|
Nyum-nyum! :) |
Kisah di asrama sepanjang tahun 2001-2005..
Ye..Nasi Lemak! Setiap hari Ahad,breakfast yang tersedia adalah Nasi Lemak.Seperti biasa,slot pengisian untuk hari Ahad adalah riadah,Qiamullalai,Kuliah Subuh,atau Bacaan Maa'thurat mengikut minggu.Seperti kawan-kawan,Cik Ila tak terkecuali untuk makan nasi lemak dining hall yang sedap tu dan dalam masa nak dapatkan Nasi Lemak tu,bermacam-macam halangan yang perlu dilalui.
Kalau pagi tu ada riadah pagi - Sanggup bangun seawal jam 6.30pg (awal la tu kan?),riadah mula pukul 7pg..Tapi bukan turun riadah dulu..Turun ambik makanan dan simpan kat meja dining hall bersama segelas Teh'O..Kadang-kadang,kalau terbabas bangun lambat,pergi je riadah dulu..Habis satu pusingan larian(riadah kena lari sekeliling kawasan sekolah),bila lari je depan Dining Hall..buat-buat macam tali kasut tercabut.Bila semua orang dah lepas,saya cabut lari masuk Dining Hall dan terus makan Nasi Lemak.Nyum-Nyum.
Pernah terkantoi dengan bermacam-macam warden dengan alasan yang tak berapa masuk akal..."Cikgu,saya sakit perut,saya tak boleh kalau tak makan sebelum riadah!"
Kalau pagi tu Qiamullail,Kuliah Subuh - Biasanya orang yang datang kejut,AJK surau!!!! Selalu buat bodoh je kalau orang datang kejut.Pernah sekali,ustazah sendiri yang datang kejut saya di dorm!!!!
Qiam habis selepas subuh,dining hall belum bukak.Sanggup pulak tunggu pintu tu bukak dan berebut masuk! Itu kalau pergi,kalau tak?? Terjumpa kawan-kawan yang tanya,"eh,ko tak pergi eh Qiam tadi?" Dengan selamba saya menjawap,"Eh,pergi la..tapi pergi lambat,korang dah nak abis baca,aku pun datang la makan terus!" -->ayat penipu habis!
Kalau pagi tu bacaan Ma'thurat - Ma'thurat ada 2 version,panjang dan pendek.Kalau pendek.emm.bagus..balik awal..kalau bacaan panjang,pukul 7 lbih baru siap.Yang jadi hal nya bila bacaan panjang,senang je..masuk surau,duduk hujung-hujung,kalau boleh amek selipar,letak kat pintu yang paling dekat menghala ke surau supaya senang nak keluar.Kalau terkantoi dengan senior ataupun ustazah,jawap jela; "Nak basuh muka kejap,mengantuk sangat!"
Kalau pagi tu diisytiharkan takda aktiviti - Sanggup jugak turun makan.Ikut mood,kadang-kadang seawal yang boleh bangun,boleh dapat banyak ikan bilis! Tapi kalau lambat datang,dapat kacang jela..sambal pun sikit je.Timun pun habis.Air Teh'O pun kena angkat ramai-ramai,tuang..baru dapat air..Kadang-kadang..nampak Nasi Lemak siapa entah,tutup dengan pinggan,kalau takda orang tuntut,zapppp! Saya kebas dengan muka tak bersalahnya!Zaman jadi junior,Form 1,2..Senior suka suruh ambikkan makanan dengan tupperware.Okay,bila saya jadi senior,saya pulak suruh junior ambikkan makanan.yey!
Itu cerita bila makan.Cerita lepas makan pun menarik.Biasanya..1 atau 2 jam selepas makan,semua orang berebut toilet.Arghh..faham kan?Berebut toilet pun satu hal.Kalau toilet full,takda jalan lain melainkan pegi ke blok pentadbiran sekolah dan buang di situ dengan selesa nya..hmm! Kebanyakkan lepas makan nasi lemak,kembali ke katil masing-masing untuk ruangan mimpi seterusnya...