Wednesday, December 29, 2010

Aku cakap salah atau dia yang tak faham?

Pagi tadi,masa lepak-lepak kat meja study dalam rumah,tiba-tiba dengar pintu rumah diketuk..

"Hello..hello....!!"

Dengan penuh semangat,pergi la intai sipi-sipi kat tepi tingkap.MasyaAllah,ade Chinese lelaki rupanya ketuk pintu.Apa la yang dia nak pagi-pagi ni.Kalau ikutkan hati,malas nak bukak pintu,tapi bila fikir balik mana tau ada benda penting,so pergi bukak jugak (kurangkan beban housemate utk berlari-lari kejar nak bukak pintu kan..)

Bukak-bukak pintu dengar, "Hello kakaaaaaaaaa!!! -------> gaya macam David Teo cakap!
Oh,rupanya hang mai nak kutip derma,kerja amal tu.Dia tunjuk sijil siap dengan album gambar lagi muka orang yang terima bantuan.Tengok gambar memang kesian sebab kebanyakan semua kurang bernasib baik,ada yang OKU,ada yang cacat,miskin dan lain-lain.Kiranya dia datang nak mintak sumbangan la. Ok,takpe!
Kemudian,demi menyelamatkan keadaan disebabkan housemate masih lagi dalam keadaan mamai dan tidak berada dalam kondusi yang baik (biasa la hidup student,faham kan?),aku pun tibai la cakap;

"U datang petang nanti boleh.Sekarang housemate ramai takda..Nanti i collect duit,kasi kat u petang nanti..U balik bila? Petang ada lagi? !!"

Pastu dia jawap, " Kita sikalang mau kutip itu barang aaa..boleh kasi itu baju,atau duit ka..atau apa saja."

Aku jawap, " Oic..takpa la macam tu,nanti I collect untuk rumah ni, kalau I nampak U..I bagi la..boleh.U petang ni pukul berapa mau balik?"

Dia terus diam.Pastu aku tengok je muka dia.Banyak kali aku tanya, "boleh tak"????

Lepas tu dia cakap.."Err..kakaa apa cakap?Itu saya talak paham oooo...!!"

Adeh..time tu la pikir..aku salah cakap ke,dia yang tak faham kah?Terpaksa la ulang balik cakap.Penat woo ulang-ulang cakap banyak kali ni.huhu.Tapi nak wat camne,dah dia tak faham,kesian pulak.

2 comments:

aNnE said... Reply To This Comment

dia la yang tak faham..haha

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Anne : tu la pasal..hahaha