Monday, December 27, 2010

Tolong doakan aku.............

Gambar curik kat google
Tahniah Malaysia,menang bola Piala Suzuki 3-0 dengan Indonesia.Haa..tengok,tak minat bola pun,ambik tau jugak! Haha.Dah nak masuk 2011? Ke aku yang baru sedar.Aah,memang baru sedar pun 2010 dah nak habis.Tinggal lagi beberapa hari je lagi.
Setiap kali nak masuk tahun baru,mesti orang tanya azam tahun baru.Emm.jangan ditanya,sebab diri ini tak pernah ada azam yang tekad.Balik-balik cakap,"Nak jadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas!"------------> ayat basi dah oi!

Pencapaian terbaik 2010?Belum mencapai sepenuhnya lagi la arah tuju itu.Harapan cuma satu,biar sedar sket apa yang kita sedang dan akan hadapi.---> Cuba check korang tengah buat apa sekarang??Haaaa!!! Dalam banyak-banyak wish,yang paling nak gelaknya bila ada kawan yang mendoakan aku cepat kahwin.Tq wei.Tapi aku nak kasi habis degree ni dulu.Haha.Tahun depan umur nak masuk 23.Bak kata mummy,umur 23 dia dah ada 2 orang anak!! Ahh..itu kata mummy ----> Harap-harap mummy/mama/mak/ibu korang tak cakap macam ni.........haha

Aku doakan semoga korang semua berjaya dalam 2011 nanti.Semoga banyak la undangan kahwin aku dapat tahun depan.Lepas tu,harap-harap dapat la kembali ke sekolah menengah dulu,maksud aku pergi melawat sekolah ---->sebab sekolah aku sebelah Singapore,jauh sangat,tiket pergi balik dah RM100+ dari Kuala Perlis sebelah Langkawi ni..Sama-sama la berdoa untuk aku@Cik Ila ni.haha

4 comments:

Fxysche Nas said... Reply To This Comment

wish? birthday ye ? =p

hehe..kalo da 40 org doakn bnde yg sma...abisla..bole jd mkbul =p hee

makdara TERdiva said... Reply To This Comment

hy cik ila..semoga sukses selalu..
MDT doakan dari kejauhan.. :)

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Fxysche Nas : tu la psl...makbul la jwpnya..haha

@MDT : tq MDT...terharu.haha

athirah said... Reply To This Comment

join GA trex :)