Thursday, December 30, 2010

Putaran hidup mengikut musim

Tak faham.Tak faham.Bagi aku,setiap putaran hidup ni ikut musim.Er,maksud aku kita semua la (termasuk la aku).Haha.Semalam bola.Daripada tak kenal Khairul Fahmi a.k.a Apex,tup-tup hari ni semua orang browse segala benda pasal dia,belum kira yang like-like page lagi kat fb.Bukan apex sorang,awek apex pun sama.Tak pasal-pasal awek apex glemer sekali gus meng'up'kan trafik awek apex yang bernama elia tu.Gadis-gadis peminat beliau,sila undur diri.Cari la pilihan lain la.Cukuplah kisah bola sampai di sini saja.Nak cerita lain pulak.

Macam biasa.Aku dah ketagih Sudoku.Macam mana boleh ketagih?Semua bermula bila ada sorang kakak (kakak kandung aku)dan aku pasti nanti dia akan baca jugak entri ni.Dia main Sudoku sebelah aku masa cuti hari tu.Dia minat nombor?Ye..Itu memang pasti sebab dia memang superduper pandai math.Tapi aku kurang pasti selain math dia pandai ke tak...? Dan yang pasti jugak,adik dia yang ni tidak suka nombor-nombor.Kalau ada subjek math,memang rasa beban sangat.Zaman sekolah,kakak offer nak ajar math,tapi aku mesti lari buat benda lain gara-gara cara dia ajar yang menyebabkan aku makin malas nak buat soklan tu.Kalau Math tu orang kira berapa bintang,aku 0.0000001 bintang pun belum tentu dapat bagi utk Math ----> ada ke patut???

Buku Sudoku ni beli kat pameran buku anjuran Popular.Bayar dengan harga diskaun 20%.Time tu ada banyak sangat novel.Dan aku pasti lagi,kalau kakak aku ada,mesti dia beli novel tu.hahaha.Bukan pameran je,siap ada sesi autograph dengan penulis novel.Siapa?Tak pasti sebab aku bukan peminat novel seperti kakak yang sudah bikin 1 mini library kat rumah dengan lambakan koleksi novel yang dia beli.

lokasi kejadian.City Plaza Alor Setar.
Rajin la jugak rakyat kita sebenarnya.haha
Sebenarnya,aku pun tak pasti sampai bila aku layan Sudoku.Biasanya,setiap benda yang aku minat tu,cuma datang sekejap je,jumpa benda lain yang lama ditinggalkan.Itulah maksud aku putaran hidup mengikut musim.Macam musim bola.Macam musim durian.Semua bermusim..

11 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

Bestnya gi pesta buku!!!

sekarang ni musim tengkujuh kat kelate...hehe

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Azwan : Best kan??hahahahah.Aii...baru nak tengkujuh?lambat nye...

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

A'ah baru stat nak ujan... dah 3hari xbrenti ujan...best ke? best tido jela..hehe

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Azwan : Hujan2 mesti gemuk..kerja asik nak makan je...mesti lapar.haha

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

mmg... bangun tido je lapar, pastu tido lg...dh rasa mcm beruang ni...haha... perlis x ujan ke?

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Azwan : Perlis??Tak tau nak kata..kalau time basuh baju,dia hujan..time tak basuh baju...dia panas elok je..

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

tu la putaran hidup mengikut musim namanya...hee :)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Azwan..ish..tiru ayat! Cepat mintak izin.hehe

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

hoho mintak izin cik ila...hehe..

best ke wat sudoku? cam ssh je... sy ske wat jigsaw puzzle..

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Azwan..boleh tahan best..tak ngantuk..puzzle cpt busan.hahaha

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

yeke? baik main teka-teki..lg seronok...haha

Lilypie Angel and Memorial tickers