur,jarak 2km saja... kalau usung keranda, memang penat sebab terpaksa berjalan jauh. Sebab itulah, jika berlaku kematian, ramai yang akan bantu, orang lelaki bergilir-gilir pikul keranda sampai ke kubur.Dulu, jika berlaku kematian di sekitar Padang Temu, Ujung Pasir, Kampung Ladang dan sekitarnya, jenazah akan dibawa ke Kampung Duyung yang memakan masa antara 30 hingga 45 minit bagi setiap perjalanan berjalan kaki." Kata seorang penduduk.

Seorang lagi penduduk cakap, tanah kubur di Kampung Duyung itu sebenarnya diserahkan oleh pemiliknya berketurunan Cina kepada penduduk kampung yang banyak membantu mereka ketika perang antara kongsi gelap.


Sebab tu lah, tanah kubur itu terletak bersebelahan jirat Cina di atas bukit berhampiran Sekolah Kebangsaan Payong. Bukit itu dibahagi dua kawasan, satu terletak kubur Islam dan selebihnya jadi kawasan kubur Cina.Laluan itu jugak sebenarnya menghala ke tempat bersejarah, Perigi Hang Tuah yang sering menjadi tumpuan pelancong.Apa lagi,pergi la melawat! hahaa


** Sumber Berita Harian- Pada yang tak sempat belek-belek habis tu,baca kat sini jela.

0 comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers