Monday, December 6, 2010

BUKTI air laut terbelah di zaman Nabi Musa


Bukan tipu,bukan bohong,dan bukan auta.Seperti kisah Nabi Musa membelah laut dengan tongkat yang diceritakan dalam Al-Quran,macam tu jugak lah bukti yang dikaji oleh saintis dari USA.Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional itu mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil. Dengan simulasi dari komputer,saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.Subhanallah.

p/s : Agungnya ciptaan Tuhan.Sumber dari http://feryco.com/saintis-usa-buktikan-nabi-musa-belah-laut
Lilypie Angel and Memorial tickers